Blogging kerja sampingan dan bisnis sampingan

Jika anda seorang yang celik IT dan tidak masih tidak mempunyai sebuah blog, anda adalah golongan yang dalam kerugian. Menghasilkan sesebuah blog dot com teramatlah mudah disamping dengan kehadiran CMS wordpress jadi semkain mudah dan cepat.

Blogging bukan lagi boleh diambil remeh, ia sudah menjadi platform untuk pelbagai guna. Blogging juga boleh menjana duit sampingan untuk anda, tidak percaya? Lihat sahaja berapa ramai orang bercerita tentangnya.. dan ramai juga telah berjaya.

Jika anda kesempitan wang dengan berblogging anda boleh mendapatkan sumber kewangan sampaingan darinya. Saya juga begitu pada satu ketika dulu. Blogging tidaklah terlalu sukar ramai yang melakukannya sebagai kerja sampingan, orang kata buat duit poket. Tetapi berapa banyak? Jika anda baru menceburi bidang blogging ini saya jangkakan anda pasti boleh menjana RM200 hingga RM500 sebulan! Banyak bukan.

Blogging juga boleh dijadikan sebagai kedai digital, jika anda berminat dalam dunia perniagaan anda juga boleh membuat bisnis sampingan dari blogging. Anda juga boleh mempromosikan barang jualan anda diblog anda. Anda tidak yakin? Saya ada dua rakan saya yang dapat saya racunkan mereka.. he he.. supaya menghasilkan blog untuk jualan mereka. Alhamdullilah mereka dapat membuat bisnis sampingan dan duit poket dengan blog2 mereka. Jom kita tengok blog mereka;

Arkeddesa mendapat keuntungan empat angka sebulan dari blog ini

My blink blink brooch mendapat keuntungan tiga angka sebulan dari blog ini

Hebat bukan? Anda bila lagi? Mulakan kerja sampingan dan bisnis sampingan dengan blog hari ini juga!

Bagaimana buat duit dengan blog

Ada yang mengatakan jika anda “monetize” atau buat duit blog anda, anda seorang yang tamak, mata duitan, tak ikhlas dan berbagai-bagai lagi. Ada antara anda juga menjangkakan anda akan kehilangan pelawat setia blog anda. Tetapi jangan risau.

Pada pandangan saya jika anda ingin buat duit dengan blog anda, bagus teruskan tidak salah. Itu hak anda sebagai pemilik blog tersebut. Saya rasa anda perlu (more…)

Topi Hitam atau Topi Putih?

Teringat saya pada satu pertemuan antara blogger2 yang seangkatan, ada yang baru ada yang sudah lama. Saya ada sedikit berkongsi cerita dengan mereka tentang kejayaan saya menjana online income dari blogging. Sedikit senyuman terukir pada wajah saya apabila salah seorang dari mereka mengelarkan saya “otai” dalam bidang ini dan beliau sempat menukar nombor telefon saya untuk rujukan masa hadapan. Saya sendiri pun tidak mengelarkan apa2 pada diri saya sendiri sebab saya tahu pencapaian saya tidaklah sehebat mana. Tetapi apabila seseorang meletakkan gelaran sebegitu ia merupakan pengiktirafan pencapaian saya, terima kasih.

Berbalik kepada dunia blogging ini, ramai juga rakan2 yang meminta tunjuk ajar. Malah ada diantara mereka sanggup membayar (more…)

Sebab musabab tak sempat update blog

Ramai rakan-rakan saya tertanya2 mengapa tak update blog hujanbatu ni, hmm biasalah sibuk sikit tengah berlatih selesaikan rubik cube.. he he.. Tetapi insyaallah sekarang ni adalah sedikit kelapangan jadi blog ini akan aktif semula.. Ok sementara tu korang layan video ni dulu ok!

ada mau komen.. postkan jek kat bawah tu..

Apa itu SEO?


Saya telah beberapa kali menyebut SEO didalam post saya yang lepas2. Apa itu SEO sebenarnya? SEO ialah singkatan untuk Search Engine Optimization. Kalau dalam bahasa melayunya Penyesuaian Enjin Pencarian. SEO ini biasaya kita katakan berkaitan dengan search engine no 1 iaitu google.

Antara salah satu teknik SEO ialah meletakkan link blog anda ke blog orang lain. Antara teknik yang asas telah google gunalan untuk menjana result search adalah dengan mengira berapa banyak link blog anda pada website2 atau blog2 yang lain. Dengan erti kata lain semakin banyak link anda di blog2 orang lain, lebih tinggi lah kedudukan blog anda di mata google. Teknik ini juga dinamakan teknik membina backlink.

Ada dua bahagian dalam teknik SEO ini. Bahagaian pertama adalah kata kunci atau anchor link dan bahagian kedua adalah link website anda. Ok, bila penguna mencari sesuatu di google mereka akan menaip kata kunci didlam kotak carian. Jika anda ingin menaikkan result google link blog anda, anda perlu kaitkan blog pada sesuatu kata kunci. Contohnya jika hujanbatu.com mahu kan kata kunci kuih raya maka link pada blog orang lain saya perlu letakkan seperti ini;

<a href=”http://www.hujanbatu.com”>Kuih raya</a>

Jika anda ingin membina backlink pada komen sesuatu blog, gunakan kata kunci pada box nama dan link apda box url. Ini juga serupa dengan kod diatas. Selamat mencuba!

Masih mencari domain name yang sesuai?

Saya faham mendaftarkan domain idaman kadang2 menjadi sesuatu yang sukar. Mungkin domain name itu telah didaftarkan dahulu oleh orang lain. Bila cuba nama lain pun dah kena ambil. Cuba2 lagi pun semua sudah kena ambil.

Jangan risau anda juga boleh gunakan tanda “-” dalam domain name anda. Contohnya money-talk.com atau money-mind.com

Ada yang mengatakan tidak elok mendaftar gunakan tanda tolak dalam domain name. Sebenarnya ini tidak benar sama sekali. Kalau tidak percaya google pun tidak finalize domain name yang ada tanda tolak. Oleh itu kalau anda mengejar SEO kata kunci anda. Daftar sahaja domain name dengan tanda tolak sekali.

Duit dan realiti kehidupan

Duit adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan harian kita. Lihat sahajalah berapa banyak masa yang kita telah habiskan untuk memperolehi duit. Dalam seminggu kita sebenarnya telah menghabiskan kira 71% dari masa kita untuk berkerja. Let face it, ada orang kata dia bekerja kerana dia berminat nak buat benda tu. Dia kata itu adalah cita2 dia..

Akan tetapi hadapilah saudara saudari sekalian dihujung hari duit juga jadi kayu pengukurnya.. Eh kenapa kau berhenti kerja? Oh.. gaji kat company tu sikitla.. aku dah offer lain bagi gaji lebih besar. Haa lihatlah betul tak?

Menjana online income dari internet tidak pernah terfikir bagi saya akan menjadi serius dan telah pun menjadi sumber income utama saya. Income dari internet ini kini lebih besar dari gaji saya dan ia telah stabil menjana pulangan semenjak satu tahun yang lepas. Alhamdullilah syukur.

Tetapi ada suatu kelainan dalam diri saya.. Saya telah berjaya memperolehi sumber pendapatan yang agak lumayan tetapi tidak terasa pun dalam diri saya seperti orang yang banyak duit. Hmm pelik, ntah la.. Mungkin saya memang jenis orang yang telah dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan lalui perit hidup dengan sumber kewangan terhad! Bila saya memperolehi sumber kewangan sampingan saya amat menghargainya.. kena bezakan keperluan dan kemahuan..

Saya suka skodeng


Pada masa kini harga sebuah laptop amatlah murah dan semua orang boleh memilikinya sendiri. Saya masih ingat pada satu ketika dahulu harga minimum sebuah laptop adalah sekitar RM4000~RM5000. Tetapi lihat lah sekarang laptop RM900 pun ada, dahsyat betul.

Mengikut perkembangan ini, maka ramailah penguna2 laptop di Malaysia ini. Kalau dulu pemilik laptop melepakkan diri di Starbuck tapi kini kita boleh lihat kat kadai mamak, kfc, mcD, tecso, giant, booth orang jual kat giant, kedai warung tepi jalan pun orang bukak laptop. Di tambah pula dengan kewujudan wireless broadband.

Haa, satu perkara pelik yang aku suka buat adalah skodeng penguna laptop2 ni.. he he.. bukan skodeng apa tgk ape benda yang diaorang gunakan laptop diaorang tu. Mana tau ada lubuk duit kat mana2 he he.. Tetapi dari aktiviti skodeng aku tu, diaorang ni mengunakan laptop untuk tengok YouTube, Facebook dan YM sahaja. Hmm sayangnya masa yang dibazirkan. Kan bagus masa2 terluang tu buat duit dari internet atau baca blog aku ke.. ada la juga masyuk ye tak.. he he..

Ok la terpulang pada diri masing2.. so jaga2 jangan kena skodeng dengan aku .. he he.. :P

Duit Autopilot

Apa yang saya betul2 gemarkan tentang google adsense ini, duit yang dijana dihasilkan secara automatik. Duduk, tengok tv, makan, tidur pun ia tetap berjalan.

Income dari adsense ini lebih adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkannya, anda tak perlu kerja keras, cuma kerja bijak (work smart). Pendekatan menjana online income dari adsense mudah kerana ia tidak memerlukan kita menjual barang, menjemput orang dan sebagainya. Apa yang anda perlu lakukan hanya meletakkan iklan adsense di blog atau website anda sahaja, terlalu mudah. Nak mudah macamana lagi tu.. :P

Ingin mencuba? Sebelum sign up program adsense ini, saudara sudah ada blog? atau website? Kalau belum buat ini dahulu.. Tidak pandai.. ikuti post di blog saya yang seterusnya..

Program buat duit yang saya paling suka

Setelah ramai membaca blog saya, ramai yang tertanya2 apakah program menjana online income yang paling saya minati dan memberi pulangan yang baik. Memang benar ada banyak program internet yang memberi pulangan yang lumayan, tetapi bagi saya program Adsense adalah yang paling saya minati.

Google AdSense

Tapi kenapa Adsense? Saya tahu ramai yang telah mencuba Adsense dan hanya menjana pulangan sekitar $1~$5 dollar sebulan. Tapi ini tak bermakna anda tak boleh buat lebih dari itu. Saya dahulu pun begitu, agak kecewa juga setelah mencuba untuk 6 bulan bersama Adsense. Saya berlajar optimizekan Adsense seorang diri dan tidak ada guru. Saya gunakan kaedah cuba jaya (trial and error).

Tetapi beberapa bulan yang lepas saya sudah dapat jumpa intan dalam Adsense! Saya kini telah menjana lebih dari RM empat angka sebulan hanya dari Adsense saya! Dan setiap bulan juga dengan senyuman manis mengisi borang western union cash out duit Adsense. Kenapa tak percaya.. tunggu post2 seterusnya kita gali lagi dalam dan terperinci.. Tunggguuu…