Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 1)
Akhirnya pada Isnin 1.25 pagi saya tiba kembali ke rumah, perjalanan yang amat jauh dan meletihkan kira kira 2235km dan mengambil masa 2 minggu. Sesuatu yang memenatkan tetapi memang puas berjalan. Kalau nak bercerita lagi la sampai termuntah2 rasanya korang membaca.. banyak betul.. Jum tengok mana saya habiskan cuti cuti Malaysia saya..
Johor Bahru ke Batu Kikir, Negeri Sembilan
Perjalanan saya bermula dari bandar raya Johor Bahru ke Batu Kikir, Negeri Sembilan pergi balik kampung orang rumah saya. “Batu Kikir.. jambatan bosi.. gulai udang.. sebelango..” dan takdo dah jambatan bosi, dan ganti jambatan konkrit skarang ni ha.. Suasana kampung memang menyejukkan mata penuh dengan ladang sawit, udaranya nyaman sejuk walaupun tengah hari buta. Tak panas sejuk je.. Jalan2 melawat keluarga mertua disana, sambil atuknya boleh melepaskan rindu kat cucu barunya itu.

pokok sawit dan getah jadi sumber ekonomi tempatan kampung tu..
Batu Kikir, Negeri Sembilan ke Jeram Toi
Selepas puas bercuti dikampung halaman, perjalan diteruskan ke Seremban pula melawat kakak ipar. Dalam perjalanan kesana melalui bukit tangga, memang berliku2 macam bukit akina la pulak berketinggian 330 meter dari aras laut. Saya singgah sebentar ke Jeram Toi. Pergi mandi air jeram pulak.. menyamankan.. terasa lama tak pergi ke kawasan hutan menhijau ni.. sejuk je mata memandang. Mandi air jeram ni syok juga sejukk! Paling best pergi mandi direct bawah air terjun tu.. berketul2 air tu menghentam badan dan kepala.. masih teringat dan terasa lagi pengalaman hari tu..

Tu dia bukit akina.. layan corner..

Atas bukit tu.. 330 meter dari aras laut..

Jeram Toi belok kiri.. ye..

“Tiba ke destinasi.. sebelah kiri” kata GPS aku la.. memang senang berjalan bila dah ade GPS ni.. seronok pula.. makin kuat berjalan la nampaknya aku ni..

Akhirnya tiba.. bestkan gi tempat macam ni.. orang tak berapa ramai maklum lah bukan hari hujung minggu.. desiran air terjun sudah dapat kedengaran..kicauan burung2.. ungas2 membuatkan tak sambar nak mandi manda.. udara pun lembab desebabkan embun air terjun tu..

Hutan Lipur jeram Toi.. lama betul tak pergi tempat macam ni.. udara segar.. pokok2 menghijau.. memang menenangkan fikiran yang kusut masai tu.. best2..

Inilah tempatnya.. bertingkat2 jeram ni.. tapi saya tak pergi sampai atas.. takat yang tingkat kedua je pergi..

tengok air yang mengalir tu.. sejuk, jernih dan damai.. rilex je pemandangan..

air terjun nya tak besar tapi puas mandi..sebab tak ramai orang datang time tu.. duuushh bunyi air terjun.. dapat bayangkan?..

memang best mandi bawah air terjun.. berketul2 air hentam blakang badan.. memang best.. macam urut badan pun ada.. mandi memang best time tu.. cuaca pun tengah panas terik.. mandi air terjum.. pergghh nikmat…

sejuknya… air terjun ni aku punya sorang.. budak budak pergi mandi jauh2.. ha ha..

Jeram Toi.. terbaik!
~Jumlah kilometer 0km ke 345km, next destinasi Kuala Lumpur dipost seterusnya.. tungguuu..
Artikel berkaitan:- Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 2)
- Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 4)
- Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 3)
- Pengisian Masa Lapang Blogger
- Branding yourself
Tags: air terjun, bercuti, cuti cuti malaysia, hutan lipur, jeram toi, negeri sembilan, rehat



dah lama tak gi tempat air terjun.
bestnya.
saya rasa gi air terjun lagi best dari gi pantai
lama betul yer bercuti..seronok lah jd boss sendiri
mmg best gi air terjun.. kalau KL, air terjun paling dekat kat mana ye?
seronok juga la.. tapi berjalan2 kepenatan.. tak ingat…
padan la lama menyepi hehe
cuti-citi Malaysia rupanya
hahaha…tuan blog dah balik bercuti….nanti-nanti aku ajak ko layan diving pulak…percutian pulau pulak….ok?..bila tu,tak tau lah
Syoknya orang kerja sendiri…. bila-bila masa boleh cuti-cuti Malaysia…. aku bila lagi agaknye…. hee.hee.he!!!
cuti cuti malaysia la… la tak bercuti.. rehatkan kepala hotak.. refresh!!
diving.. kalau tak reti berenang boleh diving ke? he he.. nak kena ade lesen ke?
insyallah satu masa nanti.. pelan2 kayuh..
pergh..layan ni mandi jeram…memang suka la mandi2 jeram ni
salam..
wah..wah sambil bercuti sambil merehatkan minda yer..hehehee..
sesekali berkelah mmg bestkan…nak2 waktu makan bersama keluarga pasti suasa tersebut akan lebih gamat lagi..
layan.. lagi2 tengah hari panas terik.. mmg best mandi manda..
memang seronok saya kebiasaannya sebulan sekali ada aktiviti berkelah.. atau jalan2 kemana mana…
sejuk mata memandang air terjun tu..rasanya dah lama tak pergi mandi air terjun..tunggu wife aku bersalin dulu la gamaknya..
diving.. kalau tak reti berenang boleh diving ke? he he.. nak kena ade lesen ke?
tak tau berenang pun boleh ! smartblogging ko dah tau…nanti ko belajar smartdiving pulak
lesen? memang kenalah beb ! alah sebulan punya duit adsense sudah boleh angkat itu lesen daaa …..
tapi ikut aku,tak guna lesen pun boleh….tapi tak boleh diving dalam sangat(5 meter boleh lah)
peh menarik ni.. takpe nanti aku roger2 ko.. he he.. boleh cuti2 malaysia lagi ni.. he he..
wah bestnya… bercuti bersama-sama keluarga… jeram..tak pernah pergi lagi.. cantik gambar pemandangan..
mmg seronok zik.. sejuk dan nyaman…
waah ni yang jeles ni tgk org lain mandi air terjun ni..masuk situ kena bayar tak?? mana la tau kalau air terjun kota tinggi kena bayar RM8 kalau tak silap
free je tak payah bayar..