Elak diri dari scammer

Rule #1 dalam dunia IT ini adalah lindungi diri anda dari terkena scammer, kemudahan membuat duit dari internet ini juga mengundang para scammer mencari lubuk duit dari kelalaian anda. Lebih memburukkan lagi scammer kini bukan hanya dari luar negara, scammer ini juga wujud dalam negara kita.

Evolusi scammer pada permulaan berlaku dari inbox anda sendiri. Pernahkan anda mendapat email bertajuk sebegini? Win $100,000 lottery, Need help on my late father money dan lain2.. Kebiasaan scammer2 ini datangnya dari Nigeria. Itu dulu memandangan spam filter mula diperkenalkan email begini tidak kelihatan dalam inbox tetapi terus ke Junk Mail.

Bercerita tentang scammer didalam negara pula mereka terdiri dari dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah scammer yang tidak kelihatan, kebiasaan mereka tidak mendedahkan diri mereka. Mereka berselindung didalam indentiti palsu yang mereka cipta. Kebanyakkan mereka melakukan email pishing, membuat website palsu login online banking dan berbagai2 lagi. Salah satu kaedah untuk mematahkan serangan mereka dengan melihat url address, jika url address telah diselindungi tekan F11 untuk melihat url itu. Adakah ia secure connection, digital signed dan sebagainya. Ada baiknya telefon pihak bank terlebih dahulu mendapatkan kepastian tentang email berkenaan.

Kumpulan kedua scammer adalah yang jenis terang-terangan, kita dapat lihat wajah mereka dan kita tahu indentiti beliau. Mereka cukup berani menawarkan servis yang menjanjikan satu ribu satu yang lumayan dan cepat. Kadang kala yuran penyertaan yang tidak masuk akal. Bagaimana kita kenal pasti mereka, mudah sahaja google adalah kawan kita dan musuh mereka. Taipkan nama mereka dan masukkan kata dasar seperti tipu, pembohong, duit, refund, scam dan lain lain lagi. Contohnya google “Abu penipu”, “Abu pembohong”, “Abu tidak mahu refund”, “Abu kencing” dan berbagai-bagai lagi. Result search ini merupakan review mereka2 yang telah terkena dan tidak berpuas hati dengan service yang mereka lakukan, dari sini anda boleh menilai testimonial mereka. Lindungi diri anda dari mereka.

Saya harap anda dapat sedikit sebanyak info yang berguna dari artikel ini, jangan terlalu mudah diperdaya dan pastikan anda tidak tertipu dengan imbuhan dan janji2 manis mereka. Saya pasti ramai diluar sana ada cerita anda sendiri dan anda dialu-alukan untuk berkongsi dibahagian komen..

Artikel berkaitan:

Tags: , ,

26 Comments on “Elak diri dari scammer”

  • Entry yg menarik, pengalaman sendiri..(Tp nasib x kene tipu lg) Paling sadis apabila si scammer tu adelah org yg kite kenal dan tidak disangka lebih2 lg seorang wanita, huh!!. claim diri anak kenamaan, anak datuk, cucu pade pengusaha batik terkenal.. fuh!.. ramai yg terperangkap dikelentong berkenaan pelaburan, bisnes dan mcm2 la.. yg kene tipu kebanyakkn dr golongan profesional .. pelik tp benar.. makna nyer dia mmg tere.. smpai skang x kene tangkap lg sbb x de bukti kukuh utk sabitkn keslahan dia.. tere sungguh.. so, moral of the story jgn mudah percaye pade org sekeliling kite, w/pun muke nmpk baik, tp sebenarnye scammer .. huhuhu.. serammm..

    boss Reply:

    hmm biasa dengar juga orang yang macam ini, itu lah tapi taktik biasa yang diaorang nak gunkan adalah mengelapkan duit orang.. so bila orang bercerita tentang duit sahaja.. berhati2lah..

  • nice tips bro. mudah2an tidak terkena penagan scammer ni. kalau dapat , kita cincang wat sop buka nanti heh!

    boss Reply:

    tapi aku pelik.. setelah buat scam.. kat budak2 mentah.. dengan selamba mambe tunjuk muka lagi kat online.. macam takde apa2 berlaku..

    boy_bersahaje Reply:

    tu namanye terdesak. muahhahaha

    sangilapi Reply:

    kroni ramai backup maa,itu pasal boleh tayang muka lagi !

    boss Reply:

    hu hu dalam dunia IT pun ada kroni yek.. ha ha..

  • selalunya, org yg jual topup secara online yg banyak kena tipu oleh scammer2.. modus operandinya camni:

    beli topup, dan cakap dah bank in kan dlm akaun..seller tu plak jenis yg mudah caya dan jenis yg malas cek akaun bank, then bagi je trus no topup kt org tu..then org tu akan cakap, ni topup tu tak leh nak guna..so dh stat tipu dh ni, mybe dia akan mintak balik duit atau mintak satu lagi topup..so dia dh dpt 2 dah..so berhati2lah

    boss Reply:

    Ai kalau jadi seller tu mane boleh malas kira duit.. kena check.. betul2.. ish2 top up pun nak menipu.. satu perkongsian yang baik.. hati2 ya..

  • selalu dapat yang menang loteri tuh..pasalhal haram tak penah main loteri pun..hahah, macam mana la orang boleh terkena pulak…

    apa-apa pun, langkah berjaga-jaga memang perlu

    Zazali Nordin Reply:

    Kalau main pun tetap haram… jauhi scamming!

    boss Reply:

    jauhi scamming dan waspada pada scammer.. kalau tak poket hangus..

    boss Reply:

    yes.. jaga2.. pandang2…
    p/s: tak pernah main loteri.. tapi time kecik2 dulu main tikam2 ada la.. ha ha..

  • selalu gak aku buat carian google untuk sebarang tawaran yang aku terima..yelah,takut juga kan..Alhamdulillah,setakat ni Google memang banyak membantu..

    boss Reply:

    ye kita semua tidak boleh lari dari google.. no way out.. macam wrestling la pulak.. kah3..

  • bhaya la cam nie… kena lebih berhati-hati. tapi kekadang tak perasan.. depa nie pandai dlm bab bab cam nie !!!

    boss Reply:

    tuntut ilmu tinggikan pengetahuan.. susah2 tanya je member yang sudah biasa online..

  • hari2 dapat email scam nie… pening tul….. malas nak layan la…. mark as spam… pun ada dapat algi email…orang lain pulak hantar… tajuk sama gak…huhu

    boss Reply:

    alangkah bestnyer.. kalau semua itu benar… oops stop dreaming.. he he

  • 2 minggu lepas ada org hubungi melalui email aku, dia kata aku dah menang hadiah pendrive 4gb pastu minta nama dan alamat untuk hantar hadiah

    aku reply balik hadiah tu untuk pertandingan apa dan mcm2 lagi aku tanya, pastu dia jawab dia pilih random

    ok then aku bagi alamat ofis, hahaah tunggu sampai skrg blum sampai lagi hadiah tu, mungkin dia nak scam kot, tapi takper sbb aku letak alamat ofis

    boss Reply:

    macam real dapat pen drive tu.. ye la privasi alamat persendirian.. kena jaga.. jangan sebab pen drive rm29 tu tergadai alamt rumah kita… say.. no thanks.. :)

    mijie Reply:

    itu la pasal, jd play safe aku bg je alamat ofis :)

  • scammer?erm..pasal yang menang duit bagai tu..masa aku sekolah menengah dulu..excited je..sampai kecoh satu rumah..last2..tipu da….

    boss Reply:

    itu ..menag loteri la… minta tolong duit wasiat la juta2.. macam2 ada..

  • kat emel aku bersepak sana sini.
    pada mula aku pon nk terkena.
    sekali minta no. akaun bank.
    boleh jln le aku nk kasi.

  • yang loteri dok besepah kdg2 masuk emel aku…mana dia dapat xtau la address emel aku…dh tu kadang2 mai kot mana hala xtau nk bg wasiat apa jadah kata nk bg duit..pemohong betoi!