Siapa 5 orang kawan kamu?

Hari ini saya ada tugas khas untuk kamu semua, ambil satu kertas dan saya mahu anda menulis sedikit.. belum ambil kertas lagi.. pergi ambil.. ok sudah? tuliskan 5 nama kawan terapat anda.. ok sudah? bagus.. simpan dulu.. saya mahu bercerita..

Siapakah 5 orang tadi? Tahukah anda bahawa 5 orang tadi telah pun mempengaruhi anda dalam perlbagai aspek kehidupan dalam sedar atau tidak? Anda mungkin katakan tidak.. tetapi sebenarnya ya! Inilah dikatakan “the power of associate”. Ok mari kita lihat semula kepada lima orang tadi, secara tak sedar anda semua (5 orang tadi) mempunyai purata gaji yang hampir sama. Anda semua mempunyai purata taraf kehidupan yang sama dan anda semua mempunyai purata tahap kesihatan yang hampir sama. Anda semua juga mempunyai purata tahap kejayaan dalam hidup yang sama.

Oleh itu jika anda ingin meningkatkan pembangunan diri anda perlu keluar dari kepompong ini dan mula berkawan dengan orang2 yang lebih berjaya. Saya pasti tidak lama kemudian anda juga akan berjaya seperti 5 orang kawan yang berjaya itu.. dan ini dikatakan “the power of associate”

Ada kebenarannya dalam kata2 diatas.. tetapi ia bukan datang dari saya, saya hanya teringat tentang kata2 beliau dan kongsikan bersama disini untuk kita renung2kan..

Tips berjaya dalam blogging business

Monday blues lagi ke? Hmm bahaya ni.. Ok satu lagi tips yang saya mahu kongsikan disini adalah pengurusan masa. Orang kata masa itu tidak boleh dibeli oleh itu kita perlu bijak menguruskan masa yang kita ada. Sebagai seorang blogger full time saya juga perlu displin pada masa.. sama seperti kamu semua juga..

Tips pertama pengurusan masa adalah mengenalpasti yang mana satu keutamaan (priority) dan yang mana bukan. Ini penting supaya kita dapat memaksimakan pengunaan masa. Bagaimana melakukannya? sebenarnya tips ini telah diberikan oleh salah seorang boss saya dahulu. Begini, ambil satu kertas A4 dan listkan semua task2 (kerja2) yang perlu dilakukan pada hari itu. Lihat kembali semua task2 tadi letakkan nombor 1-important 2-normal dan 3-later. Nah sekarang anda sudah boleh mula berkerja dengan senarai tersebut dan katakan pada diri anda saya akan siapkan semua kerja2 ini pada hari ini juga. So hari2 anda lebih produktif! Selamat mencuba!

p/s: udah2 la tu bukak facebook dgn youtube..

Tips urusniaga di Internet

Mengikut pengalaman saya berurusniaga di internet adalah sama seperti berurusniaga dalam perniagaan offline. Tekniknya saya cuma medium urusannya berbeza satu dialam cyber dan satu lagi didalam dunia nyata. Ada penjual/pemberi service dan ada pembeli.

Satu tips yang saya boleh beri pada kali ini adalah “haggle” atau tawar menawar. Harga yang diberikan adalah harga muka bukan harga sebenar.. setiap produk yang dijual atau service yang diberikan bukanlah harga tetap, sudah tentu ada margin keuntungan 50%, 30% dan sebagainya atas harga kos produk.. Jika anda pernah duduk sebagai peniaga dan juga pernah duduk sebagai pembeli sudah tentu anda akan faham.. konsep tawar menawar..

Satu contoh yang berlaku baru2 ini, saya ada menjual satu produk bernilai (more…)

Masa untuk flush!

Saya masih teringat seseorang mengunakan perkataan flush untuk menterjemahkan keluar kan duit USD.. he he macam flush tandas la pula.. anyway sekarang is the best time to flush duit PayPal duit AdSense.. sebab sekarang tukaran matawang MYR>USD ditahap yang memuaskan pada ~3.3 berbanding 2-3 bulan lepas yang amat rendah sekitar 3.17. Saya sendiri pun telah flush duit paypal dan adsense saya.. apa tunggu lagi.. inilah masanya.. Cuba tengok exchange rate BNM..

Adakah blog anda kena hijacked?

Satu cara untuk kenalpasti blog anda kena hijack atau tidak adalah dengan mengunakkan google search. Apa yang saya maksudkan dengan blog yang telah dihijacked? Dua maksud satu theme wordpress pada blog itu ada code hack dan satu lagi blog anda kena spam comment.

Satu teknik yang amat mudah saya pasti anda semua mungkin telah tahu dan cuma tak terfikir untuk mengunakannya. Untuk mengesan kehadiran benda2 ini semua anda boleh gunakan google seperti berikut;

site:hujanbatu.com viagra

pada google search box. keyword lain2 juga anda boleh gunakan. Jika anda google result ada keluar, saya menasihatkan anda remove text tersebut dan jika pada komen blog anda.. silalah delete dengan cepat.

Mengapa? Jika anda sayang kedudukan blog anda digoogle dan sayangkan PR anda ambil tindakan dengan segera tentang kehadiran text2 ini.. sebelum google cantas blog anda.. take action!

Pengalaman Mendapat USD$1 Pertama

Blogging tidak lagi dinafikan sudah boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada seseorang blogger. Ada yang blog suka2 ada yang blog suka2 dan disamping menjana duit poket dari blog mereka. Pengalaman mendapat USD$1 dollar pertama pasti kenangan yang manis dan tidak dapat dilupakan.

Ok pengalaman pertama saya mendapat USD$1 dollar pertama pada tahun 2008, setelah berblogging selama 6 bulan barulah saya mendapat USD$1 dollar pertama. Lama juga sebab biasalah orang masih belum tahu blog saya itu. Jualan pertama adalah jualan (more…)

Ka Ching! USD$170 sudah masuk dalam PayPal

Yes Ka Ching! Bunyi yang paling best sekali bak kata pembaca blog saya ni. Ok hari ni saya lewat sikit buka email maybe tak ada sesuatu yang interested. Tengahari sikit baru buka.. wow sesuatu yang menarik sudah masuk dalam inbox saya..


Haa lihat la tajuk email tu.. You’ve got money! yes2..

Ok jum kita lihat siapa yang  menang dan berapa banyak sudah menang.. he he.. ha ha lihat sahajalah.. lumayan kan.. (more…)

Jangan terlalu tamak

Ok hari ni saya ingin berkongsi tentang pengalaman deal internet yang saya pernah buat. Pepatah ada mengatakan orang tamak selalu rugi. Beginilah yang saya dapat simpulkan tentang cerita saya ini. Begini beberapa bulan yang lepas saya ada mendapatkan perkhidmatan dari seseorang ni (orang Malaysia). Memang saya tak kenal dia dan tak pernah bersua muka. Saya ambil perkhidmatan beliau sebab saya tengok hasil kerja beliau amat baik.

Pada 10 deal yang pertama saya membayar beliau RM50 bagi satu kerja. Everyone happy. Apabila selepas 10 deal pertama itu beliau mengatakan itu hanya harga promosi bagi menunjukkan hasil kerja dan dedikasi beliau. Ok selepas perbincangan demi perbincangan saya (more…)

Domain paling hot di Malaysia

Saya dapat perhatikan ada trend domain name terkini di Malaysia. Ia merupakan satu sambungan perkataan seperti e-book, e-perolehan, e-dagang dan berbagai lagi.. Apakah trend domain terkini di Malaysia? Ia adalah sambungan domain oh_ _ _ .com satu idea yang baik dan mudah di ingati.

Pengunaan domain name ini berlaku atas kepopularan dua blog yang menceritakan kisah2 artis di Malaysia. Baru baru ini saya juga ada terjumpa blog ohmalaysia dot com. Hmm tetapi saya tidak search pula berapa banyak domain oh yang terlah didaftarkan..

Anyway kalau anda berminat daftar je la.. Mungkin domain seperti ohjohor dot com, ohmelaka dot com, ohkereta dot com, ohmlm dot com dan ohsistem piramid dot com juga boleh jika anda berminat..

Blogging kerja sampingan dan bisnis sampingan

Jika anda seorang yang celik IT dan tidak masih tidak mempunyai sebuah blog, anda adalah golongan yang dalam kerugian. Menghasilkan sesebuah blog dot com teramatlah mudah disamping dengan kehadiran CMS wordpress jadi semkain mudah dan cepat.

Blogging bukan lagi boleh diambil remeh, ia sudah menjadi platform untuk pelbagai guna. Blogging juga boleh menjana duit sampingan untuk anda, tidak percaya? Lihat sahaja berapa ramai orang bercerita tentangnya.. dan ramai juga telah berjaya.

Jika anda kesempitan wang dengan berblogging anda boleh mendapatkan sumber kewangan sampaingan darinya. Saya juga begitu pada (more…)