Mansuh UPSR PMR?

Anda ada dengar cerita tentang ini, ya satu cadangan kerajaan supaya melupuskan  peperiksaan awam UPSR dan PMR yang tinggal hanya SPM. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Apa pendapat anda?

Pada pendapat peribadi saya ia satu tindakan yang tidak wajar, kerana saya khuathir pelajar2 sekolah rendah dan menengah akan hilang daya saing dalam pelajaran. Alaa tak kisah periksa lama lagi.. lima tahun lagi.. kita enjoy dulu… mungkin ini akan dikatakan pelajar sekolah darjah enam.

Bercerita tentang diri saya pula, saya berjaya mengengam segulung ijazah ada disebabkan kesan dari persaingan dalam kelas untuk mendapat markah terbaik dan tertinggi pada setiap peperiksaan sejak dibangku sekolah rendah. Saya ditempatkan dikelas kedua terbaik dan kami sentiasa lawan markah terbaik dengan kelas yang pertama. UPSR, PMR, SPM kami tetap bersaing siapa yang paling hebat. Persaingan yang sihat ini ada kebaikan untuk jangka masa panjang.

Peperiksaan juga pengajar para pelajar kita mengenal erti kegagalan, sama juga seperti kegagalan dalam kehidupan. Gagal (atau kurang menyerlah) dalam peperiksaan UPSR dan PMR juga mengajar para pelajar erti untuk berusaha dengan lebih keras lagi untuk peperiksaan yang akan datang. Ia bagaikan satu peringatan untuk para pelajar mengenang kelemahan dan terus berusaha untuk masa hadapan.

Jika hanya SPM sahaja yang digunakan dalam peperiksaan awam, jika para pelajar gagal atau kurang menyerlah dari segi pencapaian akademik.. that it.. no more second chance.. saya rasa ramai yang akan keciciran.. Apa pendapat anda tentang pemansuhan UPSR dan PMR? Sila komen..

Artikel berkaitan:

Tags: , , , ,

17 Comments on “Mansuh UPSR PMR?”

  • Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Artikel di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ini

    “Jika hanya SPM sahaja yang digunakan dalam peperiksaan awam, jika para pelajar gagal atau kurang menyerlah dari segi pencapaian akademik.. that it.. no more second chance.. saya rasa ramai yang akan keciciran.. Apa pendapat anda tentang pemansuhan UPSR dan PMR?

    Secara peribadi saya setuju jika dimansuhkan sebab:
    1) Tiada UPSR & PMR tidak bermakna tiada peperiksaan. Malah boleh direka satu kaedah lain yang lebih holistik untuk memantau perkembangan murid. UPSR & PMR tidak dinafikan lebih menjurus kepada akademik, sedang keperluan untuk survive dewasa ini lebih dari sekadar kebolehan akademik.

    2)Jika boleh diadakan peperiksaan ikut semester macam di Universiti…tentu murid-murid itu lebih cepat matang.

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray Hard, work smart & creative”

    Assalamualaikum

    2)

  • saya setuju dihapuskan….
    penilaian di tingkatan 3 perlu lebih kreatif, kerja projek, kerja amal, kerja seni dsb… tidaklah senget kehidupan ngan akademik sahaja….

  • entah le… tapi kalau nak dihapuskan pun aku setuju dengan Dr Mahathir, supaya diadakan pula cara lain untuk menilai prestasi pelajar…. kalau tak nanti takut ramai yang “honeymoon” ajer… maklum la tak ada exam…atau yang sewaktu dengannye!!!!

  • bg aku kalu nak hapus PMR ok kut tp kalu UPSR aku xbrapa setuju la.

  • Boleh juga nak hapuskan UPSR dan PMR, pastu buat penilaian peperiksaan setiap tahun. Buat cumulatif result mcm kat universiti pun ok, barulah pelajar menganggap setiap peperiksaan tu penting. Penilaian bleh ditambah dengan penilaian kerja kursus, projek sains atau sebagainya.

    Ajar praktikal robot kat sekolah rendah pun ok gak.

  • Rasanya tak perlu pun hapuskan UPSR dengan PMR. Cuma tukar format peperiksaan dia jer… lebih kepada kerja ilmiah + projek. Baru ada minat belajar.

  • ada pro dan kontra nye, tp sebelum keputusan dibuat kita perlu melihat contoh dan amalan di negera2 yang sudah pun berjaya..untuk dijadikan contoh

    dan lihat keberkesanannya di luar, kalau ianya berjaya dan bagus untuk pelajar then go ahead

  • cuma mungkin agak janggal la….tak biasa dengan exam besar…tiba2 je tingkatan 5 ada spm…. kaget besar gak tuh…. entahla…

  • aku tak setuju mansuhkan exam ni…akan timbul masalah pada masa depan pelajar dan guru..pelajar sekolah rendah akan lebih banyak main lah..

    cikgu buat apa belajar..exam bila kita masuk umur 17tahun nanti.(cikgu terdiam)

    kalau ko pergi sekolah apa yang ko dapat..periksa dah takde..belajar sekarang pun mana ko nak ingat..nak tunggu sampai tingkatan lima..kita baru tahun 5 laa…dah tak ingat lagi dah apa yang belajar hari ni.. kalo ko buat projek sekolah ni atau kerja kursus kita tiru je lah..dalam internet berlambak..tak pun kita upah sape-sape..jangan risau lah bro..

    Ini adalah contoh senario yang bakal guru kena tembak pada hari pertama sesi persekolahan di buka…macam ni lebih ramai pelajar yang akan ponteng sekolah…pergi pusat video game dan macam2 lagi…budak sekolah rendah lebih pun dah pandai ponteng..tahun 4,5,6..kalau pelajar menengah lebih ramai lagi yang ponteng..jadi akan bertambah lah beban guru nak menyelesaikan masalah displin pelajar..lebih baik pelajar itu tidak bersekolah dari dia ponteng sekolah..kerana menjadi tanggjungjawab guru mencari dan memantau mereka yang ponteng…beban ini secara tidak langsung akan di pindahkan kepada guru..sebenarnya apa yang realiti sekarang(hari ini) hanya 20% sahaja pelajar yang betul pelajar ini hendak belajar..80% lagi adalah tidak minat belajar..jika di adakan satu kaedah pentaksiran sekali pun, lebih ramai pelajar akan buat kerja sekolah atau projek sekolah sambil lewa..ibarat hidup segan mati tak mu..jadi kesannya..kalau guru itu seorang yang dedikasi dan komited..markah pada pelajar itu adalah sangat rendah..jadi pelajar itu pun tercicir lah..jika guru itu adalah seorang kurang komited…markahnya tinggi..tak sepadan dengan kerja@projek diberi..jadi pelajar itu tidak berkualiti..apa yang berlaku sekarang ramai guru yang kurang komited dek kerana beban kerja-kerja penkeranian yang terpaksa guru terpaksa buat sekarang…kerja guru bukan setakat mengajar murid tetapi juga terpaksa mengajar emosi pelajar dan mengawal emosi dirinya yang dalam satu kelas hampir 40 orang pelajar guru terpaksa berdepan…dengan kata lain 1:40…dah lebih satu PLATUN askar…fikir-fikir kanlah…jangan perjudikan masa depan anak-anak..

  • Kalau mansuh UPSR dan PMR dan harapkan sekolah yang ambil inisiatif (sekolah = cikgu & PIBG), masih juga ada exam (walaupun sekadar internal). so, apa bezanya mansuh atau tak mansuh UPSR dan PMR? pada saya tak perlu dimansuh tapi peperiksaan itu ditukarkan pendekatannya. bukan sekadar hafal untuk lulus exam tapi lebihkan lagi praktikal dan research-based.

    sekarang ini pun hampir setiap rumah ade internet. gunakan medium itu untuk bagi pendedahan pelajar untuk buat kerja. bukan mengadap buku teks yang tak berkesudahan. dari situ saya yakin problem solving & researching skill pelajar akan lebih mantap. bagus untuk persediaan masuk univ :)

  • hi, sy x setuju sgt2,masa depan murid terjejas sbb tiada hala tuju,peperiksaan semester spt universty utk org matured.bkn budak.kini budak bljr krn ade UPSR di sek rendh.kini tiada.n hanye ujian biasa,lg tiada standard,murid x serious.Sy sbg guru sek rendh.ajar thn 6.ujian PKSR pun 1 kelas at least 2 murid x nk dtg.wlpun de UPSR hujung thn.klu mansuh lg lh x serius…hmmm…pe nk jd dgn masa depan anak kite.org berada n anak menteri x pe,le hantr sek private.n ognitif mereka lain sbb bljr tempat high level.rakyat biasa nk buiat pe??/bnyk saingan antara rakyt utk mendapat keje,sbb semua SPM..tlg lh fikir masa depan anak bangsa kite. luar negara mmg ok ,sbb kognitif n suasana bljr mereka lain.1 kelas 15 org.seperti kelas pemulihan.so plsssss..fikir2 kn

  • aku setuju gila. sebab kita bersekolah semenjak darjah 1 hingga tingkatan 3 dan apa yang kita lakukan hanya belajar sahaja pastu sampai form 3 terus nak bersedia buat peperiksaan besar. Apa ni ? baik kita bwat benda lain slain peperiksaan ? nilai sivik dan personality harus diterapkan dlm diri pelajar. lgipun kalu korang prasan,bnyak plajar brmsalah smasa msok alam skola mnengah kerana smasa skola rndah diaorg asyik blajar jer,smpai skola menengah trus boring. Capiche ?

  • Saya rasa memang tak wajar dihapuskan…sebenarnya, masalah utama ialah pelaksanaan UPSR dan PMR itu…

    Kita amek contoh sistem pendidikan dulu2, kalau tak lulus SRP tak leh naik tingkatan 4…so, sapa yang nak naik tingkatan 4, kenalah belajar betul2…

    Yang jadi masalah sekarang ialah pelaksanaan tak efisyen..budak2 ni tak kisah, lulus ke tak, mereka tetap masuk form 1 dan form 4..last2, spm pun hampeh…

    Apa yang penting, ialah modul dan pelaksanaan yang berkesan…guru-guru bukan fokus untuk exam je, subjek yang tak masuk exam macam seni, kajian tempatan boleh dijadikan subjek wajib lulus dan pelajar kena buat kerja kursus ke, barulah tak membazir subjek2 tu.

    Kadang2 sikap pendidik kita pun memainkan peranan. Kalau subjek tak penting, diajar sambil lewa..berbeza dengan guru di Thailand, kalau subjek seni ke, pj ke..suma diajar bersungguh2…

  • ST: Rasanya tak perlu pun hapuskan UPSR dengan PMR. Cuma tukar format peperiksaan dia jer… lebih kepada kerja ilmiah + projek. Baru ada minat belajar.  

    tak pun, ikut cadangan dr mahathir je. the master of pemimpin beliau tu. presiden bush US pun takut dengan idea beliau.

    bagi saya, MEMANG TAK SETUJU kalau nk dimasuhkan.. sebab budak akan jadi dungu, bebal nanti sebab otak dorg x diasah dgn betul. bila tny soalan susah sket je, dah blur2…

    budak2 ni kalau kat sekolah pun blajar main2, apatah lagi di rumah.. langsung xbelajar. ibubapa harapkan cikgu kat sekolah utk ajar anak mereka. walaupun saya bukanlah seorang guru, tp dari segi ilmu seseorang yang masih muda, otak masih fresh, perlu diasah secepat mungkin. MELEnTUR BULUH BIARLAH DARIPADA REBUNGNYA..

    kementerian pelajaran malaysia, tolonglah…. jangan mansuhkan…..
    nilai sesebuah negara bergantung pada ilmu rakyat akan datang.. jika tersilap langkah kerana tamakkan harta dan kekayaan, maka boleh tergadai tanah malaysia ni satu persatu kepada bangsa asing..

    p/s: hancurlah masa depan malaysia kalau PMR and spm dimansuhkan…
    P/P/S: utk melalui satu peringkat ke satu peringkat, perlu ada ujian .. bahkan ianya sebagai tanda orang tu boleh dijadikan cth atau tidal utk masa hadapan. ilmu mesti belajar.

    abuapilala Reply:

    saya stuju!!!!!

  • Perkara utama yang mesti kita fikirkan ialah masa depan anak-anak kita (generasi akan datang). Saya cuma risaukan anak-anak lelaki, mcmana mereka nak survive dlm sistem pendidikan malaysia yang berorientasikan peperiksaan. Budak-budak lelaki ni bukan malas belajar, cuma mereka ni jenis banyak berfikir.

    “Betul ke apa yg cikgu aku ni ajar ? Aku tak penah dengar pon apa yg cikgu ajar tu, Aku kelirulah.”,itulah antara luahan hati budak-budak lelaki. Diaorg tak suka sumbat 100% dalam otak sehinggalah diaorg faham. Selain itu, budak-budak lelaki ni tak suka mengadap buku berjam-jam kerana mereka juga perlukan masa untuk riadah dan bersukan. Saya rasa mungkin adalah bagus sekiranya sistem baru dirangka supaya pelajar lelaki masih boleh dinilai walaupun tanpa perlu membaca dan menghafal.

  • saya x stuju ..murid2 memerlukan keputusan yang cemerlang dalam PMR untuk memasuki sekolah2 lain yang mempunyai IQ yang setaraf dengan mereka…jadi mereka patut diberikan peluang untuk menduduki keputusan PMR dan UPSR saya harap PMR dan UPSR tidak akan dimansuhkan!!!!!