Adakah perlu saya ambil tahu tentang google plus one?

Ramai yang sudah terperasan, google sudah ada google plus one, kalau nak dibandingkan dengan sesuatu ia sudah semestinya facebook like. Jika anda suka sesuatu blog atau website itu, anda bolehlah klik pada google plus one itu tadi.. diumpamakan anda LIKE page itu.

Jika anda mengejar ranking digoogle search, kod mudah ini seharusnya ada pada blog anda. Ia juga bolehlah dianggapkan sebagai undian backlink untuk menaikkan pagerank dan SERP anda. Anda boleh mendapatkan code google plus one di link ini: http://www.google.com/webmasters/+1/button/

Perasan sesuatu yang lain pada Google?

Google dan internet memang tidak dapat dipisahkan lagi, giant corporation ini menjadi gateway dalam dunia internet. Love or hate them anda kena terima kenyataan mereka adalah gate keeper.

Dua perkara yang saya dapat perhatikan baru baru ini tentang google adalah pertama, Instant search iaitu search result dari keyword yang anda taip memberikan serta merta. Ada tidak perasan? mungkin line internet anda perlahan. Feature instant result dari google hanya diactivatekan jika line internet anda laju dan membolehkan google feed result as you type it.

Kedua, adalah iklan google pada SERP atau search result. Dulu saya kurang kesah, tetapi sekarang saya perlu kesah. Jika anda pemain adsense anda perlu juga kesah. Iklan diSERP google semakin (more…)

Berhati-hati dengan free wordpress theme

Saya baru sahaja melihat blog rakan baru kita yang baru singgah di hujanbatu.com. Semua kelihatan baik sehingga saya terjumpa webspam yang ada di dalam blog beliau.

Cuba lihat screenshot diatas, bagaimana beliau bersetuju meletak webspam link diblog beliau? link link tersebut pula adalah kategori perjudian. Jawapannya ialah link tersebut adalah datang dari free wordpress theme yang beliau gunakan. Benar free wordpress theme diberikan percuma ada (more…)

Panduan Permulaan Google Search Engine Optimization

Selepas contest SEO yang saya masuk beberapa minggu yang lepas, nampaknya saya masih perlu banyak belajar tentang Search Engine Optimization (SEO). Selepas membelek2 document berkaitan SEO saya terjumpa official google guide berkenaan SEO. Untuk membetulkan langkah kita, kita bermula dari bawah sekali lagi. Panduan rasmi google SEO ini saya dapati amat baik untuk dikongsikan bersama, panduan 22 muka surat ini banyak menerangkan asas bagaimana googlebot ranking website anda.

Anda boleh download dan save document Panduan Permulaan Google Search Engine Optimization disini;
http://static.googleusercontent.com/external_content/untrusted_dlcp/www.google.com/en//webmasters/docs/search-engine-optimization-starter-guide.pdf

p/s: homework baca dan aplikasikannya.

Imbas kembali SEO contest

Pada post saya yang lepas, saya ada untuk mencuba nasib untuk lihat perkembagan semasa pemain SEO di Malaysia dan mencabar diri saya sendiri untuk pertandingan contest SEO hidup seorang blogger yang dianjurkan oleh denaihati. Kemasukkan hujanbatu dot com pada pertandingan itu bukan bertujuan untuk memenangi hadiah tersebut tetapi sekadar ingin melihat kebolehan ilmu SEO saya sendiri.

Beberapa hari sebelum hari raya menjelang keputusan pertandingan itu dikeluarkan ternyata hujanbatu dot com berada didalam top 10 winner, tetapi tidak ikut syarat kerana join contest suka suka sahaja.

Memandangkan saya tidak tahu, teknik apa yang mereka gunakan untuk panjat google SERP, saya hanya kongsikan apa yang saya telah buat untuk menduduki tempat teratas itu. (more…)

Eksperimen SEO yang mengkagumkan


Dalam dua minggu yang lepas saya ada bercerita tentang satu blog baru yang saya setup. Anda juga boleh melihat perkembangan pembangunan backlinksnya di sidebar blog saya. Setelah blog siap diupdate dan process backlink saya usahakan untuk mendapatkan kedudukan pertama pada targeted keyword.

Dalam proses ini saya juga telah membelanjakan kira-kira RM788 dan merupakan pelaburan yang terbesar saya pernah buat untuk sesuatu niche blog. Jadi kena SERIUS!

Great stuff doesn’t come free in this world

Oleh itu, sedikit pelaburan perlu dilakukan. Setelah hampir dua minggu mengusahakan backlinknya, blog saya semakin meningkat kedudukan SERP (Search Engine Result Page) di Google. Bermula dengan 5 backlink, 22 backlink dan kini mempunyai lebih 218+ backlink telah saya perolehi. Masih banyak lagi backlinks perlu saya kejarkan sekitar 4000+ backlinks untuk menandingi blog #1 di SERP itu. Untuk melihat backlink untuk blog anda, boleh mengunakan (more…)

Apa itu SEO?


Saya telah beberapa kali menyebut SEO didalam post saya yang lepas2. Apa itu SEO sebenarnya? SEO ialah singkatan untuk Search Engine Optimization. Kalau dalam bahasa melayunya Penyesuaian Enjin Pencarian. SEO ini biasaya kita katakan berkaitan dengan search engine no 1 iaitu google.

Antara salah satu teknik SEO ialah meletakkan link blog anda ke blog orang lain. Antara teknik yang asas telah google gunakan (more…)