Inflasi dan Anda

dulu seringgit 5, 4.. sekarang seringgit 3 je.. (gambar dari kujie2)
Semalam saya sekerluarga bermakan malam diluar, menu kebiasaan Nasi Ayam Penyet dan satay. Dikala menunggu santapan yang diorder tadi, saya melihat2 senarai harga makanan yang terletak pada atas papan kenyataan harga setiap menu.
Nasi goreng kampung RM3.50…
Hmmm masih ok lagi.. pernah saya tengok menu dikedai2 lain harga nasi goreng kampung boleh mencecah RM4 dan RM4.50! Terasa la jugalah mahalnya.. Hmm pernah satu ketika remaja dahulu harga nasi goreng kampung hanya sekitar RM2.50 sahaja, hmm kan seronok murah betul.. itu dulu bukan sekarang. Inilah dikatakan inflasi.
Bercerita tentang kehidupan seharian kita semua tidak lepas dari inflasi. Kadar inflasi tahunan di Malaysia sekitar 5% setahun, ini bermakna secara kasarnya kita boleh katakan kos sara hidup kita akan meningkat sebanyak 5%. Hari2 harga barangan akan naik… kalau dah naik jangan mimpi nak turun balik…
Ingin saya bertanya pada anda semua bagaimana dengan tangga gaji saudara saudari sekalian? Adakah pendapatan anda masih sama dengan pendapatan satu tahun lepas? Jika ya anda harus fikirkan kesan inflasi keatas diri anda, anda sewajarnya memperolehi kenaikan minimum pendapatan 5% tadi? Jika tidak anda mungkin dihimpit dengan inflasi tanpa kita sedari…
Artikel berkaitan:Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka… Nabi Muhammad S.A.W



itulah kalau dulu kuih 5 seringgit skrg kat area umah aku rm1.20 untuk 3 biji kuih, bayangkanlah..
begitulah keadaannya ekonomi kita sekarang,boss
pantang gaji naik sikit mulalah kedengaran serba serbi barang keperluan naik tapi yang paling tak bestnya,kadar jenayah turut sama naik
.
*link,terima kasih banyak
*
Masalah yang sering melanda negara membangun
Gaji naik sikit keperluan bertambah banyak…
mak oi 3 rm1.20, 40 sen sebiji.. isk3.. mahal gak…
itu lah kita kena lepas cepat dari inflasi.. tingkatkan pendapatan.. hidup pun lega sikit.. p/s:link sajeje je letak he he (p/s tu ape benda hah.. he he)
kita perlu sedar kesan inflasi.. keatas diri kita.. so kita prepare what to expect..
kemahuan pun semakin meningkat.. hidup macam tu lah..
kat tmpt saya kueh 4 seringgit..pastu pisang grg seringgit leh dpt seplo ketul tapi pisang jenis siat2 nipis pnya la..nsi grg kg pon ada 3 rggit dan ada kdai 3.50…x jmp dah yang 2.50 cam 5-8 tahun dulu
pisang siat nipis2.. ko kata la kat akak atau abang yang jual tu.. kak pising ni kalau siap nipis sikit lagi boleh jadi kerepek pisang kak.. sure merah padam muka akak tu.. he he..
kalau gaji naik pun, masih tak boleh “mimpi” nak senang…. gaji naik sikit jer…harga barang ???? Mak datuk…. mana cukup dengan kenaikan tu… bagi ko, Boss, fulltime blogger, terasa tak kesan kenaikan harga barang nie…??? Mana tau, income ribu-ribu, tak perasan pun harga dah naik….!!!
saya suka baca sabda Nabi SAW.. kalau boleh biar kita sama-sama usaha untuk perbaiki hari ini agar lebih baik dari semalam, dan esok pun lebih baik dari hari ni
ya..dulu masa study sslu tapau nasi goreng ikan masin, nasi gorg kg, nasi gorg cina smua rega dia rm 2.50..skrg mana blh dapat..mungkin ada tapi tak smeu tmpatlah..huhu..
p/s:rindu zman bljar dulu..heee
disebabkan money fiat…dan sistem economy kapitalis… so sapa nak melabur n beli emas …. dan nak tahu dia punya penerangannya…contact2 le., alamak promote kat blog boss lak…
[...] Gua ingat nak pinjam sen sikit,buat tambah-tambah beli motor tu ” jawab Acit dengan muka yang sengaja [...]