Soalan tentang ebook

Terima kasih nadia tentang soalan itu, begini jika anda membuat ebook mengunakan rujukan buku tertentu itu dikira sebagai rujukan selagi anda tidak copy paste word by word apa yang ada didalam buku itu. Satu teknik yang biasa digunakan oleh blogger tanpa menciplak adalah dari teknik rewrite. Rewrite/menulis semula dilakukan dengan anda membaca sesebuah topik didalam buku tersebut dan fahamkan. Anda menulis semula dengan pemahaman anda, ini bukan termasuk dalam categori ciplak. Jadi gunakan teknik rewrite.

Memasukkan gambar2 dari internet tanpa kebenaran dari tuan punya gambar adalah satu kesalahan walaupun tanpa niat komersial, bila jual ebook itu sudah komersial lagi la salah. Bagaimana mahu lakukannya? Cara pertama dan percuma adalah anda meminta kebenaran tuan punya gambar untuk mengunakan gambar beliau. Cuba pujuk dan katakan sebagai tukaran anda akan meletakkan link ke website/blog beliau sebagai credit gambar. Cara kedua anda boleh mencari gambar2 yang totally free untuk adapatasi, modifikasi , untuk komersial dan lain-lain. Ada banyak gambar begini, tetapi saya nasihatkan baca term and condition diwebsite2 itu kadang2 ia hanya percuma untuk kegunaan personal sahaja. Cara ketiga anda harus membeli sesuatu gambar itu, banyak website2 stock photo yang menjualnya. Harap anda jelas dengan penerangan saya ini.

Antara sumber gambar percuma yang biasa saya gunakan;
http://freedigitalphotos.net/
http://www.sxc.hu/

Artikel berkaitan:

Tags: , , , ,

16 Comments on “Soalan tentang ebook”

  • tq for your explaination..

    boss Reply:

    sama-sama.. :) bagaimana sudah sedia untuk buat ebook?

  • Apakah website untuk kita mendapatkan gambar2 yang cantik and cool?

    Dalam blogging ini apa lagi yang boss lakukan selain perkara di bawah ni?
    1. Adsense
    2. Jual blogpost
    3. Jual link
    4. Jual banner ads

    boss Reply:

    Antara website yang boleh kamu gunakan;
    http://freedigitalphotos.net/
    http://www.sxc.hu/

    Selain 4 di atas saya ada menjual ebook, training, personal coaching, teknikal services, menulis artikel dan berbagai lagi..

  • satu penjelasan yang baik, untuk tujuan komersial mestilah mempunyai kebenaran. hehe :)

    boss Reply:

    selamat datang mohdisa, hmm mmg betul.. jika anda melanggar akta hakcipta, anda mendedahkan diri anda dari tindakan undang2.. berhati2..

    HIDUP SEORANG BLOGGER Reply:

    tahu takpa, selamat datang yerk. hehe, bro ada wat ebook gak ke?

  • penerangan yang jelas gitu

    boss Reply:

    sebenarnya banyak lagi info tentang ebook yang belum dikupas.. nanti aku story lagi..

  • bilalah nak buat ebook nie… buku belajau pun tak terbaca..hehe

    boss Reply:

    pelan2 buat, tapi step pertama untuk buat ebook adalah ada idea/info yang pembeli mahu.. sudah ada?

  • err boss kalo nak amik images kat google images pun xleh sebarangan ke..kdang2 terdesak nak cari gambar utk artikel search kat google images je

    boss Reply:

    itu sebenarnya cara yang salah.. cuba elakkan.. gunakan imej sendiri.. snap je apa2 pun yang berkaitan dengan digital camera tu.. lebih selamat..

  • salam semua..

    bagus juga dpat share info ni.. sy sendiri pun tak tau pasal hal2 mcm tu..
    baik baca term dulu, takut2 bila ebook dah laku nanti tak pasal2 dpt surat mahkamah pula.Naya je.. thanks Boss

  • Bagus info nih…nampak macam remeh tapi tak boleh dipandang temeh….(errr…betul ke ayat aku nih :-) )

  • kalau copy 100%,dan pemilik karya asal tahu,memang boleh kena saman pun..langgar akta hakcipta..

    thank you Boss sebab bagi penerangan yang terbaik untuk isu ni..