Bagaimana buat duit dengan blog
Ada yang mengatakan jika anda “monetize” atau buat duit blog anda, anda seorang yang tamak, mata duitan, tak ikhlas dan berbagai-bagai lagi. Ada antara anda juga menjangkakan anda akan kehilangan pelawat setia blog anda. Tetapi jangan risau.
Pada pandangan saya jika anda ingin buat duit dengan blog anda, bagus teruskan tidak salah. Itu hak anda sebagai pemilik blog tersebut. Saya rasa anda perlu dihadiah sedikit wang atas usaha anda untuk terus mengemaskini kan artikel2 menarik dan berguna kepada pelawat blog anda. Saya rasa ini adalah wajar, nothing in this world is free right?
Ok, ramai juga tertanya2 bagaimana saya mahu buat duit dengan blog? Begini, pada permulaan anda harus tahu berapa ramai pelawat yang datang sehari ke blog anda. Pada pendapat saya jika pelawat blog anda sudah mencecah 100 orang sehari, anda sudah boleh mulakan buat duit dengan blog anda itu. Jika pelawat anda belum sampai ketahap itu anda perlu giatkan promosi blog anda.
Langkah seterusnya, anda perlu membuat satu page dengan tajuk Iklan atau Advertise pada blog anda, setiap pelawat yang datang tidak akan tahu secara automatik yang anda menyediakan ruang iklan untuk mereka. Cuba lihat2 ke blog2 orang lain bagaimana mereka menjual iklan diblog mereka, sediakan sales page yang berpatutan dengan kesesuaian blog anda.
Artikel berkaitan:- 2 Jenis Advertiser Anda Tahu
- Buat duit dengan nuffnang
- Asas buat duit google adsense
- Pengalaman Mendapat USD$1 Pertama
- Akhirnya dapat juga duit dari ClickBank
Tags: bagaimana, buat duit dengan blog, monetize, tips



itulah salah satu cara nak buat duit dengan blog kita. Apapun, semuanya bergantung pada kita. Mahu atau tidak.
Hi Boss, terima kasih untuk tips berguna ni.. cuma saya mati akan macamana nak promo blog BM saya untuk dapat ramai pelawat selain sepah2kan komen ke blog yang lain dan join bermacam-macam forum (setakat ni forum tak join lebat mana). ape2 pun saya akan dalamkan lagi ilmu saya dengan membaca blog Boss
kalau nak promokan blog bm ini kita perlu ada content yang menarik.. cuba selitkan serba sedikit isu semasa.. jgan banyak sgt nanti jadi news blog pulak.. cuba tulis dari hati (macam blog sangilapi..).. penulisan biar unik dan berguna pada pembaca.. byk lagi.. tapi itu yang saya nampak dari blogjogging saya..
Sambil2 bergembira ber blog..kalau leh wat duit…memang seronok..lagi2…modal nya penulisan yang baik je pun. huhu…akan saya praktikkan bila blog dah mantap. Lets jump!!!