Terus maju kehadapan

Tidak pernah saya menyangka bahawa saya pada hari ini berkerja untuk diri sendiri. Ada sedikit rasa janggal kerana saya dibesarkan bukan dari keluarga yang berniaga. Saya mempunyai pendidikan tetapi saya memilih jalan ini. Pelik? tapi saya tak kisah sebab saya ingin mencuba, kalau ia mahu gagal biarlah saya rasa kegagalannya.. sekurang2nya saya sudah mencuba.

alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan…

Jika anda semua masih ingat tentang tawaran kerja kepada saya pada artikel yang lepas, pada beberapa hari yang lepas saya sudah pun ditawarkan temuduga untuk kerja itu. Walaupun ia satu berita baik untuk saya, tetapi pada saya saya tidak berminat dengan tawaran tersebut. Saya memberi jawapan kepada beliau “Thanks for you offer but right now I’m not looking for a job.” Saya tolak. Kini saya lebih selesa berkerja sendiri, lebih gemar berblogging dan berniaga.

9 dari 10 rezeki itu datangnya dari perniagaan…

Pada saya berblogging, berniaga adalah pilihan saya. Saya tahu dan saya nampak potensi bloging ini. Banyak cabangnya kita boleh pelajari. Salah satu sebab saya tawar hati untuk berkerja makan gaji sebab saya bosan dengan sistem itu… saya sudah keluar dari penjara sistem itu… mana mungkin saya mahu kembali semula? No turning back!

Aku suka keje sendiri. Untuk sapa dah merasa jadi bos sendiri, memang liat nak balik semula ke dunia makan gaji… betul tak Boss??

Ada kebenaran kenyataan samdaddycool diatas.. memang liat untuk kembali semula kedunia itu, walaupun saya baru dalam dunia ini tapi saya sudah faham apa yang dimaksudkanya. Kalau anda semua peniaga tegar tentu anda juga setuju dengan kenyataan ini.

Separate yourself from the masses

Keluar dari kebiasaan, keluar dari comfort zone anda. Jika saya berkerja makan gaji itulah comfort zone saya. Saya tidak perlu risau tetang ketiadaan duit dihujung bulan, tiada kerisauan ketiadaan kemudahan fasiliti kewangan dari bank dan berbagai-bagai lagi. Bila saya berkerja sendiri saya perlu risau tentang itu semua, risau sahaja tidak guna kita perlu membuat rancangan dan lakukannya.

Getting out from comfort zone…

Berkerja sendiri ada cabarannya yang tersendiri.. perkara perkara yang menjadi kerisauan tadi perlu ditangani dengan bijak, rancang perkembangan perniagaan agar kita tidak jatuh dalam situasi ketiadaan wang. Berkerja sendiri juga mengajar saya menjadi seorang fighter, fight for your own future! Plan carefully, execute wisely, persistent! You’ll successful. Kita jumpa dipuncak sana..

Artikel berkaitan:

Tags: , , , , ,

28 Comments on “Terus maju kehadapan”

  • “Blogging itu perniagaan”
    hehe boleh pakai ke ayat atas ni? Mari kita terus maju kehadapan :)

  • ayat ijad tu.. ka ka.. ok maju kedepan.. tapi perut tak mau maju ye.. he he..

  • berblog banyak cabangnya.kata org kluada minta pasti semua mjadi..hehheee

  • ia macam satu pengembaraan.. kita berjalan2 tiba kita nampak pintu rezeki ini.. teruskan perjalanan.. nampak lagi pintu rezeki yang lain.. begitulah seterusnya..

  • semoga sama-sama dimurahkan rezeki….dan stuju dengan pendapat berblog juga cabang2 bisnes

  • boss,kalau kerja sendiri pun boleh dapat kemudahan pinjaman bank(kalau nak pinjam le) :)

    selamat maju jaya !

  • mazuki: semoga sama-sama dimurahkan rezeki….dan stuju dengan pendapat berblog juga cabang2 bisnes  

    orang kata rezeki tu ada dimana2.. hanya kita je ada lihat betul2 tak?

    sangilapi: boss,kalau kerja sendiri pun boleh dapat kemudahan pinjaman bank(kalau nak pinjam le) :)
    selamat maju jaya !  

    joe kalau bisness kurang setahun lepas ke apply?

  • bagi yang sudah nekad dan selesa jadi “boss”, selamat maju jaya…. semoga rezeki makin bertambah…cam aku yang tak reti ber”blogging” dan berniaga nie…. kena terus lah makan gaji….
    p/s : memang makan gaji ni, duit tak pernah cukup…dapat akhir bulan, awal bulan dah nak habis… tapi…Alhamdulillah, masih ada kerja dan gaji untuk sara anak bini….

  • Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Tulisan di atas menarik khususnyan pada petikan ini,

    “Berkerja sendiri juga mengajar saya menjadi seorang fighter, fight for your own future! Plan carefully, execute wisely, persistent! You’ll successful. Kita jumpa dipuncak sana..”

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray Hard, work smart & Creative”

    Assalamualaikum

  • bujang3: bagi yang sudah nekad dan selesa jadi “boss”, selamat maju jaya…. semoga rezeki makin bertambah…cam aku yang tak reti ber”blogging” dan berniaga nie…. kena terus lah makan gaji….
    p/s : memang makan gaji ni, duit tak pernah cukup…dapat akhir bulan, awal bulan dah nak habis… tapi…Alhamdulillah, masih ada kerja dan gaji untuk sara anak bini….  

    biasalah aku pun macam tu juga bujang dulu2.. aku start berblogging part time sambil kerja makan gaji..bila dah konfiden baru teruskan fulltime.. langkah pertama itu penting..

    Pemburu Impian: Assalamualaikum Tuan Rumah,Tulisan di atas menarik khususnyan pada petikan ini,“Berkerja sendiri juga mengajar saya menjadi seorang fighter, fight for your own future! Plan carefully, execute wisely, persistent! You’ll successful. Kita jumpa dipuncak sana..”Salam ceria & inspirasi
    “Pray Hard, work smart & Creative”Assalamualaikum  

    terima kasih.. aku berharap ada pembaca blog aku ni dapat sedikit motivasi untuk terus berjaya pada masa2 akan datang..

  • Uwakkk!!!

    maza juga punya latar lebih kurang sama dgn boss (erk banyak kurang sebenarnya dari lebih heheheh)

    skrg ni masih terkial2 bina bisnez.. tak mengapalah, yg penting terus usaha dan usaha..

    kerja juga usaha, kanzzz.. berniaga pun usaha gak kanzz..
    yg penting, kita tahu apa yg kita mahu
    dan kita tahu apa aim kita, kanzzz
    dan bekerja apa yg kita suka.. hehehheh ..jadinya lebih ikhlas gitew..

    selamat maju jaya boss…

  • @maza.. terima kasih macam tu la gayanya.. semua orang bermula dari bawah.. merangkak2 dahulu baru berjalan… banyak zzz dah mengantuk ke.. he he he..

  • boss:
    orang kata rezeki tu ada dimana2.. hanya kita je ada lihat betul2 tak?
    joe kalau bisness kurang setahun lepas ke apply?  

    boss,keluar masuk duit dalam acc ko mau aktif dan pada tarikh tertentu pada setiap bulan biar ada baki dalam jumlah tertentu[dari sini bank akan menentukan samada layak atau sebaliknya].perlu dilakukan setiap bulan.

    acc tu biarlah current acc[kompeni bukan personal] di sampaing acc saving biasa[perlu lakukan langkah no.1 tadi]

    kalau ada dokumen sokongan lagi cantik – income tax tu salah satu yang penting[bekerja sendiri,inilah bukti paling kuat mengesahkan pendapatan kita]

    sebelum setahun nak apply – itu tergantung pada budi bicara pegawai bank berkenaan.

    dari pengalaman sendiri,bila aku buat langkah-langkah di atas.loan untuk setengah juta tu senang – senang je lepas :) [bergantung pada baki terakhir setiap bulan dan jumlah cukai pendapatan ko setahun]

    aku buat loan hartanah[rumah dan kedai]….lepas 6 bulan ko bayar cantik,macam-macam bank offer :)

  • @sangilapi – wah terima kasih atas info2 berguna diatas.. hmm sekarang ni kena kemaskini account dulu la.. bagi nampak cantikl duit keluar masuk.. :)

  • jadi kesimpulannya , jadi ke tuh nak pergi interviewnya?? macam tak je… berniaga memerlukan semangat kental yang tinggi… cewwah

  • tak pergi .. cancel.. :)

  • tak kira apa kerja kita, yg penting kita kena suka akan pekerjaan yg kita pilih..kerja jangan terpaksa kerana hasilnya belum tentu keberkatannya..

    aku tumpang bangga bila kawan2 melayu kita dah ada perniagaan sendiri w/pun sekadar menjual tudung di pasar malam…

  • Tahniah boss..di saat org len terkial2 mencari pekerjaan, boss sudah mmpu mencipta bisnes sendiri..skrg nih mgkn kta bekerja sendri..msa depan mna tau kot2 boss lak ke yang akan cari pekerja (create the job)..hehe. congratz!

  • mantap la boss, keputusan untuk bekerja sendiri memerlukan tekad dan semangat yg jitu

  • wahh saya mmg salute dengan jiwa kental bro boss ni…bkn sng nk terjun ke dunia bekerja sendri ni..yang penting kt suka apa yg kita wat huhu

  • Nadri: tak kira apa kerja kita, yg penting kita kena suka akan pekerjaan yg kita pilih..kerja jangan terpaksa kerana hasilnya belum tentu keberkatannya..aku tumpang bangga bila kawan2 melayu kita dah ada perniagaan sendiri w/pun sekadar menjual tudung di pasar malam…  

    betul kerja mesti ada hati.. kalau tarak mmg liat la nak maju… hmm jangan pandang rendah orang berniaga pasar malam.. jutawan senyap tau…

    Jmay: Tahniah boss..di saat org len terkial2 mencari pekerjaan, boss sudah mmpu mencipta bisnes sendiri..skrg nih mgkn kta bekerja sendri..msa depan mna tau kot2 boss lak ke yang akan cari pekerja (create the job)..hehe. congratz!  

    hopefully aku boleh jadi macam tu..amin… sekarang ni pun kerja dah mula sub2kan pada adik beradik.. he he..

    mijie: mantap la boss, keputusan untuk bekerja sendiri memerlukan tekad dan semangat yg jitu  

    kalau dilubuk hati kecil ada tersemat minat berniaga.. aku pasti satu hari nanti kau juga boleh bergelar peniaga tegar.. amin

    aimannajmy: wahh saya mmg salute dengan jiwa kental bro boss ni…bkn sng nk terjun ke dunia bekerja sendri ni..yang penting kt suka apa yg kita wat huhu  

    betul masih ingat kata2 saya.. “do what you love..”

  • Your post always motivate me

  • mijie: mantap la boss, keputusan untuk bekerja sendiri memerlukan tekad dan semangat yg jitu  (Petik komen ini)

    ramai org selesa dgn makan gaji termasuklah aku sendiri..terlalu selesa berada di Comfort Zone…

  • Shafawi: Your post always motivate me  

    thanks, aku sampaikan apa yang aku tahu dan apa yang aku rasa sahaja.. aku pun kadang2 perlukan motivasi juga.. :)

    Nadri:
    ramai org selesa dgn makan gaji termasuklah aku sendiri..terlalu selesa berada di Comfort Zone…  

    kadang2 kita macam tu.. tetapi bila ada peluang dan yakin.. sahutlah peluang itu nanti..

  • Nak buat apa-apa mesti ada pengetahuan…kalau ambil risk je tanpa planning & strategy pun tak boleh juga..

  • yupp..
    jom kte smew2 jerit kuat2..
    “TERUS MAJU KEHADAPAN”
    jangan ptus asa dri stiap kegagalan..
    igt psn sye..
    good luck 4ever..

  • adamfaiz: Nak buat apa-apa mesti ada pengetahuan…kalau ambil risk je tanpa planning & strategy pun tak boleh juga..  

    betul ke planning ada plan a plan b sampai plan z pun takpe.. kaji pro dan cons dulu.. jangan main terjun je.. bahaya..

    fizz_ficute: yupp..
    jom kte smew2 jerit kuat2..
    “TERUS MAJU KEHADAPAN”
    jangan ptus asa dri stiap kegagalan..
    igt psn sye..
    good luck 4ever..  

    jangan putus asa.. bangun dari kesilapan lalu..

  • berniaga tu x salah… tapi risiko agak tinggi la..jgn putus asa,dan dgn menipu dlm perniagaan tuh jee… hehehe.. bro nk meniaga apa?