Blogging to Business

Akhirnya setelah sekian lama aktiviti berbloging telah dijalankan semalam secara rasminya aktiviti blogging saya ini disahkan sebagai satu perniagaan yang valid dan ada hitam putih. Pendaftaran perniagaan ini penting bagi saya sebagai seorang full time blogger.. kenapa dan mengapa?
Duit yang datang dari aktiviti blogging ini perlu disahkan dalam hitam putih, ini penting supaya sumber kewangan yang saya perolehi ini sah. Dengan terdaftarnya satu syarikat ini saya juga dapat mengelakkan tuduhan liar mana datangnya wang ini? duit apa? duit dari mana? duit rasuah ke? ke kau jual d***h?
Saya tidak nafikan fikiran ini ada tertanam dalam masyarakat sekeliling kita, mana taknya saya hanya duduk dirumah dan selalu ada duit? perasaan cemburu mereka yang berkerja makan gaji tetap ada.. Saya rasa semua full time blogger pernah merasai situasi ini.. betul tak?
Semalam seharian saya ditemani saudara rohaizad untuk membantu saya mendaftarkan perniagaan blogging saya, tunjuk ajar nature of business yang perlu saya daftarkan dan berbagai lagi. Terima kasih jad sudi luangkan masa untuk aku!
p/s: dalam sela masa menunggu, ada pelbagai cerita menarik yang kami borakkan, haa nak tau apa dia? tungguu..
Artikel berkaitan:- Tips berjaya dalam blogging business
- Jadual harian full time blogger
- Pasif Income vs Aktif Income
- Santai main bowling
- Topi Hitam atau Topi Putih?
Tags: blogging, blogging to business, daftar syarikat, hitam putih, ssm



Tahniah Boss, berapa kos untuk daftar syarikat tu eh?
tahniah boss…
memang best!
tahniah.
tunggu turn aku pulak.
tak mahal.. daftar yang paling basic.. hanya kos seluruhan sijil perniagaan dan daftar perniagaan sekitar RM70 setahun sahaja..
same2.. he he he..
mmg best pun.. terima kasih.. ok mari sama2 kita tunggu…
Wuhuuuu! Semakin mantap la boss! Congratzz bro…Ayam penyet SATU!
wah..kalu dut banyak memang org akan mudah utuk buruk sangka dgn kita kan..huhu
tak pelah boss yang penting kita tahu punca rzki tu halal..pedulikan mrka..
wah bestnya, sy tak leh nak daftar perniagaan selagi bekerja dgn goverment…
igt nak daftar gak guna nama wife takpun nama anak
boleh la cari makan boy… biar ada hitam putih selamat… daftar jangan tak daftar..
betul mulut tempayan boleh tutup .. mulut orang tak boleh.. rezeki yang halal.. amin..
oohh ye ke.. sedihnya.. hmm patut dihapuskan syarat tu.. macamana nak berdaya saing..
tindakan tepat memudahkan segala urusan di belakang hari nanti.
tepat sekali.. nanti nak buat pinjaman bank pun senang…
wahh move the next stages lah boss kita nie… kira senangla untuk urusan2 rasmi… nanti …
boss Reply:
April 15th, 2010 at 12:10 PM
upgrade sikit.. next move.. baru senang masa depan..
Aku nak tambah… RM 50 nama sendiri (dlm IC), RM 70 nama unik
Aku rasa ko dengan Ijad (dan lain2 full time blogger) tgh tunggu blogger diiktiraf sebagai satu profession.
that dream will soon a reality…
congrats… so actually kalau blogging kita daftar atas code bisnes apa ya bos?
pertanyaan tu mesti ada pada masyarakat.biasalah tu.
sekarang dah daftar syarikat nak takut apa lagi.
kod tak sure sebab diaorng key in kan ikut description business yang kita bagi..
tu la biasa kita sebelum daftar mmg takut2 nak daftar sebab.. takut leceh la.. dan tak tau procedure.. sebenarnya tak susah sgt pun..
ermm kalo daftar, jenis perniagaaan kita tulis sebagai apa?? blogging ke?
betul tu bro!
jenis perniagaan yang related kepada blog adalah bergantung pada servis apa yang ada pada blog itu.. contohnya kalau blog itu ada iklan2 yg disewakan daftarlah sebagai pengiklanan internet.. kalau blog tu ada jual barang.. daftarlah sebagai penjualan barangan di internet.
Sekarang ni perniagaan nak register online pun boleh. Last time buat proses dia cukup mudah dan sangat efisyen, dalam sehari siap semua.