Topi Hitam atau Topi Putih?
Teringat saya pada satu pertemuan antara blogger2 yang seangkatan, ada yang baru ada yang sudah lama. Saya ada sedikit berkongsi cerita dengan mereka tentang kejayaan saya menjana online income dari blogging. Sedikit senyuman terukir pada wajah saya apabila salah seorang dari mereka mengelarkan saya “otai” dalam bidang ini dan beliau sempat menukar nombor telefon saya untuk rujukan masa hadapan. Saya sendiri pun tidak mengelarkan apa2 pada diri saya sendiri sebab saya tahu pencapaian saya tidaklah sehebat mana. Tetapi apabila seseorang meletakkan gelaran sebegitu ia merupakan pengiktirafan pencapaian saya, terima kasih.
Berbalik kepada dunia blogging ini, ramai juga rakan2 yang meminta tunjuk ajar. Malah ada diantara mereka sanggup membayar saya ratusan ringgit untuk memperolehi tips2 dari saya. Tetapi saya tidak ambil duit mereka, saya tunjuk ajar seberapa yang boleh dahulu kerana saya juga dalam proses pembelajaran juga.
Saya juga faham ada antara kamu terlalu ghairah untuk mendapatkan $1USD pertama kamu. Apa yang saya boleh nasihatkan disini tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan yang berterusan. Saya juga perhatikan ada antara mereka sanggup mengunakkan apa cara sekali pun termasuk teknik topi hitam (atau cara salah, tipu dsb) untuk meraih wang yang singkat. Saudara saudari sekalian jika ini yang kamu amalkan, saya yakin perjalanan anda akan singkat dan tidak berpanjangan. Anda tentu tidak suka diri ditipu oleh itu jangan lah menipu orang lain kerana wang.
Sejak mula saya ceburi bidang ini saya tidak pernah menipu atau mengunakan teknik topi hitam dalam berblogging ini. Jujur dalam perniagaan ini, pasti rezeki itu akan diberkati dan berpanjangan. Dunia IT ini jika anda cuba menipu ia amatlah untuk dipintas dari mana, dimana dan oleh siapa. Semua rekod ini boleh dijejaki dengan mudah. Jadilah blogger yang punyai jatidiri dan ikhlas, pasti rezeki itu akan datang.
Artikel berkaitan:


Tahniah kepada boss yg jujur. ni nk kena belajar dgn boss.
boss Reply:
July 19th, 2010 at 9:00 AM
Gunakan cara yang betul, mesti pendapatan itu berpanjangan..