Cara tulis artikel yang berkesan untuk blog

Menulis artikel yang berkesan dan menarik adalah cara mengekalkan pelawat setia ke blog korang.. Bila artikel menarik dan berguna kepada pelawat korang.. tak usah risau diaorang tentu datang lagi..
Ada banyak blog pada masa sekarang.. bersepah2.. tapi aku tengok artikel2 diaorang macam tangkap muat jek.. asal boleh jek.. cerita pun ntah apa2.. tapi biarkan lah.. buang karen je tegur.. Kembali kepada matlamat korang kenapa bina blog? Jawapannya tentu lah nak buat online income.. Dah terang tujuan buat blog tadi? ok jum kita mulakan..
Gaya penyampaian artikel
- Terpulang kepada korang nak tulis dalam bahasa malaysia baku ke, ayat2 skema ke atau cara cakap perbualan biasa cam yg aku buat ni.. Tetapi aku nasihatkan gunakan cara penulisan cara percakapan biasa.. ia lebih mudah.. dan tak payah pikir2 nak buat ayat2 power camne..
Pilih tajuk yang menarik
- Ada dua gaya yang amat berkesan memilih tajuk artikel korang. Satu pilih tajuk yg menarik utk orang klik dan baca terus artikel penuh. cth:”Cara tulis artikel yang berkesan untuk blog” tajuk yg bersahaja, fokus, buat pelawat ingin baca terus.. jum kita bandingkan kalau tajuk artikel ni “Artikel2 best utk blog” hmm belum tentu ada yg nak baca seterusnya bukan?
- Cara kedua pilih tajuk artikel adalah tajuk jenis pertanyaan. Kalau tajuk artikel yg aku tulis ni dengan tajuk pertanyaan cth:”Bagaimana kekalkan pelawat dengan artikel2 blog yang hebat?” mudah dan membuatkan orang tanda tanya apakah yg ada seterusnya didalam artikel ni..
Menulis isi artikel
- Menulis artikel macam menulis karangan juga time sekolah2 dulu.. ada pembuka, isi dan penutup.
- Menulis pembuka artikel adalah sangat mudah korang boleh menulis isi penting utk artikel itu.. tak perlu ulasan pendek sahaja utk memancing pelawat utk teruskan membaca. Tak faham cuba tengok perenggan pertama utk artikel ni.. mudah kan..
- Bahagian isi adalah penulisan yg penting, disini korang tuliskan isi2 yg berkaitan serta ulasan2 dan penerangan. Fokuskan penulisan hanya berkaitan dengan tajuk artikel itu sahaja.. jangan merapu2 atau keluar tajuk.. Tulis dengan ayat yg mudah dan difahami oleh semua orang.. jgn gunakan perkataan sms plak.. menyampah org nak baca nanti.. Tulis dengan isi2 yg ringkas dan padat sahaja.. pentingkan infomasi dan bukan membebel kat blog korang tu..
- Penutup pula korang boleh menjemput pelawat ambil bahagian dengan suruh mereka komen tetang artikel ini atau buat satu soalan utk pelawat yg berkaitan dengan artikel korang tu.. ini penting agar komuiniti pelawat korang ada “human connection”..
Panjang artikel
- Artikel post2 korang jangan lah terlalu panjang.. sebab ini akan membosankan pelawat utk terus membaca. Biar simple, sempoi dan padat. Panjang artikel korang yg disarankan adalah dari 150-250 patah perkataan sahaja tetapi menarik dan padat.
Cuba praktikkan tips2 ni.. harap ia dapat bantu korang menambah ilmu menulis artikel blog dengan berkesan dan tidak hilang arah lagi. Orang kata first impression tu penting, sama jugalah dengan blog korang tu.. Pelawat yang datang ke blog mungkin sekali sahaja.. kalau artikel kat blog tu tak menarik.. sudah tentu korang juga yg rugi.. utk blog yg berjaya pelawat yg ramai itu penting.. jadi tuliskan artikel korang tu dengan berkesan dan menarik..
Artikel berkaitan:


artikel yang menarik akan memang menarik perhatian ramai…
yea yea gua tau laa kena buat artikel yang menarik… hahahhaa…
blog aku entah apa-apa daaa….
[Balas Komen]
takpe.. boleh perbaiki lagi tu.. cuba fokuskan niche blog ko tu.. tentu ok nanti..
[Balas Komen]
Aku pun tgh cuba menulis artikel menarik. Maklumlah, baru saja blogging.
[Balas Komen]
boss Reply:
October 11th, 2009 at 9:50 PM
mmg tulis la yg best2 sikit.. buat org tertarik.. baru melekat.. he he.. kene ayat power la katakan.. he he..
[Balas Komen]