Sebulan lebih bersama iPad 2

Setelah sebulan lebih saya mendapatkan ipad2, saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya membuat sedikit review saya sendiri tentang ipad 2 ini. Sebenarnya ipad ini bukanlah saya punya, memang saya yang beli tetapi untuk hadiah hari jadi isteri tercinta saya (sampai ada orang jeles dapat tahu dia dapat ipad2).
Baiklah ipad 2 ini saya beli dari applestore online malaysia, beli dari website. Kenapa? sebab ipad 2 ni kalau nak beli dikedai2 apple memang selalunya sold out dan kebiasaanya yang tinggal untuk dijual adalah ipad 2 high end spec yang menjangkau rm2500. ipad je tak payah beli mahal2 punya bukan full function laptop pun hanya sekadar extension platform untuk melayari internet.
Oleh itu saya beli yang paling murah ipad 2 16GB wifi tanpa capaian 3G. Rumah saya ada wifi buat apa ambil yang 3G, nak surfing kat luar mudah dengan 3G version? pada saya ia tidak perlu sudah puas duduk depan laptop hampir seharian. Oh ya hampir terlupa harga version saya beli ini adalah yang termurah iaitu RM1499 dengan pernghantaraan percuma ke rumah.

Ok bagi saya ipad 2 ini sebenarnya lebih digunakan untuk bermain games dan surfing internet diruang tamu, untuk aplikasi lain ipad2 ini agak terhad. Keyboard luar tidak diperlukan kerana touch screen keyboard cukup besar dan amat selesa digunakan. Walaupun kapasiti simpanan hanya 16GB ia sudah amat memadai, tidak penuh2 setelah install apps 6-7 muka surat.
Jika ditanya kepada saya adakah saya akan membeli lagi satu unit ipad 2? hmm mungkin tidak, kerana satu factor flash tidak berfungsi di ipad 2. Flash amat perlu bagi saya dan ia digunakan meluas dalam alam cyber. Bayangkan buka google analytic pun tak boleh view visitor graf, ape pun tak boleh. Leceh la macam ni.. nak buka video, video di youtube sahaja boleh play.. yang lain maybe tak.
Oleh itu saya akan memilih Samsung galaxy tab yang boleh support, flash, lebih compact, lebih murah, lebih kecil. Jika sesiapa berminat mahu berikan hadiah harijadi saya silakan.. ;P
p/s: komen ditutup selepas 30 hari post dikeluarkan.. banyak sangat spam tak larat.. jadi komen la cepat2 yea..
Artikel berkaitan:


Saya masih tertanya-tanya kenapa mendiang Steve Jobs masih menolak kehadiran Flash Adobe ke dalam produk mereka. Berpanjangan juga pertelingkahan antara 2 gergasi ini.
boss Reply:
November 5th, 2011 at 12:24 AM
apple cuba monopoly dari kesemua aspek produknya..
flash boleh buat games dan pelbagai apps.
apple sudah tentu tidak mahu customernya beli games dan apps dari orang ketiga..
tetapi ia satu tidakkan yang keras kepala.. dan tamak dari apple..
pada pandangan peribadi saya…
blackrosehunter Reply:
November 19th, 2011 at 9:50 AM
kadang-kadang sikap ketidakterbukaan ni jugak membawa keburukan..ingatkan iPad ni hebat sangat..macam banyak benda tak boleh..hehe
Huh!ipad2 tuu….ipod pun tak terbeli lagi…hehehe
boss Reply:
November 5th, 2011 at 12:24 AM
ipod? ipad pun boleh jadi ipod tau..
aik ruangan komen pon ader limited day ker, hehe, ipad bagi saya lawa, tp saya beli galaxy tab, setakat ni pakai ok, hehe
boss! lama tak singgah blog ni, kadang2 asal singgah tak berupdate, pastu terus lupa nak singgah hehe… tahniah dah beli ipad2 hehe
bagi aku mungkin aku tak akan guna ipad laa, huhuhu sebab tak berduit, kalau berduit pun aku akan rembat komputer riba yang power-power gitu..hahahahah, lain padang lain dulang.. lain orang lain pandangan..
dah ada iPad 1st gen dah rasa cukup dah..hehhee
lam benar ko menghilang wehh..