Keluar duit PayPal ke Maybank

Jika anda semua sudah mula menjana duit dari aktiviti berblogging, sudah tentu duit itu akan terus ke dalam PayPal. Bila sudah penuh sekitar $500 USD saya cadangkan anda keluarkan duit itu secepat mungkin. Tukaran mataasing di PayPal kini sekitar 3.24 oleh itu USD$500 kini anda memperolehi RM1620.

Di Malaysia kini ada 2 cara anda boleh keluarkan duit PayPal tadi. Pertama dengan pengeluaran ke kad debit/kad kredit dan keduanya keluarkan terus ke akaun simpanan anda. Selama 2 tahun lepas saya selesa mengunakan kad debit untuk keluarkan duit paypal. Setelah pengeluaran duit PayPal terus ke akaun simpanan diperkenalkan di Malaysia sekitar Oktober 2009 saya telah mencuba tetapi gagal. Saya keluarkan sebanyak USD$1000 ke akaun simpanan CIMB tetapi gagal. Frust! itu yang boleh saya gambarkan. Kenapa sebab revesed fee yang dikenakan oleh PayPal dan tukaran matawang dari USD ke RM hantar ke bank. Kerugian sekitar RM100+. Saya sedikit fobia dan kembali mengunakan cara konvensional keluar duit ke kad debit seperti biasa.

Tetapi beberapa hari yang lepas akaun PayPal saya menyimpan lebihan fund disebabkan tukaran matawang yang lemah pada bulan lepas. Pengeluaran melalui kad debit juga ada sedikit perlahan proses pengeluaran mengambil masa sekitar seminggu untuk dapat kita keluarkan dari ATM. Tambahan pula saya kena pergi keluar ke ATM agak kurang convinent.

Pada Isnin yang lepas saya give another shot untuk cuba keluarkan duit dari PayPal directly ke akuan simpanan Maybank saya. Kali ini berjaya.. yes.. (more…)

Bayaran PayPal Boleh Terus Bank In Dalam Bank Akaun di Malaysia

bayar-paypal-bank-in-terus-ke-bank-di-malaysia-1
Yep benar, kini anda boleh bank in terus duit PayPal terus ke dalam bank akuan di Malaysia, tak perlu lagi (more…)