Lupa collect payment western union Google AdSense

Pemain AdSense? Pada saat dan ketika ini tukaran matawang asing USD1=RM3.08 memang rendah tetapi nak pegang US dollar lama2 pun rugi juga. Pada satu ketika dahulu pada permulaan kejatuhan dollar US saya kebiasaanya hold payment (manually code MTCN release macam biasa, cuma saya tidak cash out kan dibank) western union saya hasil dari google adsense. Saya lewatkan pungutan sehingga 2 bulan lamanya jika dalam sela masa itu dollar meningkat saya akan collect payment.

Oleh kerana sayangkan sangat dollar hasil google adsense, saya hold terlalu lama sehingga dikaunter bank, pihak bank mengatakan nombor MTCN untuk western union saya diwujud. Kata orang bank western union valid dalam satu bulan sahaja selepas release payment. Hah habis la hangus duit google adsense pada bulan yang itu. Hold terlalu lama sehingga code MTCN expired.

Apa akan terjadi bila duit adsense tadi expired? (more…)

Berhati-hati dengan free wordpress theme

Saya baru sahaja melihat blog rakan baru kita yang baru singgah di hujanbatu.com. Semua kelihatan baik sehingga saya terjumpa webspam yang ada di dalam blog beliau.

Cuba lihat screenshot diatas, bagaimana beliau bersetuju meletak webspam link diblog beliau? link link tersebut pula adalah kategori perjudian. Jawapannya ialah link tersebut adalah datang dari free wordpress theme yang beliau gunakan. Benar free wordpress theme diberikan percuma ada (more…)

Ping servis untuk blog update

Ramai yang mengabaikan fungsi ping servis yang ada pada wordpress anda. Kepelbagaian ping servis membolehkan blog anda lebih visible pada search engine dan laman social media. Settingnya amat mudah dan cepat set dan tinggalkan.

Bagaimana caranya? (more…)

Buat duit dengan blog

Saya baru pulang dari open house, nampaknya kita masih mood hari raya iya lah orang kata beraya satu bulan. Rumah terbuka merupakan satu tempat untuk kita berinteraksi dengan kenalan lama dan kenalan baru. Bertanya khabar, melihat baby baru dan bertanya tempat kerja.

Bila sebut bahagian “Sekarang kerja mana?” hmm soalan lazim yang saya sudah sediakan jawapannya. Jawapan saya sekarang berniaga sendiri. “Oh.. berniaga apa?”.. berniaga buat website. “Oh steady tak?” Alhamdullilah.. Saya tidak menerangkan secara terperinci takut ada yang keliru. Konsep buat duit dengan blog memang sukar difahami kerana kurang pendedahan kepada umum.

Beliau pun bertanya lagi dan kelihatan begitu (more…)

Kadar tukaran wang asing

Kadar tukaran wang asing terkini, live data dari Bank Negara Malaysia.

Kadar tukaran wang asing kelihatan semakin tenat. Nilai tukaran matawang satu dollar US dollar (USD) ke pada satu Ringgit Malaysia (RM) kian menurun. Trend ini kelihatan semakin menurun dan tiada indikasi kenaikan pada masa hadapan.

kadar-tukaran-wang-asing

Nilai tukaran terkini satu USD kepada satu RM bersamaan hanya RM3.09, terlalu rendah bagi blogger yang menjana pendapatan dari USD dollar. Cuba tanya pada diri anda sendiri berapakah nilai tukaran (more…)

Panduan Permulaan Google Search Engine Optimization

Selepas contest SEO yang saya masuk beberapa minggu yang lepas, nampaknya saya masih perlu banyak belajar tentang Search Engine Optimization (SEO). Selepas membelek2 document berkaitan SEO saya terjumpa official google guide berkenaan SEO. Untuk membetulkan langkah kita, kita bermula dari bawah sekali lagi. Panduan rasmi google SEO ini saya dapati amat baik untuk dikongsikan bersama, panduan 22 muka surat ini banyak menerangkan asas bagaimana googlebot ranking website anda.

Anda boleh download dan save document Panduan Permulaan Google Search Engine Optimization disini;
http://static.googleusercontent.com/external_content/untrusted_dlcp/www.google.com/en//webmasters/docs/search-engine-optimization-starter-guide.pdf

p/s: homework baca dan aplikasikannya.

Imbas kembali SEO contest

Pada post saya yang lepas, saya ada untuk mencuba nasib untuk lihat perkembagan semasa pemain SEO di Malaysia dan mencabar diri saya sendiri untuk pertandingan contest SEO hidup seorang blogger yang dianjurkan oleh denaihati. Kemasukkan hujanbatu dot com pada pertandingan itu bukan bertujuan untuk memenangi hadiah tersebut tetapi sekadar ingin melihat kebolehan ilmu SEO saya sendiri.

Beberapa hari sebelum hari raya menjelang keputusan pertandingan itu dikeluarkan ternyata hujanbatu dot com berada didalam top 10 winner, tetapi tidak ikut syarat kerana join contest suka suka sahaja.

Memandangkan saya tidak tahu, teknik apa yang mereka gunakan untuk panjat google SERP, saya hanya kongsikan apa yang saya telah buat untuk menduduki tempat teratas itu. (more…)

Proton Waja 2010

Pada hari raya semasa borak2 kosong dengan adik ipar, terbuka la cerita tetang Proton Waja 2010 yang terbaru akan dikeluarkan oleh Proton. Apa yang menariknya ia adalah rebadge Mitsubishi Lancer memang seronok sebab almost 95% adalah Mitsubishi Lancer, dan adik beradik chassis evo 10! Daripada pengamatan test car, bumper (more…)

Hari Raya dan Dunia Blogging

Salam Aidilfitri dari boss sekeluarga, hari ini sudah masuk hari ke sebelas hari raya kita rayaikan, pelbagai cerita dan ragam kita dengar dan alami ada yang sakit perut, ada yang demam, ada migrain, ada yang selsema aduhai kesiannya lepas puasa macam macam penyakit pula yang kunjung. Ini termasuk saya juga demam, batuk dan selsema lepas pulang dari kampung, syukur demam cepat kebah.

Sebut pasal berblogging memang berabuk, semua kerja-kerja blogging tertunda agak2 dalam dua minggu sebab bercuti hari raya, saya tengok ramai yang tak terupdate blog sebab berhari raya, biasalah tu. :P Hari raya kali ini agak meriah sedikit sebab berpeluang berhari raya dirumah rakan rakan blogger lain seperti rumah boy, rumah zaki dan rumah ijad setakat ini. Mereka juga ada datang melawat rumah saya, ruih rendah jadinya terima kasih saudara shaffik, boy dan ijad.

beraya dirumah zaki, fuh macam rock star la.. ha ha..

beraya dirumah saya pula..

Aktiviti yang ditunggu tunggu oleh (more…)

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog setia saya, dikesibukkan menyabut hari raya ini dan di tambah pula dengan internet connection yang slow, saya memohon maaf kerana kurang berkesempatan untuk update blog. Beraya2 juga pandu kereta berhati2. Tiada apa yang mahu dikejar, pandu cermat jiwa selamat. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.