Buat duit online?
$$$
Bila sebut duit semua orang akan pasang telinga, termasuk saya yang menulis artikel ini
. Kalau dulu skim part man telo, kepada skim cepat kaya dan skim, swiss cash, yang bukan-bukan dari MLM dan berbagai lagi.
Dalam era moden dan zaman internet ni skim2 begini berubah dari platform offline kepada platform online. Saya ingin kongsikan sedikit cerita dari kawan saya, saya bertanya pada beliau ada main forex? (foreign exchange) beliau kata dia tak ada tetapi adik beliau ada. Permainan penjual matawang antara dua matawang naik dan turun.
Beliau bercerita lagi pada saya, dia bertanya pada adik beliau kaedah permainan forex yang adik beliau lakukan dan adik beliau tidak dapat menceritakan dengan lebih jelas. Apa yang adik beliau buat adalah masukkan sejumlah wang dan automatik pulangan modal dan untung dapat pada setiap hujung bulan.. sound fishy? yeap!
Kami bertepuk dahi mendengar cerita tadi dan sudah terang2 itu adalah skim cepat kaya ataupun scam. Alahai sedihnya dah la pula sudah laburkan RM6k dan ada yang lain sehingga RM20k. Menjual buat duit dari internet yang bedasarkan forex! apa nak jadi ni. Tetapi tak tahu hujung pangkal tentang forex dan it beyond your own control! Hebatkan scammer zaman ini.
Duit mudah? Tak semudah itu kawan-kawan. Terus beliau menunjukkan website yang menawarkan skim itu dan terbukti webiste itu sudah under maintenance.. sah-sah itu sudah kapur duit orang. Teringat pula saya tentang cekerama di tv3 tiga skim AB taufan.. kesiannya. Jadi berhati-hatilah kawan2 tentang skim buat duit dari internet ni ada jalan yang benar ada jalan yang terpesong, jadi berwaspadalah jangan kena kapur..
Artikel berkaitan:


forex menda macam tu. haha..sah kena tipu nih..
Sudah pernah kena kapur semasa melabur di Forex.
mengikut orang..itu le akibatnya..ilmu pengetahuan takde..tu la..nak buat apa-apa memang kena ada ilmu..baru la kebal..:D
itu kesian betul kat dia, seeloknya semak lah dulu, biar ade hitam putih, tapi terpikir jugak scammer ni takkan hilang punya, ramai yang lepas graduate mungkin akan terjebak sebab baru kerja lagi-lagi orang melayu kita.
biasalah tu..biasalah tu..diorang tak tahu tu..