Komisyen dari affiliate marketing

Pada minggu yang lepas saya mendapat sepucuk surat yang sekali imbas tanpa membacanya ia bukan dari Malaysia, gaya2nya seperti surat dari Google AdSense. Surat dari US sekali imbas memang kita sudah boleh baca dari segi formating dan font yang halus2 mereka gunakan.

Dilihat dari setem surat itu ternyata ia dari SanFrancisco, CA. Sah dari US. Hmm surat ini bukan surat google adsense, surat apa pula ni? (more…)

Contact Form terbaik untuk blog anda

Masih ingat post saya tentang setiap blog perlu ada tuannya? Jika belum boleh bacanya disini. Setiap blog yang kita bina seharusnya mempunyai contact information, sekiranya ada isu-isu legal berbangkit yang tidak kita sedari.

Sekurang-kurangnya kita perlu ada email diletakkan pada about page ataupun di contact page. Meletakkan email kita pada setiap blog ada kelemahanya iaitu email kita akan terdedah kepada spam robot dan inbox kita akan dispam. Ada beberapa cara kita boleh buat bagi hiddenkan email kita itu antaranya adalah dengan mengantikan @ dengan [at] ataupun {at}. Contohnya boss[at]hujanbatu. Cara yang lain pula adalah dengan mengantikan text email address anda kepada email address daripada image, ini lebih selamat dari spam crawler bot.

Walau bagaimana pun cara yang terbaik (more…)

Proton Saga FL

Proton-Saga-FL

Hmm nampaknya saya ada ketinggalan sedikit tentang perkembangan automotif negara. Proton Saga BLM telah pun diberikan nafas baru dengan nama Proton Saga FL. Apa tu FL? FL bermaksud face lift yang kebiasaannya dilakukan oleh pengeluar kereta dengan sedikit pembaharuan dari segi rupa luaran dan dalaman.

Semasa melalui PLUS KL Seremban, saya ternampak satu billboard yang besar menunjukkan kereta Proton Saga FL, wah produk baru macamana boleh tak perasan. Kepada anda yang ketinggalan seperti saya Proton Saga FL dan Proton Saga BLM adalah kereta yang sama, rangka utama lebar dan panjang juga sama. Sedikit pengubahsuaian untuk face lift ini. (more…)

Buat duit dengan forum

Kerja dari rumah ada pelbagai caranya, jika dipandang dari sudut online blog adalah salah satunya yang banyak saya sentuh dalam blog saya ini. Selain blog forum juga boleh buat duit online kepada kita. masih kabur mari kita beberapa kes study yang saya perhatikan semenjak dua ini.

Oleh kerana salah satu hobi baru saya adalah sukan rc drifting (remote control car drift) saya kini sering bertandang di forum d1-10rc.com dimana kesemua ahli forum itu adalah pemain rc drift bermula dari beginner sehingga ke expert level. Mari kita lihat cara monitize ataupun possible monitize yang admin forum itu boleh lakukan. (more…)

3600 komen dan 2336 spam komen

Hari ini semasa didashboard wordpress saya, ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Ia adalah angka komen terkumpul sejak penubuhan hujanbatu dot com, sungguh tak terjangka ia telah menerima 3600 komen genuine dari pembaca blog! Terima kasih semua.

Dan tidak terjangka juga blog saya menerima 2336 spam komen. Jika dihitung secara peratusan ia menjangkau 39% dari komen diblog saya adalah spam komen. Apa itu spam komen? (more…)

Selamat Tahun Baru 2011

Tahun baru tiba lagi, tahun 2010 berlalu begitu pantas. Rasanya seperti sekelip mata sahaja. Bagaimana dengan prestasi anda pada tahun yang lepas? atau lebih spesifik lagi pretasi blog anda? Bagaimana pula dengan online income anda? Baik, kurang baik, lebih kurang sahaja?

Bagaimana pula dengan saya? Setakat ini sederhana sahaja, masih banyak lagi peningkatan dan pembaharuan yang perlu dipelajari. Pada tahun 2010 merupakan turning point bagi kerjaya dan kehidupan saya, dimana saya telah mengambil keputusan untuk beralih arah dari seorang engineer kepada seorang blogger sepenuh masa. Banyak cabaran yang perlu saya lalui, walaupun ia seperti nampak mudah tetapi ia tidak semudah yang disangkakan.

Menyentuh tentang potensi menjana online income pada tahun 2011, saya jangkakan (more…)

Gathering Blogger Selatan 2010

Pada 25-26 Disember 2010 yang lalu, kami keluarga blogger selatan telah bercadang membuat percutian hujung tahun bersama-sama. Syukur segala yang dirancang telah berjalan lancar dan kesemua perserta gembira dan berpuas hati. Gathering kali ini disertai oleh blogger boss, rohaizad, ezad, wanmus, cyza, shaffik, nueaman dan zamrin. Buat makluman semua aktiviti ini adalah aktiviti percutian yang pertama kami anjurkan dan kami berkonvoi 7 buah kereta ke Mersing, Johor. Perjalanan dari JB ke Mersing mengambil masa kira-kira 2 jam lebih dan merangkumi 130km.
Pada pagi 25hb lokasi berkumpul yang pertama adalah di Stesyen Petronas Ulu Tiram pada pukul 10 pagi. Saya terlambat sampai, biasalah saya ingatkan diaorang ni lambat sikit2.. sekali semua on time la.. siot betul. Time makan NAP punyalah leleh2 sorang2 datang. Time ni on time pula. Setelah kesemua ahli sampai perjalanan dimulakan dari Ulu Tiram ke Kota Tinggi, rehat sebentar minum pagi disana. Makanan tengah hari sudah (more…)

Akhirnya dapat duit nuffnang

Salam sejahtera kepada semua dipagi Isnin, monday blues lagi ke? Saya bagaimana pula? Tak sangat.. tetapi badan masih kepenatan sebab hujung minggu yang lepas baru sahaja bercuti-cuti Malaysia bersama blogger2 selatan di Mersing. Sepatutnya entri unutk hari ini adalah update cuti-cuti Malaysia bersama blogger2 selatan di Mersing tetapi gambar dari photographer belum dapat, esok la saya updatekan.

Ok balik dari bercuti saya pun buka akaun nuffnang saya, akhirnya saya berjaya memperolehi (more…)

Perasan sesuatu yang lain pada Google?

Google dan internet memang tidak dapat dipisahkan lagi, giant corporation ini menjadi gateway dalam dunia internet. Love or hate them anda kena terima kenyataan mereka adalah gate keeper.

Dua perkara yang saya dapat perhatikan baru baru ini tentang google adalah pertama, Instant search iaitu search result dari keyword yang anda taip memberikan serta merta. Ada tidak perasan? mungkin line internet anda perlahan. Feature instant result dari google hanya diactivatekan jika line internet anda laju dan membolehkan google feed result as you type it.

Kedua, adalah iklan google pada SERP atau search result. Dulu saya kurang kesah, tetapi sekarang saya perlu kesah. Jika anda pemain adsense anda perlu juga kesah. Iklan diSERP google semakin (more…)

Sessi borak-borak bersama blogger JB

Malam ini saya berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan blogger JB, sambil2 menjamu selera Nasi Ayam Penyet menjadi menu utama. Antara yang hadir, mengikut turutan kehadiran ditempat makan, zaki, shaffik, ahmad, boss, ijad dan ezad.

makan time, memang tak ingat dunia punya.. sambal.. menangis pedas.. ha ha

Ini adalah perjumpaan terakhir bagi kami berbincang tentang percutian kami di hari cuti umum yang akan datang. Mengikut tentatif perancangan kami akan berkumpul sekeluarga di sebuah (more…)