7 hari dapat RM338.10 dengan pemasaran affiliate!

hujanbatu-dot-com-online-income-affiliate-1Baru seminggu yang lepas saya diberi peluang menyertai program affiliate pada salah satu dari blog saya. Blog saya memang telah menduduki Google result page tempat teratas pada keyword itu. Saya dihubungi untuk berkerjasama untuk pelancaran produk yang berkaitan dengan keyword itu. Setiap jualan produk dari affiliate link dari blog saya itu, saya akan mendapat komisyen sebanyak 20% dari harga jualan. Produk itu dijual pada harga $69 USD dan komisyen yang saya perolehi adalah $13.80 USD! bersamaan RM48.30! Wau banyak bukan? Setelah seminggu penjualan berlangsung blog saya itu dapat menjual 1 unit sehari dan setelah seminggu berlalu, hari ini komisyen terkumpul adalah $96.60 USD bersamaan RM338.10! Jika hasil penjualan stabil sehari satu maka online income saya yang diperolehi dari pemasaran affiliate ini bertambah sebanyak RM1352.40!

Salah satu teknik menjana online income dari blog adalah dengan menyertai program affilate, ia sangat mudah dan cepat. Mengapa saya katakan begitu? Anda tak perlu mengarang dan mencipta produk utk dijual. Anda hanya sediakan tempat iklan dan mendapat komisyen pada setiap jualan! Tak perlu perah otak untuk buat produk.. memang mudah!
hujanbatu-dot-com-online-income-affiliate-2

Bagaimana mencari program affiliate yang berkaitan dengan blog2 anda? Mudah sahaja jawapannya Google! Pertama kenal pasti keyword utama untuk blog anda dan Google! Contohnya gadget adalah keyword utama blog, jadi google “gadget affiliates” nah lihatlah berapa banyak program yang anda boleh sertai.. harap2 bolehlah tingkatkan online income anda nanti.. cubalah..

Artikel berkaitan:

Tags: , , , , ,

4 Comments on “7 hari dapat RM338.10 dengan pemasaran affiliate!”

  • wah.. sesuatu yg menarik ini.. boleh ajar tak camne nak buat online income macam awak..

    boss Reply:

    ok boleh.. rajin2 la ke blog saya.. banyak lagi ilmu yang saya akan kongsikan bersama..

  • hmm. aku ada satu keyword tu, kalau letak kat google, mmg blog aku teratas alhamdulillaah. tapi masalahnya, kalau tengok demand, takde la tinggi sangat. tapi setakat yg aku nengok, kalau kat adsense tu, blog post aku yg tu la (yg keyword tu top la maksud aku) yg dok generate clicks :) Hmmm… pada pendapat kau wahai Boss, adakah buleh kalau aku bangunkan satu blog khas utk topic tu je? Btw, blog aku skarang (macam kat URL yg aku enter utk komen ni) is very2 general. takde theme apa pon. kalau nak view yang bertema pon, kena klik post labels dulu.

    Anywayz… apa pendapat anda? :D

  • alfian, boleh kalau nak fokus satu topik khas saje pun boleh.. terpulang.. google adsense ni kena cuba2 banyak.. tak cuba tak tau.. kalau dah cuba baru tau.. ttg blog kau tu pula cuba2 lah guna blog dot com (beli domain name dengan hosting) bebas sikit.. modal pun bukan banyak sangat pun.. terus terang aku tak guna langsung blogger.com atau wordpress.com yg free tu.. ok selamat mencuba!