Tarik traffik dengan trackback

Ok kali ini kita bercerita tentang traffik pula. Salah satu cara menarik pembaca baru keblog anda adalah dengan pengunaan teknik trackback. Apa itu trackback?

A trackback is one of three types of linkbacks, methods for Web authors to request notification when somebody links to one of their documents. This enables authors to keep track of who is linking, and so referring, to their articles. …wikipedia

Di terjemahkan trackback merupakan salah satu jenis linkback/backlinks, cara penulis laman mendapatkan notis bila seserang menghubung (links) kepada artikel anda. Jadi ia adalah backlink percuma. Satu kaedah yang jarang digunakan, saya pun secara tidak sengaja menemuinya ketika aktiviti blog walking saya.

Ok bagaimana ia berfungsi? mudah anda hanya perlu meletakkan link dalam artikel terbaru anda dan menghubungkan link tersebut kepada post terbaru pada blog orang lain. Oleh kerana wordpress ada fungsi trackback, link tadi akan dimasukkan dalam comment secara automatik.

Ok satu contoh anda berharap dapat menarik lagi traffik diblog yang ramai pembacanya, contohnya blog sangilapi.. saya telah link kan perkataan berharap kepada artikel terkini beliau. Blog wordpress beliau secara automatik menerima trackback dari blog saya.

Lihat sudah ada backlink/trackback ke blog saya. Apabila pembaca dari blog sangilapi membaca komen artikel itu, mereka sudah tentu tertanya2 apa yang hujanbatu linkkan itu dan mereka terus klik dan bertemu dengan blog saya buat pertama kali. Harap2 sangkut la jadi pembaca setia.

Cara ini amat berkesan untuk menarik traffik dari blog yang lain, lebih lagi berkesan bila artikel itu belum ada tukang komen lagi.. so trackback anda berada di ulasan pertama dan lebih ramai yang tertanya apakah link tersebut dan lebih ramai yang boleh anda tarik.. Selamat mencuba.. :)

Artikel berkaitan:

Tags: , ,

28 Comments on “Tarik traffik dengan trackback”

  • terima kasih boss :)

    *trackback tu duduk pada komen ke 4 :) *

    boss Reply:

    he he sebagai contoh sahaja.. bila trackback jadi #1 paling afdal.. he he..

  • thanks
    boleh cuba ni

  • tu bagus gak idea tu..nanti teman try yer

  • hurmm masih keliru xpa try cuba dulu hehe

  • yup semestinya salah satu cara untuk tarik trafik, tetapi perlu dingat, trackback dengan artikel yg berkaitan degan blog kita atau topik yg kita bincangkan sahaja

  • trm kash sudi berkongsi, tip yang baik!

  • Wan Perlis: thanks
    boleh cuba ni  

    cuba try mudah saje..

    myblog33r: tu bagus gak idea tu..nanti teman try yer  

    try jangan tak try.. he he..

    aimannajmy: hurmm masih keliru xpa try cuba dulu hehe  

    part mana keliru?

    mijie: yup semestinya salah satu cara untuk tarik trafik, tetapi perlu dingat, trackback dengan artikel yg berkaitan degan blog kita atau topik yg kita bincangkan sahaja  

    yes sebaiknya la.. jangan abuse.. nanti jadi spam plak.. he he..

    syoknyer: trm kash sudi berkongsi, tip yang baik!  

    ok no problem.. :)

  • err..tak paham ler..
    cthnya kalau nak trackback ke blog ni..kena klik kat mana..

    ps: dulu pernah ada orang tiru artikel kat blog aku, pastu dlm comment wordpress ada sebut “pingback”..pingback tu apa pulak?

  • Bagaimana pula dengan ruangan

    “Send trackbacks to:
    Trackbacks are a way to notify legacy blog systems that you’ve linked to them. If you link other WordPress sites they’ll be notified automatically using pingbacks, no other action necessary.”

    Adakah sama kegunaannya?

  • sufian: err..tak paham ler..
    cthnya kalau nak trackback ke blog ni..kena klik kat mana..ps: dulu pernah ada orang tiru artikel kat blog aku, pastu dlm comment wordpress ada sebut “pingback”..pingback tu apa pulak?  

    gini… kalau nak trackback ke blog aku ni. buat satu artikel.. linkkan satu perkataan dalam artikel itu.. link tadi copy paste link ini.. http://www.hujanbatu.com/tarik-traffik-dengan-trackback/ ..siap itu sahaja.. pingback sama dgn trackback juga.. nama je lain..

    Shafawi: Bagaimana pula dengan ruangan“Send trackbacks to:
    Trackbacks are a way to notify legacy blog systems that you’ve linked to them. If you link other WordPress sites they’ll be notified automatically using pingbacks, no other action necessary.”Adakah sama kegunaannya?  

    sama sahaja.. :)

  • kalo blog tu blogspot takde b.link la eh.. huhuhu

    boss Reply:

    soalan yang baik… tak pasti ..tetapi boleh try.. :) ada sesiapa sudah try?

  • da cbe try,, tp x menjadi.. bro kena tunjuk langkah demi langkah ni.. hehe

  • Wah…ilmu baru nie…hehe…boleh terus aku applikasi….

  • remajablogger: da cbe try,, tp x menjadi.. bro kena tunjuk langkah demi langkah ni.. hehe  

    ok nanti aku update step by step..

    chemical engineer: Wah…ilmu baru nie…hehe…boleh terus aku applikasi….  

    yeah.. ini adalah trick tarik traffik kebetulan yg aku jumpa.. people curiosity bring more reader to our blog.. :)

  • Memang berkesan dan salah satu ilmu awal yang aku belajar pasal blogging dgn wordpress ni..cuma aku nak tau kenapa kat blog aku dia tak keluar excerpt..tapi cuma keluar camni: Pingback: Tajuk Post / Nama Blog….ade kaitan ngan theme yang digunakan ke?

  • yep theme yang digunakan juga ada effect trackback.. theme yang aku guna ni pun tak keluarkan excerpt .. tapi cuma nama blog sahaja..

  • tkiu…. akan dpraktikkannn….. ngeee :D

  • [...] tip menarik bagaimana menjadi seorang blogger yang lebih baik dari semalam. Tentang Adsense, Trackback, Paypal, Baclinks dan pelbagai lagi. Banyak yang saya dapat pelajari [...]

  • boss..aku dah try letak URL http://www.hujanbatu.com/kekecewaan-seorang-bapa/ kat send trackback to: dalam post terbaru aku tentang “madu”. bila aku check kat post kekecewaan seorang bapa (blog ko), tak ada kesan apa-apa pun…!!!

  • bujang3: boss..aku dah try letak URL http://www.hujanbatu.com/kekecewaan-seorang-bapa/ kat send trackback to: dalam post terbaru aku tentang “madu”. bila aku check kat post kekecewaan seorang bapa (blog ko), tak ada kesan apa-apa pun…!!!  (Petik komen ini)

    ok.. boss … dah jadi.. tapi naper …tak keluar apa apa teks dalam ruang komen tu….tgk cnth ko tu ada keluar teks kat blog sangilapi dan mijie tu

  • penting tracback nie.. jarang lah pulak mempraktikkannya..

  • Boss, aku try buat trackback ke blog Adamfaiz dan Suri dlm post terbaru aku…. kat blog suri berjaya, tapi kat Adamfaiz failed, ngape yer… tuan punya blog boleh block trackback tu ke???

  • Boss, ade beza ke kalau trackback blog dapat dari twitter? saya dapat trackback dari twitter sebab ade plugin ‘post to twitter’.

  • idea bernas dan munasabah. backlink percuma..rajin dengan tak je la kan??huhu..kalau tak rajin bayar je untuk wat backlink…=)

  • Blogger punya aku nak tau jugak bro.

  • menarik.. baru ku tahu (maklumlah kurang blog wordpress)… :P