Jerat Cepat Kaya : Kereta Mewah Pancing Mangsa
KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.

Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady (kereta idaman boy..
), BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh.
Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan.
Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan perniagaan jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan sedangkan ia palsu.
Modalnya juga bukan sedikit kerana ahli perlu membuat pelaburan sekurang-kurangnya RM41,000 sedangkan pulangan yang diterima tidak mencecah RM5,000 sebulan.
Sesi perbincangan untuk berkongsi pelan pemasaran tidak berakhir dalam sehari. Dalang yang juga upline berpura-pura akan berkongsi keuntungan dan membantu mencarikan modal pelaburan melalui pinjaman bank yang akan diluluskan segera.
Selain kereta mewah, dalang lintah darat terbabit sentiasa bermegah-megah dengan barangan mewah dan menceritakan pendapatan mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit sebulan.
Segala taktik itu terbongkar apabila lokasi pertemuan ahli kelab terbabit diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) melalui Ops Serama di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, dekat sini, kira-kira jam 11 malam kelmarin.
Sumber: myMetro
Apa komen anda?
Artikel berkaitan:- Video Nissan Fairlady milikku!
- Akhirnya Nissan Fairlady milikku!
- Tukar sport rims Nissan Fairlady
- Masa untuk mengembangkan sayap
- Alergik dengan perkataan duit
Tags: cepat kaya, mlm, scam, skim, tipu



Tidak ada jalan mudah untuk menjadi kaya…
Kalau kaya pun, tapi tak ada perancangan..akan habis juga kekayaan tu..
Life is a journey, not a destination..
itula nak sangat kaya cepat, pasti yg dah melabur tu menangis tak berlagu, tiap2 bulan kn bayar loan
tak tahu macam mana lagi nak bagi tahu.. dari dulu kita dah dengar skim cepat kaya pak man telor.. sampai hari ni masih mahu jalan singkat kekayaan.. apa mau jadi?
aku pun dulu nyaris nak kena dia suruh pinjam bank 35k, lepas meeting hari tu.. terus aku tak angkat2 call dia.. slamat jalan.. nak kencing konon.. tapi sedih gak la.. sekali kena tipu sampai 15-20 tahun nak bayar balik loan itu..gile ape..
sempat lagi tu selit name aku hahahaha
he he bila sebut je fairlady.. ingat ko.. dah takleh lari dah he he..
bukan ke dah banyak kes camni? tapi masih ramai tertipu lagik… aduhai
itu lah.. tak tahulah.. tak pernah serik.. sedih tengok..
ooh yang ni xdak produk..tp ada gak MLM yang ada produk pun kena labur 20k ke atas..cam iklan water filter yang salu kuaq kat TV tuh…apa2 pun kalo MLM berlesen sekalipun ianya tetap kena cari downline..itu hakikatnya…
betul walaupun ada produk tak semestinya bukan penipuan.. walaupun satu produk asli dan didaftarkan.. apabila jualan dibuat secara piramid dan mlm, maka unsur penipuan dan penindasan tetap ada.. kena berhati2..jaga2..
selagi ada jer manusia yang gila nak cepat kaya, selagi itulah “manusia durjana” yang bermaharajalela mencari mangsa…. manusia-manusia zaman nie memang alergik dengan perkataan kaya nie… depa nie pun satu… nak kaya ..pergi jer kedai runcit…berlambak…ha.ha.haaa!!!
007 Reply:
December 16th, 2010 at 12:26 PM
habisss tu….ko tak kaya keee….ha..ha
Semoga yang terlibat tidak berputus asa untuk membina skrip baru kehidupan.
Semoga yang belum terlibat terus berjaga-jaga…
kita ini terlalu rapuh untuk mengatakan tidak mungkin terlibat dalam sebarang natijah seperti di atas. Kadang-kadang bukan kerana kesilapan sendiri, namun kerana ujian dariNya.
Salam ceria & inspirasi
“Pray hard, work smart & creative”
assalamualaikum
hah tula.. nak cepat kayap sangat…. rasakan..
pendapat aku? siasat dalangnya tu ! yang menipu tu pulak,tunggu hari je lah -sekarang ni “bayar cash”
….doa orang teraniaya ni jangan main-main!
Dan orang masih salah anggap pasal jana income online.. lol! patut dedahkan mereka dengan internet marketing, blogging, buat service.. hehe
007 Reply:
December 16th, 2010 at 12:29 PM
aaiiikkk…cucuk jarum nampak…internet marketing pun bahaya jugak….banyak jugak yang terlongkop….ilmu mesti mantap de….baru boleh wat duit…..i LOVE moneeyyyyy..ha…ha…