Ka Ching! USD$200 sudah masuk dalam PayPal

Pagi pagi lepas bangun tidur rutin harian adalah membuka email dan ada email yang menarik pagi ini adalah bertajuk “You’ve received a payment” Yes, akhirnya dapat juga payment yang ditunggu2.. USD$200 = RM680 Ka Ching! Hmm kan saya dah kata, sabar sikit la.. masuk memang masuk.. lambat sikit.. sabo je la ok..

Wah lihat sahaja lah screenshot ni.. best kan.. lepas tu buat bayar kereta :)

Jika anda biasa mendapat bayaran PayPal dalam jumlah USD$10 atau USD$20 anda memerlukan kerja dan usaha yang luar biasa untuk mendapatkan payment sebanyak USD$100 ~USD$300! Bila mengatakan luar biasa saya tidak bermaksud ia sesuatu yang mustahil. Nak tahu apa rahsianya? KUALITI, KUALITI, KUALITI, kualiti kerja yang anda buat adalah kayu pengukurnya.. bila kerja anda berkualiti disitu ada value yang client akan letak. Bila hasil kerja anda berkualiti, saya tidak cari client, client sendiri yang contact saya mahukan hasil kerja saya..

p/s: ada satu lagi job client offer USD$85, dah request payment.. tapi takde feedback lagi.. kena follow up ni..

Menanti USD$200 yang tak gugur-gugur

Orang kata penantian satu penyiksaan, hmm begitulah apa yang saya sedang rasa menunggu bayaran dari client online saya. Ciss lembab betul la.. Hmm USD$200 tu banyak juga lebih kurang RM680! Hmm macam ni la orang berbagai ragam.. Saya lihat rupa2nya dia masih belum membuka email beliau sebab tiada receipt read yang saya terima.

Ingin saya kongsikan pengalaman saya, pernah satu ketika dulu client pun lambat bayar jumlah yang agak besar $USD220 tunggu punya tunggu, setelah menghantar beberapa email reminder maka masuk juga la duit tu. client explain dia kata ada kematian dalam keluarga, so dia minta maaf banyak2 sebab lambat.. tetapi akhirnya masuk juga seperti scrennshot ni.. manisss..

Ok selama saya menerima bayaran melalui PayPal, bayaran terbanyak saya terima adalah sebanyak USD$340 lebih kurang RM1156 ni bayaran paling banyak la satu shot saya terima dari client. Banyak dan besar sebab dia beli bulk (banyak2). Bayaran ini bertransaksi bulan lepas pada 1 Feb 2010.

Mendapat bayaran yang besar di akaun paypal memang menyeronokkan tetapi bila payment lambat jangan cepat melenting.. cool je.. sabar.. ada la tu satu dua hari lagi..

p/s: ok screen shot ini bukanlah nak menunjuk2.. tetapi saya harap saudara saudari dapat motivasikan diri dari artikel ini untuk mendapat lebih banyak bayaran dalam akaun paypal anda dan lebih bersemangat untuk mencuba.. selamat mencuba!

Bayaran Google AdSense USD$220.26 untuk bulan September!

hujanbatu-dot-com-sept-paymentBeberapa hari yang lepas bayaran untuk Google AdSense saya telah memperolehi USD$220.26 (RM748.88) wow banyak juga! lepas lagi buat bayar kereta. Jika ikutkan peratusan ia telah meningkat sebanyak (more…)