Jangan terlalu tamak

Ok hari ni saya ingin berkongsi tentang pengalaman deal internet yang saya pernah buat. Pepatah ada mengatakan orang tamak selalu rugi. Beginilah yang saya dapat simpulkan tentang cerita saya ini. Begini beberapa bulan yang lepas saya ada mendapatkan perkhidmatan dari seseorang ni (orang Malaysia). Memang saya tak kenal dia dan tak pernah bersua muka. Saya ambil perkhidmatan beliau sebab saya tengok hasil kerja beliau amat baik.

Pada 10 deal yang pertama saya membayar beliau RM50 bagi satu kerja. Everyone happy. Apabila selepas 10 deal pertama itu beliau mengatakan itu hanya harga promosi bagi menunjukkan hasil kerja dan dedikasi beliau. Ok selepas perbincangan demi perbincangan saya bersetuju menaikkan harga hasil kerja beliau. Saya agak kurang gemar sedikit cara keras kepala beliau dalam perbincangan harga tadi.

Bagaimana saya boleh happykan beliau saya kekalkan harga RM50 saya untuk satu kerja tetapi setiap order saya akan minimum order 10 set, so satu order dia boleh dapat RM500. Degil dia tak mahu, saya tanya dia berapa yang dia mahu, dia tak beritahu pula, dia kata biar saya yang letakkan harga. Ok saya upkan lagi harga minimum order 5 set, harga RM60 satu kerja, so dia boleh dapat RM300 satu kerja. OK dia setuju..


last deal.. :-(

Ok saya ok dia happy, fine go back to work. Beberapa lagi hasil kerja dan deal yang telah kami lakukan dengan berjaya. Saya beritahu beliau, saya mengupah beliau bukan kerana saya tidak boleh buat, tetapi sebab saya tidak punyai masa untuk melakukannya. Setelah satu dua bulan berlalu, beliau meminta naikkan lagi harga kerja beliau.. (alahai tak sampai setahun minta naik lagi?) kali ini saya mula terbakar! Saya bagi kerja satu order yang terakhir untuk beliau.. dan sehingga kini saya sudah tidak layan email beliau meminta2 kerja2 baru.. sendiri mau faham ya..

Tips walaupun kita deal takde hitam putih dalam alam cyber ini, kita perlu ada etika dan toleransi antara satu sama lain, anda sudah minta naikkkan payment, fine. Tetatpi kebiasaanya jika anda mahu naikkan payment kali kedua mestilah dalam satu jangka masa yang munasabah bukan terburu-buru. Orang tamak, selalu rugi..

Artikel berkaitan:

Tags: , , , ,

20 Comments on “Jangan terlalu tamak”

  • erm demand lah pulak…..

  • huh..orang cmni memang keje nak up harga jerk..kalu kerja tuh hanya melibatkan usaha dan bukannya raw material..aku rasa cara dia memintak2 tuh..memang tidak boleh diberi muka..senang cari orang lain jerk bro..hoho

  • zik: erm demand lah pulak…..  

    biasalah.. sabar2 la sikit ye tak.. aku boss ke.. engkau yang boss

    Jmay: huh..orang cmni memang keje nak up harga jerk..kalu kerja tuh hanya melibatkan usaha dan bukannya raw material..aku rasa cara dia memintak2 tuh..memang tidak boleh diberi muka..senang cari orang lain jerk bro..hoho  

    memandangkan masa mengizinkan.. tu la sekarang aku buat sendiri je job2 tu.. save sikit.. he he.. :P

  • Sebab tu kita perlu ada ramai “back up”. Dia tak nak, orang lain nak!

    p/s: rasakan! jangan nak demand jer,…

  • menyampahnya..
    aku yg baca ni pon sakit hati..

  • rohaizad: Sebab tu kita perlu ada ramai “back up”. Dia tak nak, orang lain nak!p/s: rasakan! jangan nak demand jer,…  

    betul kena ada backup kaki.. kalau tak kena tekan harga je.. anyway untuk pengetahuna semua aku hanya bekukan order dari dia.. sebab contact bisness yang aku bina dengan dia aku tak mahu putuskan.. cuma aku katakan order kurang sahaja..

    luth textile: menyampahnya..
    aku yg baca ni pon sakit hati..  

    mmg pun.. sebernarnya boleh tahan juga dia dapat dari job2 yg aku bagi.. lebih RM1500 jugaklah.. tapi kita kena bijak dalam bisness.. kos asas kita perlu jaga..

  • satu peringatan yang baik ni. moga menjadi panduan tuk seme.

  • betul.. bila kita dibagai.. tukang buat kerja.. agak2 la.. letak harga market.. tak payah tamak.. nanti diri sendiri yang rugi.. tips gak tu.. (aku pun slalu ingatkan diri aku macam tu..)

  • yang untung dan bagusnya,ko boleh buat sendiri benda tu….hati tak panas,duit pun selamat :)

  • nasib aku boleh buat.. kalau tak menjajar juga cari backup.. he he..

  • hush betul juga tu saudara.suri setuju.tulah macam2 org macam ragam yang kita jumpa kan..huhu sabar jelah..

  • Peribahasa dulu memang “Orang Tamak Selalu Rugi”. Zaman sekarang : “Orang Tamak Selalu Untung”. Tapi dalam kes ni, memang tak sedar diri la orang yang demand kaw-kaw tu. Macam dia sorang sahaja yang boleh buat benda tu ;)

  • suri: hush betul juga tu saudara.suri setuju.tulah macam2 org macam ragam yang kita jumpa kan..huhu sabar jelah..  

    he he betul tu suri.. macam ragam.. tapi kita kena nilaikan adakah ia berbaloi atau tidak.. sabor je la…

    imran: Peribahasa dulu memang “Orang Tamak Selalu Rugi”. Zaman sekarang : “Orang Tamak Selalu Untung”. Tapi dalam kes ni, memang tak sedar diri la orang yang demand kaw-kaw tu. Macam dia sorang sahaja yang boleh buat benda tu ;)   

    he he.. bukannya apa kita kalau nak untung pun letak la harga yang konpetetif dan ikut pasaran semasa.. kalau tak melepas la.. peluang..

  • biar lambat, asal untung…:-)

  • hamek si mamat tue,,dah sekarang xde keje.. kalau xtamak confirm dia masih bekerja dengan kamu..huhu

  • ibnujusup: biar lambat, asal untung…:-)  

    betul.. setuju..

    marki: hamek si mamat tue,,dah sekarang xde keje.. kalau xtamak confirm dia masih bekerja dengan kamu..huhu  

    ape nak buat.. pengajaran gak ni.. be reasonable.. :)

  • itu la, sy selalunya biar customer yg letakkan harga asalkan ianya berbaloi dan tidak terlalu menekan saya..

    hasilnya, diaorang akan cari saya, tak perlu nak meminta-minta

  • macam kes aku plak bro..haha..sorang tu aku hire..baru je bape bulan..bleh kata rate aku tu murah sangat..cis..last2 aku dapat hire 3 orang sekaligus..so say gudbye le kat yang lama..:D

  • mijie: itu la, sy selalunya biar customer yg letakkan harga asalkan ianya berbaloi dan tidak terlalu menekan saya..hasilnya, diaorang akan cari saya, tak perlu nak meminta-minta  

    betul selagi price tu reasonable dengan job tu.. layan je la dulu..

    reezluv: macam kes aku plak bro..haha..sorang tu aku hire..baru je bape bulan..bleh kata rate aku tu murah sangat..cis..last2 aku dapat hire 3 orang sekaligus..so say gudbye le kat yang lama..:D  

    he he backup tu kene ada.. aku takde backup.. inilah jadinya.. backupnya aku.. he he.. :P

  • Boss, kisah teladan ni sesuai sangat untuk kami-kami yang memberi perkhidmatan. bagi saya yang freelance writer ni, kepuasan client memang diutamakan. pasal harga tu, paling-paling awal saya akan naikkan pun dalam 6-8 bulan sekali je. kalau tak, tunggu tahun barulah gamaknya. kalau tiap-tiap job mintak harga lebih, risiko hilang client la yang saya tak boleh terima. huhu.. kan penat jadi si polan tu yang dok minta kerja dari Boss. huhuhu..