Keluar duit PayPal ke Maybank
Jika anda semua sudah mula menjana duit dari aktiviti berblogging, sudah tentu duit itu akan terus ke dalam PayPal. Bila sudah penuh sekitar $500 USD saya cadangkan anda keluarkan duit itu secepat mungkin. Tukaran mataasing di PayPal kini sekitar 3.24 oleh itu USD$500 kini anda memperolehi RM1620.
Di Malaysia kini ada 2 cara anda boleh keluarkan duit PayPal tadi. Pertama dengan pengeluaran ke kad debit/kad kredit dan keduanya keluarkan terus ke akaun simpanan anda. Selama 2 tahun lepas saya selesa mengunakan kad debit untuk keluarkan duit paypal. Setelah pengeluaran duit PayPal terus ke akaun simpanan diperkenalkan di Malaysia sekitar Oktober 2009 saya telah mencuba tetapi gagal. Saya keluarkan sebanyak USD$1000 ke akaun simpanan CIMB tetapi gagal. Frust! itu yang boleh saya gambarkan. Kenapa sebab revesed fee yang dikenakan oleh PayPal dan tukaran matawang dari USD ke RM hantar ke bank. Kerugian sekitar RM100+. Saya sedikit fobia dan kembali mengunakan cara konvensional keluar duit ke kad debit seperti biasa.
![]()
Tetapi beberapa hari yang lepas akaun PayPal saya menyimpan lebihan fund disebabkan tukaran matawang yang lemah pada bulan lepas. Pengeluaran melalui kad debit juga ada sedikit perlahan proses pengeluaran mengambil masa sekitar seminggu untuk dapat kita keluarkan dari ATM. Tambahan pula saya kena pergi keluar ke ATM agak kurang convinent.
Pada Isnin yang lepas saya give another shot untuk cuba keluarkan duit dari PayPal directly ke akuan simpanan Maybank saya. Kali ini berjaya.. yes.. mmg mudah cepat dan tak perlu ke ATM, tengok depan PC je duit dah masuk dalam akuan simpanan kita. Mmmg mudah!

Ok hari hari blogger semakin mudah, transaksi hanya mengambil masa sekitar 2-3 hari sahaja. Mari kita lihat bagaimana transaksi ini boleh dilakukan.
1. Login ke akaun PayPal anda, klik Withdraw> klik Withdraw to your bank account

2. Untuk pertama kali, anda perlu memasukkan info Bank anda dahulu, klik Add bank account

3. Masukkan nama anda, nama bank anda, MEPS rounting code (klik detail untuk code bank anda) dan nombor akaun simpanan anda. Double check semua data dan klik confirm.

4. Sekarang anda perlu memasukkan nilai USD yang anda ingin keluarkan dan klik continue dan selesai. Mudah kan..

Cubaan saya keluarkan duit pada 8 Jun 2010;

Duit sudah clear ke akaun simpanan saya pada 10 Jun 2010, 2 hari sahaja amat mudah dan cepat. Tidak memerlukan kad debit lagi…

p/s: cubaan gagal saya, saya mengeluarkan duit sebanyak USD$1000 sekali gus (ke CIMB), cubaan kedua pula saya keluarkan sebanyak USD$500 sahaja.. (ke Maybank) saya tidak pasti adakah limit USD$500 ini penyebab kegagalan yang lepas? anda pernah cuba amaun yang lebih tinggi dari USD$500 dan berjaya? kongsikan di komen..
Artikel berkaitan:- Bayaran PayPal Boleh Terus Bank In Dalam Bank Akaun di Malaysia
- Langkah #9 : Dapatkan kad debit utk urusniaga internet
- Langkah #10 : Buka akaun PayPal
- First Name dan Last Name PayPal
- CIMB Servis yang kurang memuaskan
Tags: keluar duit paypal, maybank



nasib baik percubaan aku keluarkan duit kat maybank n cimb x gagal hehe
aku dh keluarkan 1k dr paypal ke cimb ok pulak..
huhuhu bila lah aku dpt keluarkan duit dari paypal ni
faizsyah Reply:
December 16th, 2010 at 5:05 PM
tau xpe,, aku pn same ngah tunggu duit penuh smpai 50inggit baru bleh withdraw dr Youthsays.com.. skng ni dh ade 30inggit,, tnggu 20 lgi..hihihih (^-^).. harap3x cpt pnuh la,, http://www.iluvurl.com/paypalremaja
hmm nampaknya usd$1k tidak jadi masaalah.. thanks for sharing..
masanya akan tiba juga.. teruskan berusaha…
wahh teringin nak merasai saat manis tgk dwet dr paypal msuk ke akaun bank sndri…sabar2 byk yang kena bljr lg ni
dalam paypal ada beberapa dollar je..belum bole withdraw..jeles …jeles
Nak try lah.. tapi baru ada USD100 jer..huhuhu!
Best tul tgk berkepul-kepul duit di transfer ye. Bila lah nak dapat mcm tu.
Takpe2, kena fokus dan istiqamah ni…
sabar masanya akan tiba juga.. kemanisannya akan dirasai jua.. dan senyuman akan terukir dia wajah dan puas…
dah ada tu ok la.. ada member2 kita langsung takde..
sikit2 lama2 jadi bukit.. pelan2 kayuh..
boleh try.. should be no problem.. walaupun tak banyak.. dapat juga rasa manisnya nanti…
yup fokus dan teruskan usaha.. jadikan post2 begini pembakar semangat.. orang lain boleh buat.. aku pun boleh buat…!
bagi yang dah ada duit dalam paypal tu… ok la…. sikit-sikit pun, tetap ada…yang aku nie…jenuh nak memahami tips yang banyak kat blog nie, tapi tak pandai-pandai lagi… bila nak pandai pun entahlah….
alhamdulillah..ade jugak sikit kat paypal..tapi simpan dulu..biar jadi bukit sikit cam boss punye..
yg penting..fokus dan steady…hihi..lambat takpe..janji jalan..
sabar nanti aku muatkan lagi beberapa tips cara buat duit dengan blog.. harap semua dapat manfaat bersama…
betul.. sikit2 lama2 jadi bukit.. aku pun dulu 1 dollar 2 dollar je mula2..
setakat ni saya cuma withdraw $100 macam tu je dari paypal ke maybank.. kurang RM400 punye withdrawal kena charge RM3, dan tambah pulak dengan matawang US lemah.. makin lemah semangat saya nak kuarkan $$ dari paypal.. tapi kan boss, saya dengar kalau simpan lama2 duit dalam paypal, kadang2 boleh lesap sikit ye? boss pernah kena macam tu tak?
hmm tahniah dapat juga merasa duit paypal. hmm tak pernah pula hilang.. sebaiknya jangan simpan duit dalam paypal lama2.. cukup USD500 je keluarkan cepat2..
a’a..jadi macam cite Paypal Hell..:D
alhamdulillah..terima kasih mr boss atas maklumat tersebut..bertambahlah lagi pengetahuan suri disini
sape bole tolong aku,aku baru kat paypal nie aku nak tau no akaun kite cammane ea?
boss Reply:
July 19th, 2010 at 12:01 PM
paypal tiada no akaun, no akaun paypal adalah email anda semasa signup paypal..
bole ke nak transfer duit paypal ke akaun maybank kalo kad kredit kite/debit kad belum diverifiedkan?
boss Reply:
July 19th, 2010 at 5:55 PM
sekarang sidah boleh transfer direct dari paypal ke akaun maybank tanpa perlu kad kredit/debit.. transfer to bank account
ada limit tak ntuk transfer dr paypal ke akaun maybank sebab akaun paypal saya ada 10k usd malas bnm byk tanye aje
dari mana dtg byk duit paypal tu?teringin nak gak