Permohonan Google AdSense saya gagal?
Google AdSense
Permohonan google adsense saya gagal? oops bukan saya.. rakan saya. Seperti yang saya maklumkan program buat duit online yang saya gemar adalah google adsense. Sebab pulangannya amat stabil dan lumayan setiap bulan. Buat pengetahuan saudara saudari sekalian saya sudah tidak update blog itu selama 5 bulan sudah.. tetapi pulangannya tetap stabil. (hmm dah lama sangat blog tu terbiar kena update ni.. 5 bulan.. lama benor diabaikan.. he he)
Ok berbalik pada tajuk utama, rakan saya baru baru ni ada cuba memohon join google adsense program, tetatpi permohonanannya ditolak. Beliau bertanya mengapa kena tolak, setelah saya perhatikan blog beliau agak “slim”. Kurus? bukan.. “slim content” bermaksud kurang text, lebih banyak gambar dari ayat2. Google approvekan sesuatu akaun google adsense adalah melalui staff2nya bukan computer. Jadi blog anda itu perlu menyerlah bila dibaca oleh staff google tu. Ok ini saya sertakan sedikit tips2 yang boleh menaikkan kemungkinan permohonan anda diapprovekan;
Isi dan artikel
Satu lagi, kemungkinan besar staff google itu adalah dari US, so anda digalakkan memohon melalui blog bahasa inggeris anda. Banyakkan penulisan2 anda berbanding gambar2.. Post2 mestilah unik/original dan bukan artikel copy paste. Google boleh google artikel kamu dengan mudah dengan pengunaan “double quote”.
Infomatif
Artikel2 dan post2 anda perlulah sesuatu yang berinfomasi dan berguna kepada pembaca. Terlalu banyak blog2 di internet ni digelar “junk blog” iaitu blog2 yang merapu2 yang tiada kepentingan. Adakah blog anda tergolong dalam junk blog? kalau ya.. apply lah guna blog yang lebih informative.. Kalau tak buat satu..
Jangka Masa Matang
Kalau blog anda itu baru 2-3 post yang ada, maka tak perlulah apply dulu. (Logik mmg tak approve.. mentah lagi) Banyak2 post2, sebaiknya biar ada post 2-3 post seminggu dan konsisten selama sekurang2nya 3-4 bulan baru apply..
Kekurangan Pelawat
Saya faham ini adalah salah satu masaalah kepada blogger beginner tetapi ini penting, cuba dapatkan traffik sekurang2nya 50 pelawat sehari. Semakin ramai pelawat blog anda semakin mudah akuan anda diapprovekan.
Buang semua iklan
Google adsense bersifat dominan, jadi jika anda mahu akaun google adsense diapporvekan, silalah buang iklan2 dari advertiser yang lain. Eg. nuffnag …
Sebenarnya banyak lagi tips2 lagi yang belum saya sentuh, tetapi tips2 ini sudah memadai untuk anda dapat diapprove join program google adsense. Buat pengetahuan semua anda hanya perlu sekali diapprove sahaja.. kemudian jika anda ada blog2 yang lain tidak perlu sumbit for approval lagi. Selamat mencuba..
Artikel berkaitan:- Buat Online Income dengan Blog (Bhg 3)
- Google sponsor USD$175.14 untuk kereta saya!
- Masa untuk cashout duit google adsense
- Asas buat duit dengan blog
- Program buat duit yang saya paling suka
Tags: approval tips, gagal, google adsense, mohon



menarik la bro. kalau blog bahasa melayu, iklan google tu dia akan apporve tak?
susah la nak buat blog english. tak power
@luth – aku tak berapa sure la.. takut staff google tu tak faham bahasa melayu.. camne nak dapat approve.. tapi kalau english.. confirm diaorg faham.. anyway cuba try your luck!
boss,bila nak dedahkan rahsia besar ko dalam main adsense ni ?….hahaha
dulu ada orang gitau, nak apply google adsense boleh belasah je blog orang lain yang berbahasa inggeris sebab yang akan di approved adalah pada emelnya sahaja dan cotent blog bahasa inggeris, boleh ke camtu?
tungguu.. he he.. tau la dah approve google adsense hari tu.. he he..
sebenarnya salah.. dan tidak beretika camtu.. sebab bila owner sebenar apply google adsense juga kemudian hari.. akaun anda mungkin akan di ban.. sebab menipu.. sebaiknya jangan..
erm dulu pernah try.. tak approve sebab bahasa inggeris n traffic,… then try lagi.. tapi dah tukar bahasa,,, amik masa gakla.. tunggu dalam 15 entry..baru try… akhirnya approve.. sekarang baru ada 11dollar… dah tak rajin update sekarang nie..sebab problem sket la kalau inggeris… adoi..
Pernah dua kali diban google.. seksa.. seksa..
alhamdulilah, sampai hari ni account adsense masih aktif (cuma tak pernah cukup utk cash out je).
aku pelik kenapa kadang-kadang orang suka apply account adsense banyak-banyak. kenapa yek?
praktis3… lama2 ok la tu nanti..
pergh ganas ni ..sampai kena ban dua kali… ape cerita..
apply banyak2 buat pe.. skali dah le.. he he.. sikit2 kumpul.. lama2.. kepul2 kuar.. he he..
kasik tunjuk sikit screen shot GA ni… mau usya..
boleh.. tunggu satu masa.. nanti.. bukan sekarang…
ok la boleh tahan.. income GA ni..
dlu aku pernah jana duit dri adsense ni sehingga $USD2000 sebulan,,,tapi skarang tak buat sejak berada di indonesia…aku juga tiada punya sifu, cuma belajar dri internet dan upgrade skill saja…semua orang boleh berjaya dalam adsense asal ada kemauan dan belajar.
pencapaian yang baik sekali.. teruskan..
1st-terima kasih untuk perkongsian di atas.
2nd-saya memang teruja nak buat duit melalui adsense ni. macam mana tak teruja,kawan saya baru2 ni tunjuk cek google kat saya huhu baik punya jeles. sekarang,saya tengah siapkan satu blog dalam BI. Insya-allah nak apply ikut saranan bro di atas. Thanks a lot!
ok no problem.. ok baguslah.. boleh cuba.. tapi jangan terlalu tamak.. jauhkan teknik blackhat dan main tipu.. jangan click ads sendiri… pelan2 kayuh..
saiful berapa kawan awak dapat? nak tahu gak?
saya ada akaun adsense tapi nak jalankan belum seberapa plan nak buat projek blog dalam bi
Saya tengah pening ni!!, permohonan adsense x approve kerana google Tidak dapat diterima kandungan halaman, saya tak tahu nak buat ape, kerana saya guna artikel dari enzinearticle, jadi saya delete satu page yang saya rasa tak sesuai dan tukar theme, lepas tukar theme je, saya tengok pada blog saya ade iklan adsense, jadi saya cuba log in akaun adsense, dia kluar form pengesahan penerima pembayaran macam mula2 kita mohon akaun adsense dan suruh resubmit,(temasuk tanda pada kotak pengesahan yang saya blum ade akaun adsense yang diluluskan) , selepas resubmit, dia suruh tuggu email untuk kelulusan plak????
dah 2 hari tunggu tp takde maklumbalas, tapi iklan adsense masih ade pada blog saya.
saya harap saya tak buat silap step ni,
saya nak tanya biasanya klu akaun adsense tak lulus@blum lulus, dalam blog kite ade iklan adsense ke ?