Jual beli website

Selamat pagi semua, terutama kepada anda yang sedang baca blog saya selepas sahur.. saya tahu.. :) Buat duit dengan blog juga boleh dilakukan dengan menjual blog anda di Flippa. Anda boleh jual atau membeli blog pada masa yang sama.

Saya sendiri sering menjenguk2 di flippa ini jika ada blog yang menarik dan berpotensi untuk dimajukan. Harga jualan bermula sekitar USD$1 sehingga USD$1,000,000 pun anda terpulang pada anda. Tepuk dada tanya poket. Saya boleh buat blog saya sendiri, kenapa saya perlu (more…)

Satu klik dapat USD$3.68!

Lihatlah screenshot diatas, sememangnya sesuatu yang menarik. Satu klik dapat USD$3.68 (RM 11 juga..) memang jarang sangat berlaku selama saya beradsense ni. Kebiasaanya satu klik saya hanya beberapa sen sahaja, tetapi kali ini 3 dollar satu klik. Pasti ramai yang tertanya2 apakah niche dan keyword tersebut, ok saya bagi sedikit hint ia dari niche automotive. Cuba buat keyword research.. :)

Bercerita tentang adsense ni, seperti biasa pantang larang adsense adalah (more…)

Selamat menyambut bulan ramadhan

Ramadhan tiba lagi, tiba lagi masa untuk kita menyempurnakan ibadah puasa dan beramal ibadat mengumpul pahala sebanyak yang mungkin. Berterawih jangan dilupa, saya berazam tahun ini untuk cukup terawih sebulan, InsyaAllah. Juga bolehlah kurangkan buat dosa2 kering .. contohnyer,  mengumpat (ehem .. terutamanya kaum2 hawa) Almaklumlah namanyer pun puasa so semua pun kene la puasa jugak, mata, mulut, telinga.. yer tak. ;)

Bulan Ramadhan juga adalah bulan rezeki, Time nilah orang buat duit ade yang berniaga biskut, kerepek, baju raya, dan macam2 . Ade lagi…Yeah.. sudah tentu Bazaar Ramadhan yang pasti meriah dengan kuih muih, manisan, bubur, aneka nasi yang kebanyakannyer hanya muncul dibulan puasa jer macam kuih tepung pelita, badak berendam, bubur lambuk dan banyak lagi lah. Mesti ade juadah wajib kan.. Juadah wajib saya sudah tentu (more…)

Boss saya benci saya

Adakah anda selalu berasa boss anda membenci anda? Semua kerja yang anda buat seperti tidak berkualiti? Boss anda memandang rendah terhadap anda? Sabar sebernarnya ini merupakan suatu perasaan yang normal bagi semua orang makan gaji.

Saya juga dahulu berperassan begitu, yang peliknya disetiap berlainan syarikat perasaan ini tetap ada. Adakah kita tidak produktif, adakah kita pekerja yang tidak berkualiti? Itu saya tidak pasti, tetapi itulah hakikatnya bagi semua orang berkerja makan gaji (termasuklah saya dahulu). Sampai satu ketika anda berasa ingin sahaja berhenti cukup bulan.

Tapi dari pandangan peribadi dan dari pengamatan kata2 rakan2 sekerja dahulu, sebenarnya (more…)

Beritahu tanpa beritahu?

Saya pasti pada setiap blog anda mempunyai Search Box (kotak carian) untuk mencari artikel2 yang lama2 ataupun artikel tentang sesuatu topik. Mengikut pengalaman blogging saya, search box ini banyak memberi input kepada saya tentang apa yang dicari oleh pembaca blog saya. Oleh itu data-data ini amat berguna untuk membangunkan artikel-artikel terbaru di blog anda itu.

Beri apa yang mereka mahukan

Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi plugin wordpress yang saya rasa baik untuk anda gunakan pada wordpress anda. Data dari keyword search akan disavekan dan diberikan statistik yang baik seperti ini.

Hmm nampaknya mereka mahukan artikel boss hensem.. ha ha.. Baiklah seperti biasa install plugin ini pergi ke Plugins>Add New (more…)

Kuasa mengatakan tidak

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu kehidupan pada anda semua, apa yang saya rasa baik untuk pengetahuan semua. Di dalam kehidupan harian hari ini kita dimomokkan dengan pelbagai barangan, jualan dan servis. Teknik marketing yang mereka buat bukan konvensional lagi tetapi lebih upfront dan berani.

Kes 1. Beberapa hari yang lepas saya menerima satu panggilan dari 03-… bila diangkat rupanya center bank saya menelefon saya, dan mengatakan bank akan membuka sebuat akaun tetap dan duit simpanan tetap itu akan dipotong dari kad kredit saya setiap bulan secara automatik. Ini katanya bagi (more…)

Alergik dengan perkataan duit

Teringat kata2 catzer “orang zaman ni bila sebut duit mmg alergik” Hmm ada kebenaran juga, pantang sahaja sebut, duit, kaya, jutawan semua cepat kelabu mata dan hilang pertimbangan waras. Baru sahaja beberapa hari yang lepas kes jerat cepat kaya saya postkan, ada lagi berita yang berbau begitu ingin saya kongsikan.

Suadara terdekat saya menerima satu surat yang berisi satu kunci kereta dan sehelai surat yang mengatakan..

Tahniah! Di sertakan disini kunci kereta toyota wish anda, sila datang ke pejabat kami untuk mengambilnya..

Lebih kurang macam itu la bunyinya.. Hmm anda percaya dengan surat karut dan kunci kereta toyota wish itu? Satu teknik yang klasik (more…)