Menjadi blogger sepenuh masa
Menjana online income dari aktiviti blogging adalah sesuatu yang menarik dan sudah tidak dinafikan lagi. Saya telah bertemu dengan ramai blogger yang seangkatan, alhamdullilah RM500+ pada mereka sudah stabil dan tidak sukar untuk diperolehi.
Telah menjadi idaman juga pada para blogger untuk menumpukan sepenuh masa kepada blogging sahaja. Iaitu menjadi blogger sepenuh masa. Anda semua pasti pernah membaca artikel saya tentang saya mahu berehenti kerja dan menjadi blogger sepenuh masa. (boleh baca disini)
Jangan terburu2 membuat keputusan ada beberapa perkara yang perlu anda siap sedia sebelum menghantar surat perletakkan jawatan;
- Anda telah pasti dan yakin online income anda telah stabil sekurang2nya 1 tahun.
- Anda telah membuat simpanan gaji sekarang anda selama setahun.
- Anda telah memperolehi sekurang2nya 3x dari gaji sekarang.
- Anda telah bersedia tidak akan mendapat pinjaman bank untuk beli rumah dan kereta.
- Anda telah menyelesaikan hutang2 kad kredit, ansuran2 dan sebagainya.
Ada lima perkara diatas anda perlu pertimbangkan sebelum membuat keputusan berhenti kerja. Bagi saya 4 dari 5 perkara diatas telah saya perolehi. Ada beberapa kesempatan yang saya akan ambil semasa saya masih ada pay slip bulanan
Tak perlu bangun pagi utk pergi kerja, tak perlu hadapi kesesakan lalulintas, menjadi bos pada diri sendiri dan mendapat gaji dengan berkerja dihadapan komputer memanglah menjadi impian bagi setiap blogger… Tapi fikir2kan lah 5 perkara yang telah saya sebut tadi agar anda tidak silap langkah..
- Full time blogger relevan untuk saya
- Duit dan realiti kehidupan
- Terus maju kehadapan
- 2 Jenis Sikap Orang Berkerja Yang Anda Perlu Tahu!
- Aku kehilangan RM1500
Tags: berhenti kerja, blogger, blogger sepenuh masa, fulltime, online income, sedia



[...] Tapi beliau juga sedar yang blogging bukanlah skim cepat kaya. Untuk berjaya dalam adsense secara sekalipun, bukanlah kerja sebulan dua… malah makan tahun (”white hat”). Dan yang paling penting, keputusan yang di buat mestilah dihalusi dengan teliti. [...]
yap. Semoga menjadi seorang full time blogger yang berjaya. Insya-Allah.
[Balas Komen]