Akhirnya semua orang tahu
Akhirnya saya dapat update blog ini semula seperti biasa, 4 hari tak update rasa macam lama betul tak update blog ni. Biasalah balik kampung pada hujung minggu yang lepas, hajat nak bawa laptop sekali tetapi terasa macam tak sempat buka laptop ni nanti.. ada kenduri sedikit jadi tak bawa la.. dan semua kerja2 online tertangguh sementara.
Akhirnya semua orang pun tahu.. apa yang saya maksudkan itu? Ia adalah status kerja saya, memang susah nak lari daripada tak menjawab soalan ini. Ye la balik-balik kampung orang kampung terus tanya hari ni tak kerja ke? ha ah tak kerja (memang pun hari-hari macam tak kerja, tapi kerja). Soalan seterusnya yang akan ditanya kerja kat mana sekarang.. alahai leceh betul nak jawab.. nak cakap lain tak sedap la pulak.. dilema..
Jadi berita mengenai yang saya sudah tidak bekerja makan gaji dan berkerja sebagai full time blogger, saya sampaikan perlahan-lahan bermula dari ayah saya, adik beradik, bapa mertua dan saudara mara. Mengambil masa yang agak lama untuk kesemuanya tahu, kira-kira 4 bulan juga cerita ini nak tersebar.
Disebabkan ayah saya selalu datang buat spot check pada cucu kesayangannya, tak kira hari dan masa agak sukar untuk menutup isu ini, ye la datang tengahari Selasa, eh saya ada dirumah, datang petang Jumaat eh saya ada dekat rumah.
Ketika pertama kali saya mengabarkan berita ini kepada ayah saya, raut wajahnya berubah dan agak sukar untuk beliau menerimanya.. ye la bagaimana mahu bayar sewa rumah, bayar kereta dan makan minum isteri dan cucunya itu. Bagi menenangkan beliau saya pun menerangkan apa yang saya buat dan menunjukkan bukti kewangan bulanan yang saya perolehi, reda sedikit hatinya. Dan kini tiap kali dia datang menjenguk dia pasti bertanya “ha bulan ni dah berapa banyak dapat..” dah ok la tu.. saya tersenyum..
Artikel berkaitan:


Salam,
Best biler org recognize kerja kita sbg blogger kan? Bukan setakat dpt duit, tp dpt buktikan y blogging ni salah satu cara halal nak dpt income. Silap2 aribulan, sedara mara pun join sekaki berblogging
ha ah, itu lah.. rezeki kita, kita tak tahu dimana.. yang penting jangan putus asa dan kuat berusaha.. pada pendapat saya profession sebagai blogger sepenuh masa sudah banyak tumbuh diMalaysia ni, saya rasa dalam 5 tahun lagi ini akan menjadi satu profession yang di iktiraf dan terus berkembang… sama2 kita nantikan..
memang betul2 susahkan nak explain dkt mereka pasal kerja full time blogger kan, pasni ok dah kot lagi 2-3 tahun
Tak apa, biar semua orang tahu blogger juga boleh jadi satu kerjaya..Semoga sukses selalu ya..:)
bisnes ape ko buat? buat bisnes internet.. jelas aku ringkas.. tak mau explain detail2 sgt sebab nanti diaorg blurr plak.. insyallah 2-3 tahun lagi semakin maju..
yea terima kasih..
Pelan-pelaan kayuh… janji menguntungkan dan rezeki halal.
Hurmm satu hari nnt bila agaknya pekerjaan sebagai blogger mendapat satu recognize dari kerajaan dan bila mana nak mengisi borang pe2 ke ada ruangan pekerjaan blogger utk di tick hehe
yang penting jujur jer BOSS… memang pada mulanya orang akan tercengang…ye la … dulu, mana ada manusia yang terfikir boleh duduk rumah goyang kaki tapi dapat duit… orang akan pikir…”giler ker”.. yang orang tau, kalau kerja goyang kaki tapi dapat duit nie hanya tukang jahit jer..itu pun sekarang nie ada yang tak payah goyang kaki dah… Apa pun…respect la kat ko BOSS!!!!
aku tengah bayangkan, macam mana ler perasaan ko BOSS, bila orang pandang ko dan tercengang bila tau ko “tak ada kerja” …….. he.he.he !!!
terbaik.. memang selalunya orang akan pelik bila kita sebut “dapat income dari blogging”.. tapi itulah hakikatnya..
parents aku pun selalu tanya benda yang sama – “hari ni dapat berapa?” hohoho.
Nanti tak lama lagi ko akan ditanya soalan seperti ni:
“banyak dapat job bulan ni?”
Itu jugak yang ditanya mak aku bila dia dah faham kerja seorang blogger. Kelakor betul…
itu tandanya mrka syangkan kita..dan ambil brta tg kita dan anak cucunya heeee..
…bekerja sendiri lebih seronok kata orang yang bekerja untuk diri sendiri.
…makan gaji lebih best, kata orang yang bekerja untuk orang lain.
..dan realitinya, setiap kita adalah pekerja.. dan bekerja.
..impian boleh dicapai oleh semua orang kecuali….yang tidak bekerja.
Salam ceria & inspirasi
Pemburu Impian
yea itu setuju..
cuba cari dekat jobstreet dah ade ke belum..
ada yang tertanya2.. ye la aku explain pun macam tak faham jek.. ada yang kata aku main forex.. mmm biasa aku bagitau aku buat website je.. simple..
selamat datang.. he he ok la tu.. kalau dah rezeki kita dekat situ.. bersyukurlah..
hu hu pandai cakap “job” tu.. he he.. aku pun impress gak sebab orang2 lama cakap aku ni blogger.. pandai sebut blogger tu.. macam tak caye plak..
mmm biasalah tu ayah mana yang tak risau.. lagi pelik bila kita sebut pasal bab2 IT lagi la tak masuk..
as long kita happy dengan apa yang kita buat kira ok la tu.. mcam kata nora danish ..kita enjoy..!
Lepas baca ni, teringin gak nak jadi fulltime blogger
boss Reply:
July 29th, 2010 at 2:17 AM
Kalau rezeki kau ada kat blogging tak salah mencuba.. tapi banyak faktor2 yang perlu dipertimbangkan dahulu..
insyallah rezeki ada mana2..
heheheh…baguslah depa boleh menerimanya..
inilah saat-saat paling manis bagi full time blogger…
alhamdulillah parents saya pun dah boleh terima saya bersibuk-sibuk depan laptop hampir 24jam walaupun belum buat freelance writing full time lagi. tapi bila saya bagitahu niat hati nak start full time, terbeliak jugak lah biji mata mereka. Yelah.. kerja baru dua tahun dah nak berhenti. Savings pun tak cukup lagi nak tampung setahun cuti tanpa gaji. hehe.. takpe.. pelan-pelan kayuh la dila oi..