Blogging bagaikan satu peperangan

Penulisan kali mungkin ada yang samar2 tentang motifnya, tetapi jika anda dapat dalami inti pati maksudnya bagus. Blogging kini bagaikan satu peperangan, saya tidak menyangka persaigan begitu hebat dan kini saya telah jauh jatuh ketinggalan dalam mengejar matlamat dan objektif.

Kesilapan pertama yang perlu dielakkan dalam peperangan ini jangan sesekali memandang rendah terhadap persaingan anda. Bila anda berbuat begitu maka anda berada dalam comfort zone anda dan mula menunjukkan tanda2 lemah dan mula ketinggalan. Jangan sangka persaing anda itu (more…)

Menjadi blogger sebenar

Blogging bukan lagi satu dibuat untuk suka2 lagi, ia perlu ada misi dan visi. Kalau anda blogging tanpa misi dan visi ia bagaikan kapal tanpa nakhoda berlayar tanpa hala tuju dilautan luas.

Blogging is my rice bowl

No kidding and that the fact! Beberapa bulan kebelankangan ini saya dapat cara konvensional monitize blog kian kurang menyegat! Tiap hari penawaran melebihi permintaan dan membuatkan anda lemas dengan permainan ini. Saya sudah jangkakan perkara sebegini akan (more…)

Masa untuk mengembangkan sayap

Setelah bercuti dan mengimbas prestasi beberapa bulan yang lepas, saya berasa kini tiba masanya “time to get serious”. Lebih berdedikasi dan perancangan membuka lagi ruang untuk berjaya. Apakah ia? Pelaburan.

Jika anda ingin menjadi blogger yang berjaya ia juga perlu pelaburan. Adakah anda masih ingat pelaburan terakhir yang anda telah buat? Pada saya pelaburan terakhirnya adalah dengan pembelian perkakasan komputer dan kerusi meja yang selesa untuk saya berblogging.

adakan sedikit wang untuk rolling business

Salah seorang rakan saya kini membuat sedikit perlaburan dalam pengiklanan untuk mempromosikan produk fizikal beliau di media online dan media offline. Apabila beliau bercerita tentang pelaburan yang beliau akan buat, membuatkan saya terfikir apakah pelaburan seterusnya untuk saya lebih maju? (more…)

Tips berjaya dalam blogging business

Monday blues lagi ke? Hmm bahaya ni.. Ok satu lagi tips yang saya mahu kongsikan disini adalah pengurusan masa. Orang kata masa itu tidak boleh dibeli oleh itu kita perlu bijak menguruskan masa yang kita ada. Sebagai seorang blogger full time saya juga perlu displin pada masa.. sama seperti kamu semua juga..

Tips pertama pengurusan masa adalah mengenalpasti yang mana satu keutamaan (priority) dan yang mana bukan. Ini penting supaya kita dapat memaksimakan pengunaan masa. Bagaimana melakukannya? sebenarnya tips ini telah diberikan oleh salah seorang boss saya dahulu. Begini, ambil satu kertas A4 dan listkan semua task2 (kerja2) yang perlu dilakukan pada hari itu. Lihat kembali semua task2 tadi letakkan nombor 1-important 2-normal dan 3-later. Nah sekarang anda sudah boleh mula berkerja dengan senarai tersebut dan katakan pada diri anda saya akan siapkan semua kerja2 ini pada hari ini juga. So hari2 anda lebih produktif! Selamat mencuba!

p/s: udah2 la tu bukak facebook dgn youtube..

Pengalaman Mendapat USD$1 Pertama

Blogging tidak lagi dinafikan sudah boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada seseorang blogger. Ada yang blog suka2 ada yang blog suka2 dan disamping menjana duit poket dari blog mereka. Pengalaman mendapat USD$1 dollar pertama pasti kenangan yang manis dan tidak dapat dilupakan.

Ok pengalaman pertama saya mendapat USD$1 dollar pertama pada tahun 2008, setelah berblogging selama 6 bulan barulah saya mendapat USD$1 dollar pertama. Lama juga sebab biasalah orang masih belum tahu blog saya itu. Jualan pertama adalah jualan (more…)

Blogging to Business

Akhirnya setelah sekian lama aktiviti berbloging telah dijalankan semalam secara rasminya aktiviti blogging saya ini disahkan sebagai satu perniagaan yang valid dan ada hitam putih. Pendaftaran perniagaan ini penting bagi saya sebagai seorang full time blogger.. kenapa dan mengapa?

Duit yang datang dari aktiviti blogging ini perlu disahkan dalam hitam putih, ini penting supaya sumber kewangan yang saya perolehi ini sah. Dengan terdaftarnya satu syarikat ini saya juga dapat mengelakkan tuduhan liar (more…)

Mencari semangat berblogging

Sudah hampir setahun saya mengunakkan laptop compaq kesayangan saya, saiz laptop yang saya pilih ini adalah berukuran 12 inci dan dapat support resolution sehingga 1280×800 ok la. Saiz laptop ini juga hanya sebesar kertas A4 mudah untuk dibawa kesana sini tanpa banyak masaalah.

Setelah setahun, saya berhadapan dengan sedikit masaalah dengan dengan limit resolution laptop ini lebih2 lagi dengan aplikasi photoshop mesti image kene scale! tak muat!. Bosan tul.. So nak naikkan semangat dan motivasi berblogging saya pun bercadang menaiktaraf LCD display! Yes time to upgrade! budget dah ready cucuk bank RM1000 blasah semua pun takpe.. he he.. bukannya slalu ye tak?

Setelah belek membelek saya masih setia dengan brand Samsung, dah jumpa dah Samsung 21.5 inci wau best ni harga pun ok. Ada satu lagi 24 inci pun ada wah ni tergugat jugak nak beli. Malangnya Samsung 24 inci ini maximum resolution yang dia support sama dengan Samsung 21.5 inci iaitu 1920×1080 px sahaja. So pilihan tepat saya adalah Samsung 21.5 inci dengan harga RM515 sahaja. Kalau nak layan Samsung 24 inci harga RM725! Bagi saya itu tak perlu kerana dot pitch dia akan lebih tinggi dan menjejaskan sedikit ketajaman sesuatu gambar.

Ok, picture time;
Workstation sebelum upgrade

Setelah upgrade

Pandangan sisi

baru ade semangat nak berblogging ye tak? hish.. hish..

Blogging kerja sampingan dan bisnis sampingan

Jika anda seorang yang celik IT dan tidak masih tidak mempunyai sebuah blog, anda adalah golongan yang dalam kerugian. Menghasilkan sesebuah blog dot com teramatlah mudah disamping dengan kehadiran CMS wordpress jadi semkain mudah dan cepat.

Blogging bukan lagi boleh diambil remeh, ia sudah menjadi platform untuk pelbagai guna. Blogging juga boleh menjana duit sampingan untuk anda, tidak percaya? Lihat sahaja berapa ramai orang bercerita tentangnya.. dan ramai juga telah berjaya.

Jika anda kesempitan wang dengan berblogging anda boleh mendapatkan sumber kewangan sampaingan darinya. Saya juga begitu pada (more…)

Beli Blogroll link blog PR5 dengan USD$0

Saudara saudari sekelian, kita biasa mendengar ungkapan, orang berbudi kita berbahasa, mmm begitulah ragam manusia didalam dunia ini. Yang penting kita kena ikhlas dalam semua perkara yang kita lakukan dan keikhlasan itu akan terpancar dengan sendirinya.

Untuk tujuan promosi dan backlink ke blog saya, iklan adalah salah satu dari caranya.. menyewa link2 kepada blog2 yang popular dapat meningkatkan traffik dan mempopularkan blog kita. Pendek cerita semalam saya tertarik kepada satu blog yang mempunyai niche yang sama dengan blog saya. Blog saya PR3 dan blog dia PR5, jadi saya menulis satu email kepada dia untuk menanyakan kadar sewa iklan di blogroll beliau. Tahukan apa yang dia balas? Dia kata blog dia itu blog personal dan tidak menjual link iklan.. (aahh frust betul baca baris ni, jadi tak boleh lah iklan..:( ) saya teruskan membaca dan ayat seterusnya saya sudah letakkan iklan link blog anda diblog saya, saya tidak mengenakan sebarang bayaran.. (hah bestnye.. dapat free je)

hujanbatu-dot-com-online-income-iklan-percuma

Begitulah ragam manusia bermacam2, apa yang penting saya mahu sampaikan disini ialah tulis dan berkomunikasi dengan pemberi iklan dengan sopan santun, dan kita juga akan dibalas dengan sopan santun dan percuma lagi. Selamat berblogging..

Ulasan buku “Blogger, Blog, Blogging Untuk Semua”

ulasan-buku-blogOk buku aku dah pernah beli satu ketika dulu.. so apa komen aku.. ok je la.. aku bagi 0 daripada 5 bintang.. apsal.. aku tak pasti penulis buku ni jujur menyampaikan buku ni.. atau sekadar membuat keuntungan ke atas permintaan..

Kenapa aku cakap cam ni.. sebab dekat salah satu mukasurat dia bagi alamat “blog” dia roslijamal.blogspot.com.. Aku punya la excited nak tengok baca blog dia ni.. mesti best..banyak post..banyak org komen.. time aku bukak je blog tu.. korang tau apa ada? (more…)