Masa untuk mengembangkan sayap

Setelah bercuti dan mengimbas prestasi beberapa bulan yang lepas, saya berasa kini tiba masanya “time to get serious”. Lebih berdedikasi dan perancangan membuka lagi ruang untuk berjaya. Apakah ia? Pelaburan.

Jika anda ingin menjadi blogger yang berjaya ia juga perlu pelaburan. Adakah anda masih ingat pelaburan terakhir yang anda telah buat? Pada saya pelaburan terakhirnya adalah dengan pembelian perkakasan komputer dan kerusi meja yang selesa untuk saya berblogging.

adakan sedikit wang untuk rolling business

Salah seorang rakan saya kini membuat sedikit perlaburan dalam pengiklanan untuk mempromosikan produk fizikal beliau di media online dan media offline. Apabila beliau bercerita tentang pelaburan yang beliau akan buat, membuatkan saya terfikir apakah pelaburan seterusnya untuk saya lebih maju?

Menjawab persoalan tadi, ya saya perlu membuat sedikit perlaburan untuk mengembangkan aktiviti blogging saya. Setelah beberapa hari memikirkannya, saya bercadang untuk membuat pelaburan sekitar USD$200(~RM640) untuk membaik pulih penampilan blog2 utama saya design and coding work. Penyampaian yang lebih segar dan baru agar lebih professional dan menarik disamping menarik lebih banyak advertiser berminat untuk beriklan.

Selain untuk saya juga telah menyediakan dana pelaburan sebanyak USD$500(~RM1600) untuk satu service yang saya yakin dapat meningkatkan pulangan sekitar 25%.

good thing does not come free in this world

Pelaburan kali ini saya gunakan sekitar RM2240, walaupun ia kelihatan besar tetapi ia pelaburan amat penting bagi mengembangkan sayap untuk terus kehadapan. Setelah sekian lama duit blogging ini hanya masuk dan disimpan beku, sudah tiba masanya untuk saya laburkan sedikit. Sampai bila kita nak berada ditakuk lama? Kalau asyik kedekut sahaja.. bagaimana kita mahu maju..

Artikel berkaitan:

Tags: , , , ,

25 Comments on “Masa untuk mengembangkan sayap”

  • wah mantop boss…kalo tgk chinese pnya stail business lagi brani diorg melabur..huhu kdg2 tgk cam depa ni x pkiaq pasai kerugian plak…sggup hadapi risiko.. bkk kedai besaq2 mewah xnmpk pon org pegi kdg2..pesaingan lagi dengn kedai lain…camana la diorg rolling duit dan betahan

  • salam…wah..suatu pelaburan yg hebat…blekah ku dpt merasa dollar?

  • pelaburan adalah salah satu cara menambahkan pendapatan yang sedia ada :)

    nafas baru,wajah baru….baru lah pendapatan boleh bertambah.

  • Selamat berjaya…aku tunggu penampilan baru..takde plan nak buat coaching ke?

  • betul tu, get money with money

  • adamfaiz: Selamat berjaya…aku tunggu penampilan baru..takde plan nak buat coaching ke?  (Petik komen ini)

    adamfaiz: Selamat berjaya…aku tunggu penampilan baru..takde plan nak buat coaching ke?  (Petik komen ini)

    Betul tu, saya pun nak tanya juga. Takde ke boss?

  • aimannajmy: wah mantop boss…kalo tgk chinese pnya stail business lagi brani diorg melabur..huhu kdg2 tgk cam depa ni x pkiaq pasai kerugian plak…sggup hadapi risiko.. bkk kedai besaq2 mewah xnmpk pon org pegi kdg2..pesaingan lagi dengn kedai lain…camana la diorg rolling duit dan betahan  

    itu dinamakan bijak berniaga.. kita kena kaji tu.. korek2 isi dia..

    neslo beng: salam…wah..suatu pelaburan yg hebat…blekah ku dpt merasa dollar?  

    boleh.. kalau kau nak tahu boleh diakatakan semua tukang komen tegar kat blog aku ni sudah merasa satu dollar dari blogging… :)

    sangilapi: pelaburan adalah salah satu cara menambahkan pendapatan yang sedia ada :)
    nafas baru,wajah baru….baru lah pendapatan boleh bertambah.  

    itulah.. hampir2 aku lepas pandang bab ni.. macam sangilapi yang pakai assistant bila job repair kasut menimbun di bilik kotak.. :) pelaburan gak tu..

    mijie: betul tu, get money with money  

    macam aku katakan tadi.. reserved sikit duit buat rolling.. jangan bantai joli semua.. :)

    adamfaiz: Selamat berjaya…aku tunggu penampilan baru..takde plan nak buat coaching ke?  

    coaching… insyallah dalam planing ni..

    Shukor: Betul tu, saya pun nak tanya juga. Takde ke boss?  

    coaching… insyallah dalam planing ni..

  • Bagus la Boss, ada duit boleh rolling n main besar2 skit..cam aku nih bnyk benda gak kena wat sndri..jimat kos..hehe

    boss Reply:

    sama la aku pun dulu mula2 semua buat sendiri dan pakai yang free je.. tapi sekarang time rolling untung pulak…

  • sepatutnya mmg mcm tu.. kena tepikan sedikit wang yg diperolehi untuk pelaburan.
    baru bujak hehe

  • itu la kadang2 kita lupa nak simpan duit untuk pelaburan.. kemahuan banyak… tak boleh tahan.. ha ha.. :P (ni pun masih terfikir2 ps3, 42″ lcd, sport rim 17″.. dugaan)

  • Boss, thank you sebab post entri yang sangat berguna ni.. memang pelaburan tu penting untuk apa2 business. saya pun dah mula buka mata untuk cari jalan macamana saya nak kembangkan business freelance writing saya.. pelaburan pertama saya buat adalah dengan membeli satu ebook dari seorang freelance writer yang saya kagumi. nak kata mahal, tak pasti pulak.. USD$27 untuk satu ebook. bila dah baca, banyak yang saya belajar cuma tak praktik lagi. satu lagi yg saya masih tak pass, iaitu amik ‘the first step’. huhuhu..

  • thanks, mmg ada banyak cara pelaburan yang boleh kita buat.. membeli bahan bacaan juga salah satu darinya.. tahniah harap akan lebih maju dalam freelance writing.. :)

  • bab pelaburan tu, perlu. Dulu, aku juga fikir tak perlu. Tapi untuk menjimatkan masa dan keberkesanan sesuatu projek, memang pelaburan jangka masa panjang itu perlu. Apapun, tahniah dari aku. :)

  • Selamat Maju Jaya…. InsyaALLAH…!!!!

  • semoga pelaburan yang dibuat menjanjikan pulangan yang lumayan…AMIN!!!!

  • Semoga berjaya, best la melihat kejayaan dan perkembangan kamu

  • Salam kenal…
    terima kasih atas informasinya.. Hmm infonya bagus juga…
    kunjungi juga website kami http://www.unand.ac.id dan blog saya di ichwana.blogdetik.com

  • titan: bab pelaburan tu, perlu. Dulu, aku juga fikir tak perlu. Tapi untuk menjimatkan masa dan keberkesanan sesuatu projek, memang pelaburan jangka masa panjang itu perlu. Apapun, tahniah dari aku. :)   

    perlaburan itu mmg perlu.. blogging itu perniagaan.. semua perniagaan perlu pelabuaran..

    bujang3: semoga pelaburan yang dibuat menjanjikan pulangan yang lumayan…AMIN!!!!  

    terima kasih..

    Shamrin: Semoga berjaya, best la melihat kejayaan dan perkembangan kamu  

    terima kasih.. pelan2 kayuh sampai sini juga..

    ichwana: Salam kenal…
    terima kasih atas informasinya.. Hmm infonya bagus juga…
    kunjungi juga website kami http://www.unand.ac.iddan blog saya di ichwana.blogdetik.com   

    terima kasih sudi kunjung blog saya.. :)

  • blogging umpama menjalankan biz sendiri..sudah tentu kena keluar modal utk mengembangkan biz..moga success..

    boss Reply:

    yup begitulah hendaknya.. amin..

  • semoga hasilnya akan bertambah baik lagi..

    kata org klu nak berjaya jgn fkir ggal tapi usaha dan cuba dulu baru kita tahu bagaimana cara utk kita trus mju ke hadapan..

  • suri: semoga hasilnya akan bertambah baik lagi..kata org klu nak berjaya jgn fkir ggal tapi usaha dan cuba dulu baru kita tahu bagaimana cara utk kita trus mju ke hadapan..  

    yup kalau mengharap pada keajaiban sahaja… tak boleh.. kena kerja keras dulu..

  • tengah berusaha macam boss nie… modal pun ciput je nie…yang penting adala..janji do it!!

  • zik: tengah berusaha macam boss nie… modal pun ciput je nie…yang penting adala..janji do it!!  

    yes betul.. mesti cuba dulu..