Pasif Income vs Aktif Income

Pada beberapa hari yang lepas saya telah ditanya satu soalan yang menarik dan bernas oleh saudara Alan Tan mengenai kehidupan sebagai full time blogger. Dia bertanya kepada saya “Katakan you ada buat duit dalam RM Xk sebulan, adakah semua duit tu you kena cari atau automatik dapat tiap2 bulan?”

Saya menjawab kepadanya kira2 50% automatik dan 50% sale saya kena cari.. saya rasalah pada masa itu.. Jika soalan ini disusun kembali soalan beliau akan berbunyi begini.. “Berapa pasif income dan aktif income kamu sebagai seorang full time blogger?”.

Apakah income pasif? Income pasif adalah pendapatan setiap bulan yang diperolehi tanpa membuat apa2 kerja. Contohnya, income dari google adsense, iklan2 diblog anda yang dibayar tetap setiap bulan, ebook2 terjual secara konsisten setiap bulan, income dari jualan affiliate dan berbagai2 lagi.

Apakah income aktif? Income aktif adalah pendapatan yang kita telah buat atau cari pada setiap bulan. Contohnya, dapat job review produk diblog, buat sponsor blogpost, buat jualan produk fizikal di blog anda kemudian mendapat duit, buat service penulisan artikel, buat service terjemahan artikel dan lain2 lagi.

Jika dibandingkan income pasif dan income aktif, sudah tentu kita semua lebih suka income pasif kerana tak perlu buat apa2 dapat duit. Ada mengatakan mereka buat income pasif dari blogging tetapi masih mencari sale dan berbagai2 lagi. Maaf ye ini bukan income pasif sebab anda masih berkerja untuk dapatkan duit itu. Itu income aktif! Jika anda benar2 mahu berjaya dalam dunia blogging ini anda perlu dapat bezakan kedua2 term ini.

Setelah balik kerumah saya masih tertanya2 soalan tadi berapa income pasif dan income aktif yang saya buat sebenar benarnya? Saya ambil kertas dan pen, listkan semua pendapatan saya dalam satu bulan. Saya pisahkan income pasif dan income aktif saya. Saya tersenyum.. kenapa? Sebab figure yang terkeluar dari analisis ini sangat mengejutkan saya sendiri. Apa dia? Income pasif yang saya hasilkan sebulan adalah kira2 70% dan selebihnya 30% adalah income pasif!

Jika anda dapat menjana 100% pasif income dari aktiviti berblogging anda, saya tabik anda! Kenapa? Bila anda dapat buat 100% income pasif dari blog anda, ini bermaksud jika anda tidak buat apa2 dalam satu bulan.. income anda tetap ada.. Ini baru betul2 pasif..

Artikel berkaitan:

Tags: , ,

22 Comments on “Pasif Income vs Aktif Income”

  • wow! mmg dasat 70% bg aku dh cukup tinggi..
    Tahniah bro :)

  • sedang berusaha ke arah itu(bertatih-tatih) untuk income pasif :)

  • hebat… hebat

    sambil bercuti2 , income masuk je ya

  • miziology: wow! mmg dasat 70% bg aku dh cukup tinggi..
    Tahniah bro :)   

    itu la pasl aku pun tak perasan, meningkatkan yang pasif adalah cara yang terbaik untuk jangka panjang..

    sangilapi: sedang berusaha ke arah itu(bertatih-tatih) untuk income pasif :)   

    kena tambah2 yang pasif.. baru betul2 smart!

    klcitizen: hebat… hebatsambil bercuti2 , income masuk je ya  

    betul.. itu yang hebatnya pasif income.. cuti2 pun dapat duit..

  • kalau 70% tu dapat menampung perbelanjaan bulanan, lagi hebat!

    boss Reply:

    yep.. mmg 70% itu sudah melebihi perbelanjaan bulanan saya.. mmg hebat bukan duit hanya datang dari internet… syukur alhamdullilah..

  • skrg ni nak dapatkan income aktif dulu, pastu seiring dgn itu buat income pasif

    boss Reply:

    ok mijie aku doakan kau juga berjaya..

  • Tahniah Boss! Satu figure yang hebat.

    Apa yang saya usahakan kini juga adalah aktif income. Belum ada yang pasif. Bulan March saya ‘aktif berkerja’ dan ada hasilnya. Namun bulan April, online income saya ‘zero’ apabila saya kurang berkerja.

  • itulah kelemahan income aktif.. kita kena cari jobs…baru ada online income.. usahakan kedua2nya seiring jalan…

  • Tahniah Boss,

    Semoga bertambah peratus pasif income..

  • bestnye pasif income..nak jugak

  • aktif income nie ibarat ..kasi pagi makan pagi… kais petang makan petang… (bagi yang kerja sendiri la) …passive nie belum dapat lagi nak master macam boss.. ..

  • Bro,saya rasa ada percanggahan maklumat dalam entri bro.

    Dalam artikel,bro tulis macam ni,
    “Income pasif yang saya hasilkan sebulan adalah kira2 70% dan selebihnya 30% adalah income pasif!”

    Tetapi dalam pie chart, terbalilk.

    Harap membantu. :)

  • wah..hebat! Macam dah ada 3-4 buah rumah sewa :-)

  • 70% pasif income? Fuh..!! Memang berbaloi la fulltime blogger :D

  • susah nak capai tahap ni, sy pun baru lagi..hehe.. suka lagi income pasif..

  • Hebat Boss..ni baru la dikatakan sambil tidurpun duit masyuk…syabas!

  • tahniah bro…moga bertambah masyukkkk

  • husy..den pujilah bro punya pulagan mmg lumayan sungguh..

  • tahniah boss..mmg kagum ngn bro..

    akupun masih lagi utamakan income aktif sambil start belajar cari income pasif..moge berjaye..

  • [...] yang telah sedia maklum iaitu income yang akan masuk tidak kira kita bekerja atau pun tidak, blog hujanbatu.com juga ada membincangkan perkara ini, tetapi aku akan kupas beberapa perkara lagi yang aku rasakan [...]