Proton Saga FL

Proton-Saga-FL

Hmm nampaknya saya ada ketinggalan sedikit tentang perkembangan automotif negara. Proton Saga BLM telah pun diberikan nafas baru dengan nama Proton Saga FL. Apa tu FL? FL bermaksud face lift yang kebiasaannya dilakukan oleh pengeluar kereta dengan sedikit pembaharuan dari segi rupa luaran dan dalaman.

Semasa melalui PLUS KL Seremban, saya ternampak satu billboard yang besar menunjukkan kereta Proton Saga FL, wah produk baru macamana boleh tak perasan. Kepada anda yang ketinggalan seperti saya Proton Saga FL dan Proton Saga BLM adalah kereta yang sama, rangka utama lebar dan panjang juga sama. Sedikit pengubahsuaian untuk face lift ini.

Antaranya lampu hadapan yang lebih besar, pada saya lampu yang asal lebih cantik dari lampu terkini Proton Saga FL. Lampu yang baru ini kelihatan Proton Saga FL seolah-olah kereta buatan korea. Bumper hadapan dan bumper belakang juga diperbaharui untuk penyesuaian lampu baru itu. Bahagian belakang pula kelihatan lampu belakang digantikan dengan lampu LED dan dari segi rupa bentuk masih kekal seperti yang lama.

Bagaimana pula dengan harga? adakah lebih murah atau lebih mahal? Proton Saga FL lebih mahal berbanding Proton Saga BLM sekitar RM1000~RM3000 lebih mahal. Dari pandangan peribadi saya Proton Saga BLM lagi cantik berbanding Proton Saga FL dan jika saya diberi pilihan antara dua saya memilih Proton Saga BLM. Bagaimana pula dengan anda? Sila komen..

Artikel berkaitan:

Tags: , , ,

17 Comments on “Proton Saga FL”

  • Bro… Cuba check…”lampun” atau “lampu”

    boss Reply:

    he he typo.. dah betulkan.. thanks.. :P

  • akui tak pandai sgt pasal kereta nie… lambat benar nk ingat… rupa kereta tu… selalu je salah teka model kereta tu… sekarang ni dah dapat bezakan myvi dgn viva pun dah kira OK la :-D

    boss Reply:

    maybe kurang minat kot pasal kereta.. takpe.. lama2 tau gak la.. :)

  • sekilas pandang cam honda city le pulok hehe..wah boss nak tukar keta ka huhu

    boss Reply:

    tukar? fulus tak cukup la.. he he.. hang angkat la man..

  • susah jugak nak beri pendapat ni.
    aku lebih kenal jenis bas berbanding jenis kereta,boss :) sebab aku pengguna setia pengangkutan awam.

    naik kereta pada aku asal sampai dengan selamat dan tak rosak tengah jalan sudah cukup bagus :) tak kisahlah apa jenisnya.

  • aku rasa mcm cantik yang ni bos kalau nak compare dgn yg lama, itu pandangan mata aku la

  • pada pendapat aku… proton saga yang baru nie… dah ok … dari luaran.. cuma dalaman tuh tak da ker boss… erm..

  • sibbaik FL tue bukan fork lift.. haha! hehe, tapi nampak cam lebeyh kurang jerr ngan saga biasa.. hohoho

  • Facelift ni lagi mengancam dari model asal dia :D

  • aku ingt FL lg cun la~~
    LIKE!!

  • tak tahu mana satu asal yg mana lebih mudh utk di kendalikan baik pilih yg tu..

    hurm.. apa2pun budget harus di ambil kira juga heeee

  • saga f.l nie elok sikit dari saga blm sebab luaran nampak garang dan sporty…bagi yang minat sport tu memang boleh touch-up sikit2 je…aku dah sambar satu dah minggu lepas…huhuhuhu…layan woooo….

  • apa-apa model pun facelift cuma tukar sedikit design bahagian luar saja…kita tunggu pulak persona face off….

  • yeahh…saga fl aku da smpai
    mmg t’baik la!!

  • tak minat tang blakang die…