Apa itu Google PageRank?

PR, page rank kita selalu dengar para blogger kita sebut2 tentang perkataan ini, tapi apakah yang sebenarnya mereka katakan? Apakah yang mereka seronok sangat bercerita tentang PR blog mereka? Adakah saya perlu ambil tahu tentang PR ini?
PR perlukan aku kesah?
Baiklah untuk menjawab persoalan ini, kita pergi satu persatu. PR adalah kata pendek bagi perkataan Page Rank (Tangga Mukasurat). Definasi PageRank adalah satu algorithm sistem yang diperkenalkan oleh Google untuk menganalisa berapa penting sesuatu blog atau website dalam carian di internet. PagerRank diukur mengunakkan nombor 0~10. PR0 adalah tangga tercorot dan PR10 adalah tangga terbaik.
Oleh itu jika anda mempunyai blog atau website PR yang tinggi adalah seperti penganugerahan bintang kepada anda. Ia boleh dikatakan anda mempunyai blog yang bagus. Apa pula kaitan PR yang tinggi dengan saya sebagai blogger? Soalan yang baik.. apabila blog anda mempunyai PR yang tinggi nilai blog anda juga akan meningkat pada mata advertiser, oleh itu harga pengiklanan diblog anda juga akan naik dan mereka sanggup membayar lebih.
Dapat PR = Dapat $$$
Bagaimana mendapatkan PR ini? Salah satu kaedah mendapatkan PR ini adalah dengan menghasilkan inbound link (link masuk ke blog anda) di blog atau website orang lain yang mempunyai PR yang lebih tinggi dari PR blog anda. Kaedah ini dinamakan membuat backlink. Lagi banyak backlink yang ada ke blog anda, semakin tinggi peluang anda mendapatkan PR yang lebih tinggi.
Bagaimana mahu check PR blog anda? Anda boleh check PR blog anda di http://www.checkpagerank.net anda hanya perlu masukkan URL penuh anda dan security code dan anda boleh lihat berapa pagerank blog anda. Cuba masukkan blog http://www.hujanbatu.com ha PR0 aiseh? Alamak kena tolak.. he he hari tu dapat PR1 tau blog ni.. takpe saya akan bangunkan PR blog saya ini kembali ke PR3 sekurang2nya..
PR ini tidaklah diupdate pada setiap hari ataupun disetiap bulan Google ia hanya diupdate dalam 3 atau 4 bulan sekali. PageRank update yang terakhir update pada awal bulan April 2010 yang lalu, sebenarnya tiada announcement rasmi oleh google setaip update. Tetapi tidak perlu risau bila PR update blogosphere ni pasti kecoh PR update! PR update! Bila PR update yang seterusnya? Ha sudah dekat PR update sebenarnya ini bulan ini atau bulan depan.. tiada siapa yang tahu.. kita tunggu..
Artikel berkaitan:- Google PageRank sudah update!
- 2 Jenis Advertiser Anda Tahu
- Adakah perlu saya ambil tahu tentang google plus one?
- Buat Online Income dengan Blog (Bhg 3)
- Apa itu SEO?
Tags: apa itu pagerank, google, pagerank, PR, update



ingatkan PR dah update.. erm susah gak nak maintain kalau dah dapat pr tinggi tuh.
aku pun igtkan PR dh update td haha..
PR mmg penting
masih ada masa lagi nak buat backlink ..:D
belum update lagi.. hmmm biasalah dah dapat kena maintain la.. rajin2 update..
haha nampak macam semua nervous jek tunggu PR update.. sabar2 tak lama je lagi.. apa pun bila aku dapat news aku bagitau..
he he backlink mmg kena selalu buat.. penting tu.. baru dapat PR cantik..
wah info yang menarik.. thanks
oo ok baru jelas sikit pasal PR ni.. agak blur juga sebelum ni.. anyway thanks
debaran WC 2010 sudah berlalu sekarang tiba masanya debaran PR update pulak
pr memang sangat dititik beratkan oleh blogger. setiap keniakkan pr melambangkan duit poket blogger itu sendiri. Tapi, at a certain case, ranking website pada SERP lebih banyak memberikan $$ dan ia nya adalah passive wow! Sorry boss, off topic =)
nampaknya…selepas demam piala dunia, demam PR update pula yang melanda..:)
Struggle to get PR. hohoho!
sudah semestinya! he he bila la gaknye.. macam lewat jek..
betul kalau SERP cun lagi la best, tu boleh buat point demand harga lagi tinggi..]
yes.. bila la agaknya nak update ni.. aiseh.. kita sama2 tunggu..
everyone is…
hoo kalu dah ada link dah kira ctik le tu hehee..baru tahu
lagi kesian kat saya ni bro..
walaupun sy ni masih dikategorikan “newbie”
sy teringin gak nak gitu..
tapi tak kesahlah..
janji sy dapat dgn berblog ni pun dah cukup..
salam ukhwah hujanbatu…=)
banyakkan link luar dari blog.. pasti PR naik..
banyakkan pembacaan, lama2 nanti pandai.. maybe next time saya cerita lagi tentang pagerank ini.. selamat datang.. selalu singgah ye..
hehe..setakat ni tak kecoh lagi..berdebar tunggu PR blog yang amat laju income adsense tu..hehee..ada 2 dah skang ni..baru je bina dah ada regular visitor..targeted plak tuh..haha
…uishh.. mengganas bro..
aku igtkan dah update sbb ada satu niche blog dari pr1 turun jadi pr0, hampeh punya google
pergh dapat tarik traffik skali tu.. mmg bonus.. dapat adsense lagi.. ni kena skodeng ni kat mana blog ko tu.. he he..
pr1 satu mmg tak stable lagi bila2 masa boleh drop ke pr0, he he nampaknya ramai yang tak sabar tunggu pr update.. tunggu..
Emm, maybe akhir bulan 7 ni kot PR update.. hehe..
sama2 kita nantikan..
saya tak berapa nk faham.saya check laman ni punya rank. kenapa 0 sedangkan ramai orang singgah di sini. apakah kreteria2 yang diorang buat utk meng’rank’kan sesuatu web/blog?
PR tidak berkait rapat dengan visitor, ia berkait rapat dengan berapa banyak backlink sesuatu blog itu ada..
boss..nak tanya pendapat boss sendiri la kan
saya cuma ada satu je soalan, adakah pagerank benar-benar sangat penting pada tuan punya pengelola website?jika ianya penting, kenapa dalam keputusan carian sesuatu keyword kita, banyak je website atau blog yang pagerank kosong menduduki tempat pertama keputusan carian?
kalau kata backlink dari pagerank tinggi mempengaruhi keputusan carian, saya bersetuju, tapi kalau pagerank website kita penting untuk keputusan carian, saya rasa ianya adalah mitos, sekadar pendapat
sebab biasanya, banyak jer autoblog saya, website saya yang PR 0 ada dalam page pertama..tu yang cuba fikir..hehe..tak tahu kat mana kebenaran PR tu akan mempengaruhi tangga no 1 tu…