Aku bebas dari hutang kad kredit
Hari ni aku terima penyata kad kredit aku.. kad kredit ni telah membelenggu aku selama 3 tahun.. setiap bulan aku menghabiskan wang sebanyak RM200-300 utk membayarnya.. pernah juga sampai satu masa satu tahap maksimum..

Aku sangat benci kad kredit.. ia merupakan jerat senyap tanpa kita sedarinya.. cuba banyangkan gaji kerja korang dipotong bulan demi bulan sebanyak rm200-300 .. tapi tak pernah clear sampai 3 tahun macam aku.. aku fed-up..
Syukur dengan berkat usaha aku berblogging ni.. duit tu aku telah gunakan utk langsaikan hutang kad kredit aku yg lapuk tu.. bulan lepas aku bayar satu shot RM2,700 utk clearkan.. (wah lega bahu rasanya..) cuba lihat penyata aku..

Yes tinggal RM50 jek hutang.. Aku dah keluarkan kad kredit ni dari dompet aku.. aku serik nak guna lagi.. bye-bye kad kredit.. Ahh leganya..
Tiba2 aku dapat satu lagi surat dari bank 2 hari kemudian..

“had kad kredit anda telah ditambah dari RM4000 kepada RM5000″ ha ha.. aku gelak besar.. ceh nak pujuk suruh guna balik kad kredit dia la tu.. sorry.. cukup la.. i’m done. Tetapi senyuman kambing tetap terukir kat muka aku..
Artikel berkaitan:


tahniah banyak2 sebab ko dah bebas dari bebanan hutang membelenggu minda. Memang rimas sakan kalo hutang keliling pinggan… gunakan untuk kecemasan sahaja. Biarpun untuk kecemasan lebih baik tak guna langsung kad kredit… gunakan kad debit sahaja…
tu la kad kredit tu mmg penyakit.. penyakit nak swipe jek.. time bayar ..bayar minimum jek..he he.. nasib ada duit blogging.. he he.. syukur..
Heheh..wah..boss da bebas dr kad kredit yer.. nsib bek aku xde kad kredit..ad kad debit jerk..hihi
boss Reply:
September 1st, 2009 at 6:56 PM
dulu time apply dah ingatkan dan berjanji pada diri sendiri.. pakai dengan berhemah.. cet.. swipe2.. tup2.. penuh dah.. gelabah.. he he
akhirnya..masalah ni akan selesai…
Bguslah kalau masalah kad kredit dah selesai… memang best la bila dah bebas hutang..