Kekecewaan seorang bapa

Dihujung minggu ini, kita berehat sedikit dengan artikel yang lebih bersahaja dan santai. Ok semalam rakan kenalan saya telah pun selamat menimang cahaya mata setelah menanti dalam debaran selama seminggu kerana baby lambat keluar dari tarikh yang sepatutnya. Tahniah kerana sudah menjadi bapa.
Melihat status diFBnya membuatkan saya teringkat kisah beberapa bulan yang lepas terjadi kepada saya sendiri. Insiden apa? Apa yang buatkan saya kecewa dan terkilan? Sebagai seorang warga Johor anda semua pasti sudah pasti familiar dengan HSA, Hospital Sultanah Aminah dan ramai diantara warga johor dilahirkan disini. Insiden yang berlaku adalah bapa tidak boleh masuk ke dewan bedah bersalin! Aduh sakitnya.
Sakit hati, bengang, marah, geram semua ada. Maklumlah kali pertama menimang anak, mahu juga memberi moral support kepada isteri. Tetapi semua itu hancur berderai. Ditanya kepada misi disitu katanya bapa tak boleh masuk dulu boleh sekarang tak boleh. Baru2 ni je tak boleh. Ahhh frust, mahu sahaja aku rush masuk ke dewan bedah bersalin sesuka hati aku itu. Aku pasrah menungu diluar dengan perasaan hampa dan kecewa.. aku juga pasti rakan kenalan aku itu juga mengalami situasi yang sama juga.. bersabar ye..
p/s: dewan bersalin normal bukan dewan bedah.. silap perkataan.
Artikel berkaitan:


mesti sebelum ini ada bapa yang menimbulkan masalah pada staf untuk menjalankan kerja kut… sebab ramai juga dengar cerita si bapa pengsan melihat isteri nak bersalin
boss Reply:
June 26th, 2010 at 3:02 PM
hmm saya nak rasa pengsan itu.. tapi terkilan.. anak pertama pula tu..
alahai… sy pun sama… i mean my hubby… sbb sy ceaserean.. dedua anak csect… tak dapat masuk… act bole.. tp kene steril la ape la … tp ape nk wat.. doc tak kasi… hum… sabar la yer… janji dedua bby n ibu sihat… doa saya pd semua….
Hospital swasta ke kerajaan ni? First experience aku dulu rasa macam nak pitam tengok darah..tapi aku tengok gak…lepas tu dah ok…semua anak2 aku tengok kelahiran derang…bagi support kat wife..habis tangan merah2 kena cakar,..
ye la itu la yang diharap2.. semoga semua berjalan lancar dan sihat wal afiyat
hospital kerajaan..bestnye dapat tengok.. dekat johor ini hospital sultanah aminah (hospital besar jb) ni mmg ayah tak boleh masuk bila labour.. tak semua hospital boleh masuk labour room.. ada yang dibenarkan.. ada yang tidak.. tapi pada aku biar suami boleh masuk.. biar dia boleh tgk kesusahan seorang ibu melahirkan anak.. barulah ada keinsafan sikit..
sabo je ler yer…apa-apa pun selamat menjadi bapa yang menyayangi anak-anaknya k..
sedikit kerugian jikalau begitu.
kalu bersalin normal suami boleh masuk tp kalu kena bedah xboleh masuk..
nasib baik aku dulu dpt masuk sbb normal
anak itu anugerah.. anak itu juga amanah..
mmg rugi.. bengang la..
mizi, salah ayat la.. bukan dewan bedah.. dewan bersalin.. bini aku bersalain normal je.. wah beruntung la dapat masuk..
ye la Boss… hargailah kesengsaraan si isteri sewaktu melahirkan… sayangilah isteri sepenuhnya ..jangan jadi macam mamat yang dalam entri aku nie http://bujang3.wordpress.com/2010/06/27/sementara-tunggu-usa-lawan-ghana-terbaca-kisah-sedih-kat-facebook/ , kejam betul…sedih blia terjadi begini!!!!
aku pun tak pernah dapat masuk dewan bersalin…. hospital besar kat Ipoh nie, memang tak benarkan… tapi tunggu kat luar pun tension gak… tak tau ape citer isteri kat dalam..menunggu dah la lama !!!
[...] tak perlu lagi nak diperkenalkan tentang kebaikan madu kepada manusia … mungkin ramai yang dah tahu… sedangkan dalam Al-Quran pun ada menyebut tentang [...]
kalau dewan bedah kat hospital segamat memang aku dulu pun tak dpt masuk, tunggu kat luar pintu dengan perassaan berdabar je, tau2 dah siap
kalau bersalin normal tak pasti la dpt ke tak masuk teman isteri
suami saya dulu masa anak pertama dia dapat masuk- bersalin hospital kerajaan. masa tu kena ambil kurus dan dalap tkan surat pelepasan. anak no 2 dan 3 bersalin di klinik swasta, doctor tk bagi masuk sebab ada banyak kes masa tu. lega bila suami ada sama meneman, bila tak de rasa semangat tu macam tak de, tapi tetap digagahkan juga demi anak.
hurm … takpela bro..nanti anak kedua dah boleh kan… hurm takut jugak nie..tapi kena bagi support gak la walaupun takut2 nie… (lambat lagi)
takpe.. usahakan anak no 2.. nanti ada peluang masuk tu..