Blogging bukan skim cepat kaya

Salam sejahtera kepada pembaca setia di hujanbatu.com, terima kasih saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin pohon maaf, kerana saya ada sedikit kesibukan untuk updatekan blog ini. Pada waktu ini saya sedang mengembangkan 2 lagi blog baru, sibuk update artikel dan setting2 blog itu. Tapi saya gagahi untuk update juga.

Ramai yang bertanya pada saya macam mana blog boleh menjana online income bagi mereka. Ada yang tak percaya dan ada juga yang agak impress dengan pencapaian saya. Begini, jika blog yang saudara saudari hasilkan mempunyai nilai pada para pembaca, maka anda tak perlu gusar dan pada satu masa nanti ia akan menhasilkan income pasif untuk anda.

“Content is the king!” kalau ada biasa dengar ungkapan ini, syabas anda semakin hampir dengan apa yang anda cari. Artikel yang baik, menarik dan bernilai pada pembaca anda adalah kunci kejayaan sesuatu blog. Kenapa saya katakan begini? sebab ia menghasilkan return visitor.

Jika anda baru pada dunia blogging ini, saya harap saudar saudari sabar sedikit teruskan berblogging, sentiasa update blog, muatkan artikel2 yang menarik. Bila anda boleh buat duit dengan blog? Belum lagi saya tak akan menyangka saudara saudari akan buat sebarang hasil dari berblogging dalam jangka masa 6 bulan lagi. Kuatkan semangat dan teruskan berblogging dan sentiasa ikut perkembangan hujanbatu.com

p/s: saya sendiri pun ambil masa 1 tahun lebih untuk mendapatkan USD$1 saya yang pertama!

Artikel berkaitan:

Tags: ,

3 Comments on “Blogging bukan skim cepat kaya”

  • sorry … aku komen lagi. jgn mare :P hehehe
    just nak tanya pendapat… so that leh tau yg aku ni tak la tersasar… ataupun memang betul2 tersasar. hehehehe
    based on apa yg aku dah baca sket sket kat internet dan beberapa sources online…
    secara amnya… paling penting ialah content…
    sbb content generate traffic….
    tapi nak buat content, kena ada keyword2 yg sesuai *yg mana keyword2 pulak buleh terbahagi kepada beberapa kategori…. ada vertical, horizontal dan apa ntah lagik…
    anyway… kasik content padat dulu… dan kasik visitor datang dulu…
    lepas dah nampak steady flow setiap bulan (or kalau terel, setiap hari leh dapat 100 visit ke. hehehehe)… baru la monetize ye dok? boh la adsense ke… ataupun affiliate programs ke… ataupun benda2 lain yg leh kasik mashuk uwang insyaAllaah….

    Setakat ni, ni kesompolan yg aku dah buat. adakah ianya totally salah? hehehe
    kalau salah, mahapkan daku. budak baru belajar… (budak yg dah tua tapi… :P )

    tq boss

    [Balas Komen]

  • alfian saya tak marah.. komen2 dari pembaca memang dialu-alukan.. teruskan komen2 anda…

    benar content yang menarik dan berguna kepada pembaca adalah kunci mendapatkan traffik yang banyak. Jangan kata 100 sehari.. 1000 sehari pun boleh.. teringat pula pada satu blog saya yang lain.. bermula dari 60+ pelawat sehari.. naik jadi 100 sehari pelawat.. saya giatkan lagi bagi artikel2 yang berguna pada mereka dalam setahun kemudian, pada hari ini blog itu sudah pun mencapai 1,300 pelawat sehari, kira2..39,000 pelawat sebulan! Selamat mencuba!

    [Balas Komen]

  • [...] beliau juga sedar yang blogging bukanlah skim cepat kaya. Untuk berjaya dalam adsense secara sekalipun, bukanlah kerja sebulan dua… malah makan tahun [...]

Hi, Stranger! Leave Your Comment...

Name (required)
Email (required)
Website
Message