Saya suka skodeng

Pada masa kini harga sebuah laptop amatlah murah dan semua orang boleh memilikinya sendiri. Saya masih ingat pada satu ketika dahulu harga minimum sebuah laptop adalah sekitar RM4000~RM5000. Tetapi lihat lah sekarang laptop RM900 pun ada, dahsyat betul.
Mengikut perkembangan ini, maka ramailah penguna2 laptop di Malaysia ini. Kalau dulu pemilik laptop melepakkan diri di Starbuck tapi kini kita boleh lihat kat kadai mamak, kfc, mcD, tecso, giant, booth orang jual kat giant, kedai warung tepi jalan pun orang bukak laptop. Di tambah pula dengan kewujudan wireless broadband.
Haa, satu perkara pelik yang aku suka buat adalah skodeng penguna laptop2 ni.. he he.. bukan skodeng apa tgk ape benda yang diaorang gunakan laptop diaorang tu. Mana tau ada lubuk duit kat mana2 he he.. Tetapi dari aktiviti skodeng aku tu, diaorang ni mengunakan laptop untuk tengok YouTube, Facebook dan YM sahaja. Hmm sayangnya masa yang dibazirkan. Kan bagus masa2 terluang tu buat duit dari internet atau baca blog aku ke.. ada la juga masyuk ye tak.. he he..
Ok la terpulang pada diri masing2.. so jaga2 jangan kena skodeng dengan aku .. he he..



Hi, Stranger! Leave Your Comment...