Jerat Cepat Kaya : Kereta Mewah Pancing Mangsa
KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.

Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady (kereta idaman boy..
), BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh.
Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan.
Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan perniagaan jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan sedangkan ia palsu.
Modalnya juga bukan sedikit kerana ahli perlu membuat pelaburan sekurang-kurangnya (more…)
Teringat saya pada satu pertemuan antara blogger2 yang seangkatan, ada yang baru ada yang sudah lama. Saya ada sedikit berkongsi cerita dengan mereka tentang kejayaan saya menjana online income dari blogging. Sedikit senyuman terukir pada wajah saya apabila salah seorang dari mereka mengelarkan saya “otai” dalam bidang ini dan beliau sempat menukar nombor telefon saya untuk rujukan masa hadapan. Saya sendiri pun tidak mengelarkan apa2 pada diri saya sendiri sebab saya tahu pencapaian saya tidaklah sehebat mana. Tetapi apabila seseorang meletakkan gelaran sebegitu ia merupakan pengiktirafan pencapaian saya, terima kasih.

