Small gesture, Big difference

Isnin tiba lagi adakah anda dalam monday blues? Hmm mari dengar kisah saya small gesture, big differance (tindakan kecil, besar maknanya). Ini merupakan kisah dihari terakhir saya bergelar R&D Mechanical Design Engineer.
Sejak saya graduate dan mula alam pekerjaan, saya memang sudah dapat merasakan jiwa saya adalah kepada business minded. Saya kurang selesa berada dibawah arahan sesiapa. Bila pintu rezeki dan peluang terbuka untuk melepaskan diri dari alam pekerjaan ini saya capai dan teruskan sedaya upaya saya.
Tugas seorang jurutera bukanlah sesuatu yang mudah, stress work load adalah mimpi ngeri bagi semua jurutera. Pada satu tahap ia betul2 menjadi mimpi yang sebenar, stress di tempat kerja sehingga terbawa2 ke tidur. Saya bertanya kepada rakan jurutera saya yang lain adakah mereka juga termimpi2 tentang kerja? Mereka menjawab ya, rupanya saya tidak bersendirian. Malah mereka kata kadang2 nak pergi kerja pun rasa takut, mereka kata juga ini tidak sihat, lebih baik angkat kaki. Jika anda berada dalam situasi begini, anda perlu mencari penyelesaian yang terbaik untuk anda. Pilihan di tangan anda sendiri.
Kadang2 bekerja seorang jurutera juga amat membahagiakan, saya masih teringkat disebuah syarikat swasta yang pernah saya kerja dahulu. Syarikatnya tidak besar, tetapi suasana perkerjaan disitu begitu indah sekali. Bermula dengan kenaikan gaji yang lebih besar sekitar RM700 lebih dari gaji ditempat terdahulu. Bonus satu bulan di hujung tahun, workload yang teramat ringan dan mudah. Masa yang bebas 80% surfing internet
rakan2 yang rapat, hasilan kerja yang dipuji dan berkualiti. Saya boleh katakan kalau 10 tahun saya berkerja disitu saya masih yakin saya boleh steady. Tetapi saya terpaksa meninggalkan kerja itu selepas 2 tahun bersama mereka atas sebab2 saya tersendiri.
Jika anda pernah baca artikel saya yang lalu, boss saya benci saya.. perasaan sebegitu juga dirasakan oleh saya, mungkin kualiti kerja yang kita berikan tidak mencapai tahap terbaik dari kita. Pelbagai lagi up and down saya rasakan selama bergelar jurutera ada suka dukanya. Tetapi hari terakhir saya bekerja di syarikat terakhir saya.. saya tahu ia akan ada nilai sentimentalnya.. sebab saya tahu mungkin langkah kali ini saya tidak akan kembali ke alam itu lagi.
Di pagi hari terakhir itu, seperti biasa saya akan clearkan semua email2 lapuk saya, terutamanya email personal dan forward2 oleh kawan. Di dalam kotak inbox saya Manager saya ada menghantar sabuah email kepada saya, “Please come to my desk when you read my message, thanks.” Hmm ada apa agaknya yea.. saya teruskan mengemas meja saya dan kemudian saya datang berjumpa dengannya.
Sedikit kata2 penghargaan darinya, amat bererti pada saya. Sincerity kata2 beliau dapat dilihat, walaupun saya tahu saya bukan yang terbaik tetapi kata penghargaan beliau cukup membuatkan saya tersenyum gembira. Dia mengucapkan selamat berjaya kepada saya, beliau juga berasa lega kerana saya tidak memilih untuk menyertai syarikat rival, beliau tahu saya ingin memulakan perniagaan dan beliau mengalakkan saya untuk teruskan apa yang saya passion dalam hidup saya.
Di akhir perbualan itu beliau mencapai sebuah beg kertas dan mengeluarkan sebuah kotak kecil, siap berbalut kertas bungkusan hadiah berwarna merah (warnanya masih segar dalam ingatan, bila orang menghargai kita pasti kita akan mengingatinya sampai bila2). Kotaknye kecil, hanya sebesar kotak rantai emas wanita. Saya tahu kamu semua sudah dapat mengagaknya ia adalah sebuah pen. Saya amat terharu dengan pemberiannya, sebab saya tahu ia adalah personnal give darinya dan saya tersenyum gembira. Pada kebiasaan ditempat kerja lain, hari terakhir biasanya disudahi dengan berjabat tangan sahaja, tetapi kali ini lain.. small gesture, big difference.. Hari ini genap 6 bulan saya meninggalkan alam perkerjaan dan saya selesa dengan apa yang saya buat sekarang..

p/s: berkerjalah dengan penuh bersemangat, bukan perhargaan yang diharapkan. Cukuplah sehingga kita rasa kita telah buat sesuatu yang terbaik sebaik mungkin. Tetapi bila perhargaan diberi walaupun tidak sebesar mana saya pasti anda tahu betapa besar maknanya untuk anda.. selamat maju jaya.
Artikel berkaitan:- Jangan terlalu tamak
- Blogging kerja sampingan dan bisnis sampingan
- 2 Jenis Advertiser Anda Tahu
- Apa itu Google PageRank?
- Menjadi full time blogger?
Tags: berhenti, berhenti kerja, gesture, kerja



Dulu masa aku bekerja, bukan bos aku yang benci aku… tapi aku yang benci bos aku… heh heh
boss Reply:
August 23rd, 2010 at 4:05 PM
he he kadang2.. aku ada gak macam tu.. bosan gile kena bambu dgn boss hari2 pukul 10 pagi.. marah dah la mengalahkan orang gile.. bergegar dinding production tu..
nice story, bekerja dengan penuh dedikasi dan ikhlas pasti kita dihargai
boss Reply:
August 23rd, 2010 at 4:06 PM
he he cerita pasal life story.. biasa2 sahaja.. mmg terharu bila dapat hadiah tu.. kih kih..
nice share! bekerja memang nak ikhlas dan bersemangat tapi kalau dah tensen/stress sangat buleh ilang semangat dan ikhlas tu… huhu ( kata-kata untuk diri sendiri nih )
boss Reply:
August 23rd, 2010 at 4:07 PM
kerja itu sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kita.. jadi lakukan lah dengan sebaik mungkin.. orang kata stop complaining.. and start working..
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Artikel menarik untuk diberi komentar khususnya pada petikan ini
“Tetapi hari terakhir saya bekerja di syarikat terakhir saya.. saya tahu ia akan ada nilai sentimentalnya.. sebab saya tahu mungkin langkah kali ini saya tidak akan kembali ke alam itu lagi.”
..Khabarnya skrip hidup & kehidupan ini bukan kita yang punya….lalu mungkinkah berlaku “hari terakhir seorang blogger?”….bagaimana pula nilai sentimental itu agaknya..
Sekadar cetusan imaginasi..
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, work smart & creative
Assalamualaikum
boss Reply:
August 23rd, 2010 at 4:09 PM
ada juga tercetus situasi itu disudut minda ini.. ketentuan Ilahi siapa yang tahu.. mungkin ya mungkin tidak.. satu hari nanti.. hanya Dia yang mengetahuinya..
kerja oh kerja lakukanlah dgn seikhlas hati yang luhur sb ia adalah hasil dari titik peluh kita jua..utk anak2 juga istri tercinta..
salam ramadhan buat tuan rumah
boss Reply:
August 24th, 2010 at 1:03 AM
bermula dari niat dihati.. diterjemahkan melalui perbuatan.. salam ramadhan juga pada suri..
Engineer ke?Tabik la Boss..sanggup melepaskan kerja yang hebat untuk menjadi lebih hebat dalam dunia blogging..
setakat ni kerja memang banyak,tapi tak terbawa dalam mimpi lagi la..harap2 tak la..
boss Reply:
August 24th, 2010 at 9:05 PM
yes I was an engineer.. time buat keputusan berhenti kerja tu,,mmg dilema sikit.. ye la dah penat2 belajar.. tetapi tabahkan hati.. dah rezeki aku tertulis begini.. terima seadanya dan aku happy..
hemm..dari engineer ke full time blogger. Itu satu cabaran yang berbeza dan besar. Semoga success dan aku harapkan yang terbaik. Insya-Allah akan berjaya dengan jayanya.
boss Reply:
August 24th, 2010 at 9:11 PM
memang masing profession ada cabarannya yang tersendiri.. actually i love both..
kuatkan usaha dan rajin belajar sesuatu yang baru.. Insya-Allah boleh..
Dah 6 bulan yer boss berenti…maknanya pada bulan 2 yang lepas ler…
Ish…ish…ish…ps sempat dapat tak?
boss Reply:
August 24th, 2010 at 9:04 PM
ho ho.. tak ambil ps skip..
ada makna tersendiri tuh….
boss Reply:
August 27th, 2010 at 3:12 PM
betul.. yang penting berkerja seikhlas hati..
It’s the thought that counts..
boss Reply:
August 27th, 2010 at 3:11 PM
yes.. you’re right..
Jarang bos yang bagi hadiah…
KEs aku…bos belanja makan sea food…
Anak buah pulak bagi hadiah..
Akupulak belanja satu kilang pizza hut…
boss Reply:
August 27th, 2010 at 3:08 PM
belanja pizza satu kilang.. wow.. meriahnya.. lazat..
Cyza Reply:
August 27th, 2010 at 3:17 PM
Haha….tapi pastinya tak cukup…berapa byk perut nak kena isi tu…
dan gunakan pizza online…lebih murah.
seronok rasa dihargai oelh BOSS, kan Boss ??
boss Reply:
August 27th, 2010 at 3:09 PM
mmg betul.. tak kira dari siapa penghargaan itu datang.. tentu menyenangkan hati.. dari ibu bapda, isteri, anak2, adik beradik, kawan2.. alhamdullilah..
sonoknyerr dapat hadiah kanns.. ehehe
boss Reply:
August 27th, 2010 at 3:10 PM
mmg best.. ye la kan duit tu datang dari poket dia sendiri bukannya company bagi dia duit suruh beli.. itu yang bererti..
“stress di tempat kerja sehingga terbawa2 ke tidur”, pernah merasa pengalaman ni, memang waktu tu tgh banyak kerja tambahan pulak ada yang bersara dan berhenti dalam masa yang sama..
boss Reply:
August 30th, 2010 at 7:51 AM
kalau jarang2 tak pe.. kalau selalu memang sesuatu yang tidak sihat..
bro..you inspire me a lot hehe…aku pun tadak feel nk jdi engineer..ntah apa nk jadi ngan hidup aku neh…bljaq penat2 p buat bnda len plak huhu
boss Reply:
August 30th, 2010 at 7:53 AM
man, apa yang penting kita kena lihat masa hadapan kita.. cuba bayangkan lima tahun dari sekarang apakah matlamat hidup kita..
Apa yang penting ialah kita buat apa yang minat. Memaksa diri bukan jalan penyelesaian.
Cerita ni memang bagi inspirasi. Huhu. Dan keep up, bro!
boss Reply:
August 30th, 2010 at 7:54 AM
thanks.. aku hanya berkongsi secebis pengalaman hidup sahaja.. harap dapat menyentuh jiwa2 yang memerlukannya..
menjadi R&D engineer memang pahit.
namun pengalaman itu akan menjadi manis bile dikenang semula.
heheheh…
been there done that.
pernah dengar istilah “pergi rumah, balik kerja?”
bukan “pergi kerja, balik rumah”