Berdoa di facebook adakah ia wajar?

Di hari Jumaat ini saya ingin kita renung-renungkan sesuatu yang menjadi kebiasaan. Ramai rakan-rakan kita yang menulis status facebook mereka dengan doa-doa yang dihajatinya padaNya. Bukankah itu urusan antara kita denganNya sahaja? Saya tidak kata ia betul mahupun salah, mari kita bincangkan.. apa pendapat anda?

Bantu saya pecah 100 orang subcriber blog

Orang kata berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Setelah sekian lama berkayuh perlahan-lahan akhirnya blog hujanbatu dot com telah menghampiri 100 blog subscriber. Kepada sesiapa yang masih belum subscribe blog update ke email mereka, silalah masukkan email anda ke kotak disebelah kiri dan klik subscribe! Ini bagi memudahkan anda membaca isi blog ini dengan hanya melalui email (boleh cover line sikit tak.. he he..). Bantu saya mecapai 100 subscriber blog hari ini juga.

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Esok kita semua akan menyambut hari raya haji, bagaimana dengan persiapan hari raya haji esok? kepada yang tidak sempat pulang ke kampung pada hari raya aidilfitri yang lepas luangkan lah sedikit masa anda untuk pulang ke kampung halaman untuk raya haji ini.

Jika kita ronda-ronda di masjid-masjid atau surau pasti dapat kelihatan kambing-kambing dan lembu-lembu sudah sedia tertambat untuk dikorbankan esok hari. Boleh juga kelihatan kanak-kank sibuk mengusik dan bermain disekitar haiwan2 tadi.

Selepas solat sunat hari raya, maka acara korban akan dimulakan. Kalau bercerita tentang korban saya (more…)

Pembakar motivasi hidup

Lumrah roda kehidupan sekejap diatas sekejap dibawah. Berniaga ataupun kerja makan gaji kita sering dihantui hilang motivasi untuk melakukan rutin harian kita, hilang motivasi untuk berkerja, hilang motivasi untuk mengembangkan potensi diri kita yang sebenar.

Saya juga seperti anda kadang kala hilang motivasi untuk memajukan diri sendiri, tetapi baru-baru ini saya dapat penyuntik semangat dan pembakar motivasi untuk terus berjaya. Apa yang saya buat? Pada hujung minggu yang lepas saya pergi melihat rumah contoh, maklumlah berkeluarga sudah, miliki rumah sendiri belum lagi.

Saya memilih pergi melawat rumah contoh yang berharga RM300k, datang ke rumah contoh itu disambut dengan mesra oleh (more…)

Branding yourself

Branding yourself ataupun dalam bahasa melayu penjenamaan diri dan blog. Kemunculan blog baru bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Adakah anda pernah fikirkan brand diri dan blog anda?

Pada pengamatan saya secara tidak disengajakan, nama Boss pasti semua orang tahu boss yang mana satu? Dalam dunia blogging di Malaysia sudah tentu boss hujan batu. Dan bile sebut hujan batu sudah tentu dari hujanbatu.com. Walaupun brand boss hujanbatu tidak disengajakan, tetapi ia dapat memberi kesan kepada pelawat dan pembaca blog saya ini.

Sinonim dengan peribahasa melayu (more…)

Simpan duit dalam PayPal adakah ia selamat?

Pada beberapa bulan dahulu pada matawang USD jatuh saya simpan USD dollar saya dalam PayPal. Ada saya kongsikan jumlah itu dengan rakan2 terdekat dan apa yang mereka kata adalah sama pada setiap kali melihat jumlah itu.

Apa yang mereka katakan? Mereka kata “gila kau simpan banyak2 dalam paypal, bahaya tak selamat?” kenapa pula tak selamat? Bukankah PayPal satu insitusi kewangan yang solid? Benar, tetapi dalam diri saya sendiri sedar keadaan ini, ini zaman itu hacker boleh access apa sahaja. Atas nasihat dan tekanan dari rakan2 saya pun cash out semua duit dalam PayPal saya sehingga kering kotang. :)

Selang beberapa minggu dan bulan keluar la pula kes kawan2 kita akaun paypal mereka di hack dan duit mereka dicash out tanpa kebenaran.

Kes yang pertama ialah (more…)

4 Tips Memilih WordPress theme yang terbaik

Pemilihan WordPress theme yang baik dapat menyerikan dan memberi first impression terhadap pemilik blog, jika blog themes anda kemas dan cantik tentu sedap mata memandang dan silap hari bulan advertiser pun minat nak iklan diblog anda. Berikut adalah tips sedikit sebanyak yang mahu saya kongsikan;

1. Pilih themes yang mempunyai kelebaran maksimum 1000px. Walaupun kini resolusi display pc dan laptop sudah meningkat akan tetapi masih ada lagi pembaca blog anda mengunakan resolusi 1024×768.

2. Pilih themes yang sidebarnya berkelebaran 250px sehingga 300px. Setelah blog anda mempunyai pembacanya yang tersendiri dan traffik mula meningkat dan advertiser mula mahu beriklan sidebar anda perlu bersedia menerima iklan 125x125px. Dalam susunan sebaris 2 kotak iklan maka lebar sidebar anda perlu sekurang-kurangnya 250px. (more…)

Video Nissan Fairlady milikku!

Semalam saya ada postkan tentang kereta yang saya baru beli iaitu Nissan Fairlady, ramai yang terkejut dan ramai juga yang tertanya. Siap sms, siap call dari orang kampung.. hebat betul dunia hari ini tak sampai 24jam yang lepas tetapi berita tentang saya beli kereta baru tersebar satu dunia.

Ada yang sms mengucapkan tahniah dan ada juga yang siap call bertanyakan kereta baru saya itu. Ada yang mahu pinjam ada yang mahu tumpang.. macam2 ada. Ada sesetengah yang tidak percayakan saya membeli kereta Nissan Fairlady itu.. terpulang kepada anggapan masing2. Kali ini saya ingin poskan video kereta Nissan Fairlady saya yang baru itu, harap kamu semua (more…)

Akhirnya Nissan Fairlady milikku!

Maaf kelewatan update blog ni, orang kata dapat madu sepah dibuang adakah saya dalam katergori itu? Ada sedikit kesibukan melayan kereta baru saya Nissan Fairlady. Walaupun kehidupan full time blogger kelihatan aneh dimata jiran-jiran dan orang ramai, tetapi orang kata diam-diam berisi.

Sebenarnya kereta ini bukanlah kereta idaman saya, tetapi entah bagaimana saya pun tidak tahu macam mana saya boleh terbeli kereta Nissan Fairlady ni. Ceritanya begini, (more…)

Resmipadi.com forum webmaster kental

Pada kali ini saya ingin kongsikan forum yang baru dihasilkan oleh rakan saya reza mohyin. Ini merupakan forum dimana webmaster, blogger berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain. Berkongsi maklumat, bersoal jawab dan belajar sesuatu yang baru.

Forum itu adalah forums.resmipadi.com, pendaftaran terbuka kepada semua tidak terhad kepada webmaster ataupun blogger. Kalau dulu kita ada alasan taupun mengeluh forum webmaster kebanyakkan datang dari luar dan dalam bahasa inggeris, kini tidak lagi kita sudah ada dalam bahasa melayu.

Ambillah peluang dan ruang ini dan manfaatkannya sebaik mungkin. Saya juga akan aktif diforum ini selaku moderator bahagian blogging, jumpa disana nanti. Anda boleh daftar sebagai member disini.