Cerita tentang pengomen terlampau

Post ini ditujukan khas buat sangilapi. Ok beberapa hari yang lepas saya ada install plugin Top Commentator so siapa yang banyak komen diblog hujanbatu.com ini akan dilistkan pada sidebar. Kepada yang berminat pada plugin ini boleh download disini. Dilihat pada top list adalah sangilapi.. siapakah dia? Kenapa saya mahu review blog beliau?

Ok pertemuan pertama dengan sangilapi adalah pada seminar smart blogging , seorang brader yang duduk sebelah fynn jamal.. aku ingat sebab minah tu sorang je awek bini orang yang ikut seminar tu.. he he jangan marah.. standard la tu.. kumbang la katakan.. Kalau nak dibayangkan sangilapi ni orang nya hitam manis.. berkepala botak.. bermisai tebal.. sekali tangok macam abang askar pun ada.. tapi kepala hotak selamba.. semua boleh layan..

Orang kata cerita paling hebat adalah dari pengalaman hidup seseorang. Sebab ia bukan direka2 ditokok tambah macam cerita kat tv tu.. Apa yang menariknya singilapi ni? Dia adalah seorang tukang kasut jalanan..

Entry didalam blog beliau menjadi menarik bila beliau membuka cerita pengalaman sebenar beliau sebagai tukang kasut. Kisah liku2 hidup beliau amat terkesan dan membuatkan kita semua insaf dengan kesenangan yang kita ada.. Cerita beliau dimulakan begini..

ini kisah bagaimana hati aku mula terpaut dengan dunia tukang  kasut…kali pertama didedahkan kepada khalayak ramai tentang cita-cita aku nak jadi tukang kasut ni ketika aku darjah satu,1977 …..jawapan jujur aku tu dapat sambutan hangat….bukan dengan tepuk tangan tapi gelak ketawa dari teman sekelas termasuk cikgu aku sekali.

pelik tapi benar sejak dari sekolah rendah cita2nya adalah tukang kasut! setiap perniagaan ada dugaannya.. lebih2 lagi bila kita orang baru.. bersambung lagi..

lalu beberapa orang pekerja wanita di depan aku,bergerak dalam satu kumpulan sambil berbual “eh….tadi ko cakap nak repair kasut“….”aku dah biasa repair dengan ghani yang kat bas stand tu”….hati terus memujuk “rezeki aku pasti ada”…..sepi beb ! bagai blog tanpa pengunjung ! sambil-sambil memujuk hati….aku merenung tapak tangan sebelah kanan….memerhati garis-garis yang terbentuk di tapak tangan… rahsia aku kah atau rahsia DIA…. aku senyum….aku terus tenggelam melayan diri.”

dia berkerja dengan gaji dua ringgit sehari..

dalam tempoh latihan yang bergajikan 2 ringgit sehari(makan minum dan tempat tinggal tidak disediakan) ,ia cukup mencabar ! kalau aku tunggu selama 3 tahun bagaimana aku harus harungi ini semua ? hati aku mula memberontak ….dah memang jiwa aku ni pemberontak…hahaha

kisahnya semakin menyentuh hati bila membaca dari mana habuan hariannya..

aku senyum…hehehe ada jugak habuan aku…”nanti ko tolong buangkan sampah tu ye,ada dua beg plastik  kat belakang” kak pah bersuara lagi….aku makin senyum sebab dalam beg plastik sampah tu ada rezeki aku untuk malam ni…..aku selempangkan beg besar di bahu….sambil membimbit beg plastik sampah …..keluar dari kedai….berjalan pulang….(tanpa aku sedar,ada  seseorang memerhatikan segala pergerakan aku, bermula keluar dari kedai tersebut)

tiba di tong sampah besar….aku teruskan perjalanan…. di ‘bilik kotak’, aku memulakan operasi mencari… dilakukan dengan penuh teliti agar habuan perut tidak terlepas pandang….hah ! akhirnya aku berjaya mengumpulkan  3 bungkus nasi(dulu-dulu guna kertas suratkhabar yang dialas dengan plastik untuk bungkusan nasi campur),2 plastik bertali yang berisi kuah.

mandi dulu sambil basuh t shirt(sebenarnya celup-celup je tanpa guna sebarang sabun pun)….sekarang baru boleh makan…aku bukak bungkusan berisi nasi….ada nasi bersisakan telur asin….ada nasi bersama cebisan ikan goreng….ada yang sekadar nasi bertulangkan ayam goreng….aku cium…masih belum basi…hehehe…kuah terdapat dua pilihan ….satu kuah lemak ….satu lagi kuah kari….cium…masih selamat dan enak untuk dimakan…..hehehe

aku gabungkan dua bungkus nasi menjadi satu..nasi lagi satu tu untuk kucing-kucing angkat aku,di luar sana….aku pilih kuah kari untuk malam tu….kuah lemak untuk kucing aku,untuk digaul dengan nasi…sambil bukak simpulan tali,aku picit-picit plastik kuah kari tu dengan harapan ada sisa-sisa daging atau tetel yang masih tinggal ….korek-korek sisa telur asin….aku patah-patahkan karipap yang diberi oleh kak pah tadi…..sambil makan aku teringatkan ibu dan abah di kampung….moga mereka dimurahkan rezeki…..”

hebatkan kisah hidup seorang tukang kasut..? Kadang kala kita rasa diri kita susah.. tetapi sebenarnya ada lagi yang lebih susah.. dari kita.. Nak teruskan baca blog beliau? di rezekimurah.com

Kisah tukang kasut mengikut susunan;
Bhg 1 – Bila hati sudah suka
Bhg 2 – Langkah pertama bermula
Bhg 3 – Perjuangan itu
Bhg 4 – Tempoh bertenang
Bhg 5 – Gaji aku
Bhg 6 – Pintu rezeki mula terbuka
Bhg 7 – Rezeki tambahan
Bhg 8 – Rezeki mula melimpah
Bhg 9 – Kalau dah rezeki
Bhg 10 – Rezeki aku
Bhg 11 – Gelaran rezeki
Bhg 12 – Impian aku
Bhg 13 – Semangat semakin membara
Bhg 14 – Membebel dan merapu
Bhg 15 – Mata cengkung badan melengkung
Bhg 16 – Cita-cita dan cinta
Bhg 17 – Pertemuan pertama
Bhg 18 – Rezeki semakin murah
Bhg 19 – Dari kerana mata
Bhg 20 – Dari mata turun ke hati

Artikel berkaitan:

Tags: , , , , , ,

26 Comments on “Cerita tentang pengomen terlampau”

  • boss,
    blog sangilapi ni mmg kesannye cukup dlm..kirenye mcam bro ijad cakap..makan dalam..

    suatu perkongsian pengalaman yg byk sedarkan aku yg masih mentah..

    p/s – ade lagi beberapa siri si tukang kasut yg belum aku khatam sebaiknye..

  • Tak kisah la pekerjaan apa sekalipun, asalkan ia halal maka insyaallah rezeki ada di mana2.. pengalaman yang bernilai tu.. :)

  • Semua apa yang diceritakan di atas … aku agree!!!

  • boss,terima kasih banyak pasal sudi review blog merapu aku tu …..begitu pada sifu ijad,teman – teman seminar yang sudi menyelitkan link aku :) dan pada para pengunjung blog aku :)

    nanti aku belanja korang semua nasi ayam penyet….

    *boss,fynnjamal tu cikgu bahasa inggeris aku daaa :) *

  • hafizmd: boss,
    blog sangilapi ni mmg kesannye cukup dlm..kirenye mcam bro ijad cakap..makan dalam..suatu perkongsian pengalaman yg byk sedarkan aku yg masih mentah..p/s – ade lagi beberapa siri si tukang kasut yg belum aku khatam sebaiknye..  

    betul memang banyak yang boleh kita belajar dan ambil pengajaran.. dan bersyukur dengan apa yang kita ada..

    Mr.Z: Tak kisah la pekerjaan apa sekalipun, asalkan ia halal maka insyaallah rezeki ada di mana2.. pengalaman yang bernilai tu.. :)   

    bila halal baru ada keberkatan.. bila ada keberkatan “rezeki murah”

    rohaizad: Semua apa yang diceritakan di atas … aku agree!!!  

    yep aku pun agree.. best baca blog singalapi.. hari2 bukak.. nak tahu kisah seterusnya..

    sangilapi: boss,terima kasih banyak pasal sudi review blog merapu aku tu …..begitu pada sifu ijad,teman – teman seminar yang sudi menyelitkan link aku :)dan pada para pengunjung blog aku :)
    nanti aku belanja korang semua nasi ayam penyet….*boss,fynnjamal tu cikgu bahasa inggeris aku daaa :)*  

    kau punya blog berhak dapat review sebab penulisan dan pengalaman yang baik untuk dikongsikan bersama.. aku pasti siapa yang telah baca bahagian 1 tu akan terus membaca sehingga habis.. sebab blog ko memang best gilerr.. cerita memang power.. ketagih… nak baca tiap2 hari.. ha ha..

    p/s – oo ye ke fynn to cikgu ko, aku ingat kebetulan ko jumpa dan duduk sebelah dia.. kira sebelum seminar tu dah kenal la ye..

    p/s/s – yes! dapat makan free nasi ayam penyet..

  • salam..
    setiap apa yang kita kerjakan semuanya mempunyai pengalam yang tersendiri. Kadangkala bila di imbas kembali ia akan membutakan kita sebenarnya tabah dalam meniti sebuah khdupan..

  • kadang-kadang kisah hidup dan pengalaman seseorang boleh menginsafkan kita dari segala segi…kita selalu merungut tanpa sedar mungkin kita lebih bernasib baik dari sesetengah orang…terima kasih boss sebab review blog ni…InsyaAllah akan aku ikuti blog dan mengambil iktibar dari kisah-kisahnya…. Bagi sangilapi…aku doakan dia berjaya dalam bidang yang dia ceburi dan sukai itu…. AMIN!!!!

  • suri: salam..
    setiap apa yang kita kerjakan semuanya mempunyai pengalam yang tersendiri. Kadangkala bila di imbas kembali ia akan membutakan kita sebenarnya tabah dalam meniti sebuah khdupan..  

    ya itulah dinamakan pengalaman hidup.. masing2 ada cerita dibelakangnya yg belum kita kupas..

    bujang3: kadang-kadang kisah hidup dan pengalaman seseorang boleh menginsafkan kita dari segala segi…kita selalu merungut tanpa sedar mungkin kita lebih bernasib baik dari sesetengah orang…terima kasih boss sebab review blog ni…InsyaAllah akan aku ikuti blog dan mengambil iktibar dari kisah-kisahnya…. Bagi sangilapi…aku doakan dia berjaya dalam bidang yang dia ceburi dan sukai itu…. AMIN!!!!  

    blog mungkin ditulis untuk suka2.. tetapi kehadiran blog sangilapi ada membawa makan pada pembacanya.. hidangan istimewa.. yg jarang2 kita temui…

  • dah rajin baca kisah-kisah sangilapi…memang best ler citer dia…

    boss Reply:

    haa tau takper.. ha ha sorang lagi dah sangkut.. he he..

  • tak kisah kita kerja apa pun janji..kita punya hasil rezeki halal…kalau tak tak bestlah kalau tak hala

  • Pengalaman mengajar kita erti kehidupan :)
    syabas bro joe.. hehe

  • Cerita kisah hidup seorang tukang kasut sangilapi memang memberi impak pada hidup saya sejak kebelakangan ni.

    Memberi peringatan kepada saya untuk senantiasa bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang…Alhamdulillah!

    Untuk bro sangilapi, keep blogging dan terima kasih buat bro boss diatas perkongsian entri kali ini :)

    P/S: Saya mula ketahui blog sangilapi dari blog bro Ijad.

  • ishak: tak kisah kita kerja apa pun janji..kita punya hasil rezeki halal…kalau tak tak bestlah kalau tak hala  

    mencari rezeki yang halal itu wajib.. baru lah hidup dan hati tenteram..

    miziology: Pengalaman mengajar kita erti kehidupan :)
    syabas bro joe.. hehe  

    yea syabas juga dari aku utk ko joe!

    Shukor: Cerita kisah hidup seorang tukang kasut sangilapi memang memberi impak pada hidup saya sejak kebelakangan ni.Memberi peringatan kepada saya untuk senantiasa bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang…Alhamdulillah!Untuk bro sangilapi, keep blogging dan terima kasih buat bro boss diatas perkongsian entri kali ini :)
    P/S: Saya mula ketahui blog sangilapi dari blog bro Ijad.  

    mm bagus la sama2 kita ingat mengigati satu sama lain..dan sentiasa bersyukur..

  • Kisah Abg Joe yang menarik. Hail Abg Joe!

    p/s: Memang betulla Boss ada ketika 18 October 2009. Tp aku tak sempat interview dia. :)

  • Bro Sangilapi memang best layan woo.. walaupun baru sekali jumpa dia secara live. Baca blog dia pun terasa pengalaman dan jalan hidup dia ada dekat dengan kita.. Tabik pada brader Jo.

  • hehe x sangka pulak waktu sy start follow blog tu waktu sangilapi baru nk mula ceritakan kisah kehidupannya sebagai tukang kasut..memang menyayat hati..huuu haru~

  • wajib baca… banyak benda kita bole belajar dari pengalaman bro rezeki murah nie… tersurat mahupun tersirat… hehe

  • Shafawi: Kisah Abg Joe yang menarik. Hail Abg Joe!p/s: Memang betulla Boss ada ketika 18 October 2009. Tp aku tak sempat interview dia. :)   

    ha nak interview aku ke.. time tu low profile jek.. he he..

    samdaddycool: Bro Sangilapi memang best layan woo.. walaupun baru sekali jumpa dia secara live. Baca blog dia pun terasa pengalaman dan jalan hidup dia ada dekat dengan kita.. Tabik pada brader Jo.  

    mmg mantap story2 dia tu.. tgk je la.. dah 20 post pasal kisah hidup dia je..

    botak: hehe x sangka pulak waktu sy start follow blog tu waktu sangilapi baru nk mula ceritakan kisah kehidupannya sebagai tukang kasut..memang menyayat hati..huuu haru~  

    menyayat hari dan ada iktibarnya..

    zik: wajib baca… banyak benda kita bole belajar dari pengalaman bro rezeki murah nie… tersurat mahupun tersirat… hehe  

    yea.. bukan mudah orang nak bukak cerita kisah silam yang macam ni.. mesti baca!

  • cerita yang menyentuh jiwa aku walaupun hanya sebuah reviu saja. Belum termasuk yang lain.
    sangilapi, Teruskan perjuangan dan perkongsian.

  • [...] boss punya blog – pesaing terdekat aku, zik [...]

  • yap. Aku pun suka masuk blog tersebut. Memang best baca.

  • titan: yap. Aku pun suka masuk blog tersebut. Memang best baca.  

    mmg best.. semakin hari makin best!

  • Lepas ni kalau ada yang nak novelkan kisah sangilapi, memang saya jadi pembeli pertama :)

  • Mr.Z: Tak kisah la pekerjaan apa sekalipun, asalkan ia halal maka insyaallah rezeki ada di mana2.. pengalaman yang bernilai tu..   

    ye..setuju sangat!

  • Kalau jadi pengomen terlampau kan dapat backlink sekali kan..