Kuasa mengatakan tidak

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu kehidupan pada anda semua, apa yang saya rasa baik untuk pengetahuan semua. Di dalam kehidupan harian hari ini kita dimomokkan dengan pelbagai barangan, jualan dan servis. Teknik marketing yang mereka buat bukan konvensional lagi tetapi lebih upfront dan berani.

Kes 1. Beberapa hari yang lepas saya menerima satu panggilan dari 03-… bila diangkat rupanya center bank saya menelefon saya, dan mengatakan bank akan membuka sebuat akaun tetap dan duit simpanan tetap itu akan dipotong dari kad kredit saya setiap bulan secara automatik. Ini katanya bagi memudahkan saya tanpa perlu pergi kebank depositkan sejumlah wang setiap bulan. Di samping itu saya juga akan dicover insurans dan lain-lain lagi.  Saya memang tidak gemarkan langsung “telemarketing” ini, jualan, pembelian dari talian sahaja. Jawapan saya TIDAK, saya tidak mahu akaun itu, terima kasih. Sebab? satu saya tidak membeli ditalian, kedua interest rate akaun simpanan tetap itu sekitar 8%, interest kad kredit saya pula 12%. Sudah nyata saya kerugian 4%. TIDAK!

Kes 2. Berlaku semalam, kedengaran loceng rumah saya berbunyi. tingg.. tongg.. Lihat dihadapan pagar seorang pemuda melayu. Saya bertanya kepada beliau ada apa? Dia mengatakan dia dari LPG, ingin memberi penerangan tentang keselamatan gas masak dirumah dan ingin check no siri gas saya. Saya benarkan dia masuk kerumah (kesilapan nombor satu) maka dia pun mulakan demonstrasi letak buih sabun, bakar paip gas, tunjukkan kepala gas senang bocor dan berbagai-bagai lagi. Pada permulaan penerang kelihatan seperti seisi penerangan sahaja, sehingga dia mengeluarkan paip gas special dia. Dalam hati saya “oh nak menjual barang rupanya, ting TIDAK dalam kepala saya”. Maka berbuihlah mulut dia ingin menjual barang tersebut dengan harga sekitar RM60 terlalu mahal dan dihujung seisi itu saya tetap mengatakan TIDAK.

Banyak lagi cerita saya pasti anda dan saya ada, tetapi saya menulis mana yang saya teringat sahaja. Lihatlah kedua dua jualan yang ingin dibuat, mereka menjual secara halus dan mengelirukan. Jadi anda sebagai pembeli perlulah berhati-hati dan anda mumpunyai kuasa untuk mengatakan TIDAK!

Artikel berkaitan:

25 Comments on “Kuasa mengatakan tidak”

  • Ya, TIDAK adalah tindakan tegas. Bagus untuk selamatkan dari duit mangalir keluar. Katakan TIDAK pada rokok…aduhhhh…susah sikit nak menidakan hal ni hehehehehe

    boss Reply:

    he he bulan puasa ni bolehlah try berhenti terus.. rokok

    bujang3 Reply:

    bagus-bagus….azam yang bagus…berkat bulan puasa yang mulia nie…berjaya la hendaknya niat ko nak berhenti merokok tu… !!!! memang le berhenti merokok bukan boleh jadi kaya, tapi kesihatan tu elok la sikit !!! InsyaAllah berjaya !!!!

    boss Reply:

    hmm aku pun tidak merokok sebab setiap sedutan membakar paru2 aku.. oh tidak..

  • Haha…aku dah biasa dan selalu camni…

    Tapi paling aku tak suka temarketing…cuma so far aku akan tolak elok2 lah…takde lah kurang ajar sebab aku tau depa pun kerja…

  • Tidakkk !!! STOP !

    boss Reply:

    katakan tidak.. katakanlah… ha ha

  • Sejak dari dulu lagi banyak panggilan yang saya terima seperti tu. Malas betul nak melayan. Sampai satu tahap tu, no tak kenal atau yang tak save dalam hp saya, memang saya tak angkat…

    boss Reply:

    kepada sesiapa yang ada kad kredit tu ..mmg dah masak dengan call2 macam tu.. pernah juga aku bosan.. aku tanya dari mana.. mahu apa.. takde kene mengena aku letak je call tu..

    bujang3 Reply:

    kad kredit ??? Uwaaaa !!! Lagi satu hal… biasa dapat macam-macam call berbentuk promosi…jenuh nak layan..kadang-kadang…buat kurang ajar ajer…tengah dia seronok promote aku letak jer !!! Ha.ha.haaa!!!

  • dalam berkata tidak….kadang-kadang tidak sampai hati untuk berkata tidak,selalunya untuk penjual barangan sepuluh ringgit yang selalu berlegar di kedai makan :)

    boss Reply:

    itulah yang mintak derma2 dari meja ke meja tu.. mmg kesian..

    bujang3 Reply:

    kadang-kadang ada pihak tak bertanggungjawab menggunakan budak-buadk untuk meraih simpati…memang kesian !!!!

  • aku susah skit nak kata tidak, tap nasib baik wife ada, dengan selamba ckp tidak dan tak nak beli

    boss Reply:

    he he.. aku pun macam tu dulu segan2.. tetapi sejak pernah jatuh masalah kewangan terus katakan tidak pada yang tidak perlu..

  • Tu la, aku ni susah skit nak berkata tidak. Selalu terikut2 rentak jurujual ni. Bila dia dh tunjuk demo tu, dh termakan umpan la. Lps ni, kalau boleh terus katakan TIDAK sebelum demo.

    boss Reply:

    mereka menjual.. kuasa masih pada kita untuk tidak membeli.. cabut awal2 senang.. :)

  • salesmen nie, kalau dengar dia cakap lama2…memang boleh cair dibuatnya..huhu..dah kena 2 3 kali

    boss Reply:

    hu hu tu yang maleh nak dengar.. takut terbeli.. he he.. kuatkan semangat!

  • Aku kadang memang layan salesman bgi penerangan sebab nak tau jer. Nak beli tu memang takdelah.

    boss Reply:

    memang betul, aku pun kadang2 buat macam tu.. layan je.. tapi dari mula dah cakap dalam hati tak mahu beli..

  • Ada idea standard untuk mengatasi dilema di atas,

    1) Jika didatangi salesman secara tiba-tiba, beri seminit dua untuk dia kenalkan barang kemudian tengok jam dan katakan “boleh tolong saya?” Biasanya salesman pantas menjawab “ya”. Terus sambung ayat ini “Saya perlu pergi segera kerana ada urusan, sambil segera angkat kaki dan lambai tangan..bye2..

    2) Jika seorang salesman yang terlatih, memang dia mahir untuk menangkis semua alasan kita. Namun ayat ini akan mematikan segala “pitching” dia

    “Maaf, saya tidak merancang untuk membeli apa-apa pada hari ini….. Katakan dengan tenang dan bersahaja…dan disulam dengan senyuman seorang boss!

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray hard, work smart & creative”

    Assalamualaikum

    boss Reply:

    power advice! he he.. bagus gak idea ko ni.. boleh try lain kali.. :)

  • sekarang ni telemarketing mmg menjadi-jadi.. sapa ade creditcard mmg senang-senang jer dieorg call.. katakan TIDAK :)

  • semua datang ke ke rumah boss je..tahu banyak duit..hush selalu gakla.. ada orang call suuh beli insuran, ada astro tak?? macam2 lah…