Selamat Tahun Baru 2011

Tahun baru tiba lagi, tahun 2010 berlalu begitu pantas. Rasanya seperti sekelip mata sahaja. Bagaimana dengan prestasi anda pada tahun yang lepas? atau lebih spesifik lagi pretasi blog anda? Bagaimana pula dengan online income anda? Baik, kurang baik, lebih kurang sahaja?
Bagaimana pula dengan saya? Setakat ini sederhana sahaja, masih banyak lagi peningkatan dan pembaharuan yang perlu dipelajari. Pada tahun 2010 merupakan turning point bagi kerjaya dan kehidupan saya, dimana saya telah mengambil keputusan untuk beralih arah dari seorang engineer kepada seorang blogger sepenuh masa. Banyak cabaran yang perlu saya lalui, walaupun ia seperti nampak mudah tetapi ia tidak semudah yang disangkakan.
Menyentuh tentang potensi menjana online income pada tahun 2011, saya jangkakan (more…)
Menjana online income dari aktiviti blogging adalah sesuatu yang menarik dan sudah tidak dinafikan lagi. Saya telah bertemu dengan ramai blogger yang seangkatan, alhamdullilah RM500+ pada mereka sudah stabil dan tidak sukar untuk diperolehi.
Beberapa hari yang lepas bayaran untuk Google AdSense saya telah memperolehi USD$220.26 (RM748.88) wow banyak juga! lepas lagi buat bayar kereta. Jika ikutkan peratusan ia telah meningkat sebanyak 




