Blog berhantu
Misteri nusantara kali ini membawa anda ke satu kawansan yang dikatakan berhantu oleh penduduk setempat.. tempat itu adalah blog anda! Ya blog pun boleh berhantu.. apa yang saya maksudkan disini blog yang dibina di update tetapi tiada siapa yang mengunjunginya.. anda siapkan santapan2 artikel hebat-hebat tetapi tiada pengunjungnya dan tidak ada sepatah komen pun disitu. Jika blog anda begitu, itulah dinamakan blog berhantu.
Untuk mengelakkan blog anda jadi berhantu adalah dengan kehadiran pembaca-pembaca dan komen-komen yang ditinggalkan. Kali ini saya ingin sentuh bab komen pengunjung diblog anda. Setiap kali saya login ke Dashboard saya, satu perkara yang membuatkan saya tersenyum lebar adalah komen-komen yang banyak dari pembaca setia blog saya.. Lihatlah ia betul-betul buat saya tersenyum bila lihat komen sebegini..

Komen-komen sebegini begitu mengembirakan dan menaikkan semangat untuk kita terus berbloging.. Tips pertama yang saya mahu kongsikan disini adalah bagaimana mahu pelawat meninggalkan komen diblog anda. Peraturan pertama adalah anda sendiri perlu melakukan blogwalking ke blog2 orang lain dan memberi komen pada blog mereka. Untuk mendapatkan perhatian pengendali blog itu untuk singgah sahur ke blog anda, berilah komen-komen yang bernas dan tinggalkan komen sekitar 2~3 komen setiap kunjungan kepada 2~3 artikel yang berlainan. Jangan lebih dari ini nanti dikatakan spam pula. Saya pasti mereka akan datang ke blog anda dan memberi komen mereka pula.
Tips yang kedua mengalakkan pelawat memberi komen diblog anda adalah dengan memasang plugin Top Commentator di sidebar blog anda. Dan saya nasihatkan setkan link ke blog Top Commentator to sebagai dofollow link. Dengan berbuat demikian saya pasti ramai komen2 yang anda akan dapat. Jangan terlalu kedekut dengan meletakkan nofollow pada link-link itu. Ia bagaikan satu hadiah kepada mereka yang rajin komen. Psikologinya jika Top Commentator yang simple pun anda kedekut mahu berikan dofollow link, apatah lagi infomasi yang berguna tentu anda kedekut juga mahu kongsikannya. Tiada tambah nilai diblog anda, pengunjung mula menghindari blog anda.
Tips yang ketiga pula, biarlah komen diblog anda itu dibuka selama-lamanya, tidak perlu komen ditutup selepas 14 hari. Bang , kak bukan semua orang datang blog kita dalam masa 14 hari, ada yang datang pertama kali keblog anda pada post satu tahuyn dahulu dan bila mahu letakkan komen, komen ditutup, memang menyakitkan hati. Anda mahu pembaca anda sakit hati? sudah tentu tidak. Persoalannya kenapa mesti perlu komen ditutup selepas 14 hari? Saya tidak dapat mencari rasionalnya..
Tips keempat, suruh mereka komen. Ini merupakan satu teknik untuk mendapatkan komen yang agak berkesan. Bagaimana untuk lakukannya? Mudah sahaja diakhir artikel anda buat satu kenyataan soalan yang berbunyi begini “Apa pendapat anda tentetang ….., Sila komen..”. Sesuatu yang mudah dan saya juga ada praktikkan dalam blog saya ini jika anda perasan, ternyata ini mendapat respon komen yang lebih banyak. Cubalah..
Komen-komen dari pelawat memberi kita satu lonjakkan emosi, memberi semangat untuk terus berblogging, saya harap anda boleh praktiskan tips-tips yang saya berikan dan mula mendapat komen-komen dari pelawat anda dan jangan biarkan blog anda diselubungi dengan misteri…
Boss | Hidup Seorang Blogger
Artikel berkaitan:


yezza…aku pun sedang hangat merasakan kemuncak blog personal. meman terbaik feeling dia bila tengok komen amsuk dari pembaca. lahi seronok tengok traffic mencanak-canak naik muahahahaha
boss Reply:
August 17th, 2010 at 12:38 PM
itu lah aku tengok semakin rancak.. tahniah..
He he he…apa yang aku faham untuk situasi sekarang ni adalah istilah berhantu lebih menjurus kepada sesuatu yang orang amat suka,fanatik,tergila-gila dan seangkatan dengannya,yang mana ianya menjadi satu fenomena yang luar biasa.
Yerlah….contohnya cerita drama ‘Nurkasih’…bermula dengan penonton yang tak seberapa sehinggalah tercetus satu fenomena di mana ramai orang telah mengikuti atau menonton cerita itu sehingga ke episod terakhir. Itulah yang dikatakan “berhantu”…
Orang juga kata FB itu sungguh berhantu…kenapa???
boss Reply:
August 17th, 2010 at 12:39 PM
he he betul juga.. ada orang berhantu=suka.. kena tukar tajuk ni.. kepada Blog sepi..
setuju dgn tip yg pertama, thanks boss psl sudi singgah di blog saya
balik rumah nanti aku nak install la yg top commentator tu..patut la rasa macam ada yang kurang je..thanks for sharing..atau dalam bahasa melayu:terima kasih kerana berkongsi..hehe
boss Reply:
August 17th, 2010 at 12:40 PM
sama2.. kita kongsi yang mana2 yang patut.. barulah rancak blog tu nanti..
aku pun dah nak hampir terbabas ni, risau takut niche blog jadi blog berhantu, hohohoo
boss Reply:
August 17th, 2010 at 5:15 PM
he he biasa la maybe terlepas pandang.. maklumlah banyak blog.. he he..
mijie Reply:
August 17th, 2010 at 6:42 PM
hahaaaa mana bleh lwn ko
ala.. once kita melawat blog orang, orang akan melawat blog kita balik.
jadikan hobi melawat blog org pada masa terluang
ingatkan blog tuh memang ada hantu… rupanya hantu2 tuh… aku… hehe
err boss andai kata blog kita nofollow camana nak p tukaq jd dofollow
boss Reply:
August 18th, 2010 at 1:04 PM
man, nofollow , do follow yang dikatakan pada artikel ini berkenaan setting Top Commentator tadi.. cuba tengok kat setting plugin ini..
komen ni lebih kepada satu hadiah bagi aku. Ada komen, itu umpama penghargaan dari pembaca kepada aku. Hoho..
boss Reply:
August 18th, 2010 at 1:05 PM
memang bertul.. kalau takde komen tu.. lemah je semangat nak update blog.. he he..
Salam.
Takut juga la kalo jadi blog berhantu, huhu =P
Memang seronot kalau tengok bertubi-tubi komen masuk ke blog kita, sampaikan tak larat nak membalas komen..
seronok bila tau yang komen2 aku pun dapat menaikkan semangat ko berblogging… teruskan usaha ko tu.. ko memang dahsyat !!!
erk.. aku masih belajar dofollow ngan nofollow neh… huhu.
hehehe.. masih bertatih lagi.. terima kasih BOSS kerana menurunkan tips yang berharga…
oh macam tu ke… terma kasih untuk info ni