Menjadi full time blogger?

Saya ada menerima beberapa soalan dari rakan-rakan kita yang berasa ingin menjadikan blogging ini menjadi kerja sepenuh masa beliau. Ada yang bertanyakan tips2 bagaimana dan apakah yang harus dilakukan sebelum melangkah alam itu?

Soalan yang sebegini sebenarnya membuatkan saya sedikit nervous untuk menjawab kerana ia sesuatu yang berkait dengan kehidupan dan punca pendapatan mereka.

Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya selama bergelar full time blogger. Ia tidak seindah yang anda bayangkan. Betul kita adalah boss kepada diri kita sendiri, betul kita ada pendapatan yang tersendiri. Akan tetapi kebenaran yang sering menghantui dalam pemikiran saya, bagaimana satu hari nanti semua ini tarik balik?

Apa yang saya dapat pada hari ini bukanlah sesuatu pendapatan yang tetap, ia bergantung pada usaha dan rezeki masing2. Setiap hari yang berlalu saya tetap bertanya bagaimana rezeki hari ni? bolehkah ia bertahan sehingga hujung bulan? Jika bekerja makan gaji pula anda tidak perlu risau perkara sebegini, anda hanya perlu lakukan tugas yang anda patut buat dan hujung bulan ada gaji.

Berbalik kepada soalan yang awal tadi, jika anda ingin berasa sudah tiba masanya untuk anda menumpukan kepada pendapatan online anda, saya ucapkah tahniah! Tetapi saya tidak mengalakkan langsung anda berhenti dari kerja seharian anda. Saya lebih galakkan anda melakukan kerja blogging dan mencari pendapatan online ini secara part time sahaja dahulu.

Anda harus teliti kekuatan sebenar anda dan pendapatan yang anda jana itu solid dan stable? Sudahkan anda membuat simpanan wang kecemasan jika kerja-kerja blogging anda ini tidak menjanakan satu sen pun pada bulan2 tertentu? Bagaimana pula dengan komitmen hutang2 anda yang wajib dibayar setiap bulan seperti kereta, motor, kad kredit dan sewa rumah? Adakah anda sudah atau mampu membayarnya?

Prepare for the worst case scenario, jika anda ingin meneruskan hasrat anda itu saya galakkan anda membuat simpanan 1 tahun gaji anda untuk menjamin waktu2 kecemasan. Analisa adakah pendapatan online yang anda dapat telah stabil sejak 12 bulan yang lalu. Saya amat galakkan anda mengurangkan beban hutang bulanan terlebih dahulu, seperti membayar kesemua hutang kad kredit, hutang motor dan sebagainya, mana yang boleh.

Tidak perlu terburu2, buat penilaian yang betul. Ada pepatah inggeris mengatakan “The grass is always greener on the other side of the fence” kadang kala kita selalu mengimpikan kehidupan orang lain dan berasa ia selalunya lebih baik dari apa yang kita ada. Kebenarnya ia tidak selalunya begitu. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

Artikel berkaitan:

Tags: , ,

8 Comments on “Menjadi full time blogger?”

  • Ya aku setuju sangat tu, apa yang bro katatkan ada betul sebetulnya..:)

  • Bagus post ini…aku cadangkan ko kupas dengan lebih dalam….Baru best….lebih nampak camna cabaran kerja sendiri ni…interview la sesapa yang patut…

  • Buat masa ini saya tidak mempunyai keyakinan penuh untuk menjadikan blog sebagai sumber pendapatan utama kerana dari 2008 hinggalah sekarang belum menghasil apa pendapatan seperti yang diharapkan. Mungkin tidak jumpa formula walaupun cemburu melihat rakan-rakan blogger yang mula menuai hasil. :-) Blogging for peace.

  • betul tu. bukan 12 bulan je. patut 36 bulan. ingat leh jadi full time blogger saja-saja ikut suka hati kerr?? hehe..

  • Hi,am a newbie..think learn alot here.

  • aku rasa kalau nak jadi full time blogger income dari blog kena stabil, visitor pun mantain, , bab duit untuk kecemasan tu memang betullah bro, worst come to worst, selalunya blog yang berbahasa inggeris merupakan satu kekuatan untuk menjadi income buat full time blogger, kalau blog BM nie kena kerja keras sikit

  • masih tak berminat nak jadi full time. sekarang ni pun separuh masa aje..

  • rasanya elok lah dulu buat partime, bina blog dan network, supaya bila dah stabil nanti baru pikir semula nak buat full time, bagi yang baru fikir lah dulu macam mana nak maintain.