Duit dari internet

Duit dari internet pada hari ini tidak lagi dianngap sesuatu yang mustahil, ramai yang telah berjaya mendapatkannya dan ramai juga yang selesa dengan pendapatan tambahan ini. Kali ini yang ingin mengkonsikan beberapa teknik dan peluang untuk buat duit dari internet yang berkaitan dengan blogging.
#1 – Meletakkan iklan2 diblog anda. Ini merupakan cara yang paling klasik dimana sesebuah blog menjanakan pendapatan tambahan. Iklan boleh dijual beli secara terus ataupun mengunakan iklan program rasmi seperti google adsense, nuffnang dan sebagainya.
#2 – Menjual link diblogroll anda. Jika blog anda mempunyai traffik yang banyak dan mempunyai pagerank yang tinggi, anda boleh menjual blogroll link anda kepada advertiser yang berminat dengannya.
#3 – Membuat produk review diblogpost anda. Ulasan sesuatu produk juga boleh dilakukan diblogpost anda, ini juga biasa boleh kita perhatikan diblog2 yang ternama. Ulasan ini juga boleh dilakukan berurusan terus dari advertiser dan boleh juga dilakukan dengan program rasmi seperti payperpost.
#4 – Menawarkan khidmat nasihat kepakaran anda. Ini boleh dilakukan jika anda mempunyai kepakaran terhadap sesuatu topik, maka anda boleh memberikan khidmat nasihat. Khidmat nasihat ini boleh dilakukan secara face to face ataupun melalui skype ataupun yahoo messenger. Bagaimana mahu tentukan bayaran? Anda boleh memberi harga mengikut jam, contohnya RM30/jam.
#5 – Memberi khidmat penulisan artikel. Didalam dunia blogging di Malaysia saya perhatikan, kelemahan blogger tempatan adalah pada penguasaan bahasa inggeris, jika anda boleh menulis dengan baik dalam bahasa inggeris.. inilah peluang anda menjadi penulis artikel upahan. Anda boleh menentukan bayaran mengikut patah perkataan.. contohnya RM5/100 patah perkataan.
#6 – Penterjemah artikel – Ini juga hampir sama seperti yang diatas, kadang2 pelanggan sudah siap mengarang artikel mereka sendiri dalam bahasa Malaysia tetapi hanya memerlukan khidmat terjemahan dan grammar dari anda. Kebiasaan urusniaga begini dicaskan separuh dari harga penulisan artikel tadi.
#7 – Khidmat edit gambar – Jika anda pandai mengunakan Photoshop ini adalah peluang anda untuk mendapat duit dari internet dengan khidmat kepakaran anda seperti mereka bentuk logo, image editing dan berbagai lagi. Tips, image editing tentang gambar perkahwinan memang dapat sambutan. Ini kerana mereka hanya mempunyai gambar digital dan tidak mengambil pakej scrap book (kos lebih). Jadi jika anda ada kepakaran edit gambar kahwin ini lah peluang anda.
#8 – Menjual ebook – Jika anda mempunyai pengetahuan dalam sesuatu topik, anda boleh menghasilkan himpunan ilmu2 ini dan menjadikannya sebuah ebook. Penghasil ebook teramatlah mudah ia seperti buku-buku fizikal yang lain tetapi ebook adalah dalam versi digital (pdf file). Ramai yang telah berjaya menghasilkan pulangan yang lumayan hanya dengan menjual ebook.
#9 – Menjadi affiliate marketer – Ok jika semua tips2 diatas tidak menarik minat anda dan anda mahukan jalan singkat, affiliate marketing adalah untuk anda. Affiliate adalah satu konsep anda menjualkan produk penciptanya dan anda mendapat komisyen dari setiap unit jualan yang anda buat.
#10 – Membina kedai online – Jika anda peniaga offline dan menjual produk fizikal, saya cadangkan anda membina sebuah kedai online untuk menjadi platform menjual produk anda. Penghasilan kedai online adalah mudah, cepat, ringkas dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Saya ada mempunyai seorang rakan yang membina kedai online dan beliau sudah ada kedai offline, daripada hasil penjualan kedai online beliau hasil jualan hanya dari dari kedai online beliau memberi nilai jualan tambahan sekitar RM4k~RM10k. Maka tidak rugi anda membinanya..
Info-info yang saya kongsikan disini khas kepada pembaca setia blog saya dan adalah dari pemerhatian saya iklim buat duit dari internet di Malaysia, saya harap anda semua mendapat sedikit sebanyak imbasan bagaimana anda juga boleh ambil manfaat dari info-info ini..
Artikel berkaitan:- Buat online income dengan jual ebook
- Buat duit dengan ClickBank
- Jual produk fizikal atau produk digital?
- Mari beli kuih raya
- Marketing that works!
Tags: bagaimana, berniaga, blog, duit dari internet, online, tips



Wah.. banyak tips menarik. Yang pasti, kena fokus. Dah maintain, baru terjun ke bidang yang lain pula (buat satu-satu). Jangan jadi hilang fokus, semuanya nak buat. Memang tak terkejar.
Jangan jadi macam aku, pernah ‘information overloaded’. Bak kata pepatah melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
boss Reply:
August 19th, 2010 at 1:50 PM
kongsikan sekadar yang termampu.. sajeje nak bagi diaorang option macam mana nak buat duit dari internet. Kalau tak boleh yang itu cubalah yang ini pula.. ada betul juga cuba fokus satu2 dulu..
Banyaknye duit ko boss. ni duit raya ke? hhehehee. kalau macam2 kita pakar dalam internet, makin luaslah peluang kita untuk jana duit. yang penitng sabar dan rajin nak belajar
boss Reply:
August 19th, 2010 at 1:51 PM
itu kipas duit, tahun lepas punya.. sabar dan terus berusaha…
Err kalo MLM versi online atau FOREX ke masuk dalam kategori mana? huhu..kalo nka harung ke semua seploh2 mmg xbleh rasanya hoho…kena pro dalam 2 3 bidang pun dh ckup
boss Reply:
August 19th, 2010 at 1:53 PM
MLM? alamak aku tak campur la pasal MLM. Forex pula pun satu peluang kewangan dari internet, tetapi top 10 list yang aku berikan ini lebih berkaitan dengan blogging sahaja..
p/s:wah man ko main forex ke? boleh ajar aku..
nak kena ada ilmu baru boleh menjana duit di internet…jadi lengkapkan diri untuk memahami apa yg boss dah terangkan di atas, jangan ambil semua peluang, grab satu2 dulu
boss Reply:
August 19th, 2010 at 1:55 PM
hmm benar, kena tuntut ilmu dan banyakkan membaca, aku pun di tahap ini pun masih dalam proses pembelajaran.. tak habis tuntut ilmu lagi..
yap. semua ni patut dicuba dan dah jumpa yang paling sesuai, kita fokus kat situ.
boss Reply:
August 19th, 2010 at 2:13 PM
orang kata tak cuba tak tahu.. cubalah mana yang berkenan..
Tips yang memang menarik. Kalau dibuat semua tu memang masyukkk..
boss Reply:
August 19th, 2010 at 2:13 PM
yea.. masyukk duit raya.. hu hu
sekarang ni ramai yg duk buat ebook kot..mcm2 ad sekarang..hehe
boss Reply:
August 20th, 2010 at 8:11 PM
he he macam2 ada.. macam iklan astro la pulak, banyak ebook dipasaran tidak menjadi masaalah jika maklumat dalam ebook kita itu bernilai pasti ada yang mahu beli.. dan elakkan plagiat ebook orang lain..
focus no1 dulu…. nanti dah ok… baru cuba fikirkan idea2 yang boleh untuk next2 point tuh… huhuhu
boss Reply:
August 20th, 2010 at 8:12 PM
betul.. kayuh pelan2..
ilmu masih tak cukup….
boss Reply:
August 20th, 2010 at 8:13 PM
kena teruskan usaha mempelajarinya.. semua ilmu ada langakah pertamanya.. dan semua orang bermula dengan langkah pertama itu.. lambat atau cepat sahaja..
Thanks Boss.. Perkongsian yang bermakna.. Tak rugi saya subcribe entri-entri blog boss..
boss Reply:
August 20th, 2010 at 8:14 PM
ahh terharu… hmm terima kasih sebab subscribe blog aku ni.. sama2 kita belajar.. dan mendapat manfaatnya..
Terima kasih Boss.
boss Reply:
August 20th, 2010 at 8:15 PM
sama2.. kalau ada idea lain.. boleh tambah lagi.. pembaca pun boleh tambah juga..
Buat duit dengan kepakaran pun seronok juga. Saya baru cuba nak menjual coding.
boss Reply:
August 20th, 2010 at 8:16 PM
yea sesuatu yang menarik tu… selamat mencuba..
Perkongsian maklumat yang sungguh bagus sekali…terima kasih Boss…
boss Reply:
August 20th, 2010 at 8:20 PM
sama-sama..
rezeki masing2.. cuba-cubalah..
banyak ilmu yg saya dapat dari boss..tq..saya ni baru jer nak jinak2 dgn blog
boss Reply:
August 27th, 2010 at 11:18 PM
oh ye ke terima kasih.. kalau nak tgk banyak lagi info2 berguna lihat artikel sekitar julai 2009
banyak cara nak buat duit kat internet..tapi biasalah,orang2 kita ni suka pada benda yg dapat hasil cepat,tak nak berusaha..
terima kasih Boss kerana berkongsi
boss Reply:
August 27th, 2010 at 11:19 PM
sama2.. kongsi2 kan apa yang aku tahu.. dan yang kamu boleh buat..
salam,
saya nak tanya, mengenai e-book…chnya kita buat satu ebook..menggunakan rujukan dari sebuah buku tertentu… adakah kita akan disaman kerana menciplak… tapi ebook kita dalam bentuk macam ringkasan dr buku asal. lagi satu kalau kita masukkan gambar2 kat internet…salah ke?
boss Reply:
August 27th, 2010 at 11:20 PM
nadia, saya akan ulas. soalan kamu di artikel akan datang.. satu solan yang bagus..