Bilo omak den terer main webcam

Pada hujung minggu ni entry santai-santai, ha siapa kata emak korang tak pandai IT, tak pandai guna webcam.. bila kita dah ajar macam mana nak guna ha.. siap rakam, upload kat youtube lagi.. bagi nasihat kat anak.. ok jum.. kita rehatkan minda dan kita layan video ni..

Part 1 – YouTube – MOHD KHAIRUDDIN, THIS IS YOUR MUM (2 minggu lepas)

Part 2 – YouTube – DEAR MOHD KHAIRUDDIN — MUM HERE (3 hari lepas) (more…)

Jerat Cepat Kaya : Kereta Mewah Pancing Mangsa

KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.

Setiap kali pertemuan, deretan kereta mewah milik ‘upline’ antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady (kereta idaman boy.. :P ), BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline akan diparkir di hadapan kafe atau restoran yang menjadi lokasi perjumpaan bagi memancing mangsa, selain menggambarkan keuntungan luar biasa yang bakal diperoleh.

Itu taktik digunakan satu sindiket skim cepat kaya yang mengaut keuntungan atas angin dan aktif sejak tiga tahun lalu, kini disertai ribuan ahli di seluruh negara dengan majoritinya kakitangan kerajaan.

Berselindung di sebalik nama kelab riadah dan keluarga, sindiket itu menawarkan pelaburan eksklusif dengan menjalankan perniagaan jualan langsung berasaskan produk makanan kesihatan sedangkan ia palsu.

Modalnya juga bukan sedikit kerana ahli perlu membuat pelaburan sekurang-kurangnya (more…)

Eksperimen SEO yang mengkagumkan


Dalam dua minggu yang lepas saya ada bercerita tentang satu blog baru yang saya setup. Anda juga boleh melihat perkembangan pembangunan backlinksnya di sidebar blog saya. Setelah blog siap diupdate dan process backlink saya usahakan untuk mendapatkan kedudukan pertama pada targeted keyword.

Dalam proses ini saya juga telah membelanjakan kira-kira RM788 dan merupakan pelaburan yang terbesar saya pernah buat untuk sesuatu niche blog. Jadi kena SERIUS!

Great stuff doesn’t come free in this world

Oleh itu, sedikit pelaburan perlu dilakukan. Setelah hampir dua minggu mengusahakan backlinknya, blog saya semakin meningkat kedudukan SERP (Search Engine Result Page) di Google. Bermula dengan 5 backlink, 22 backlink dan kini mempunyai lebih 218+ backlink telah saya perolehi. Masih banyak lagi backlinks perlu saya kejarkan sekitar 4000+ backlinks untuk menandingi blog #1 di SERP itu. Untuk melihat backlink untuk blog anda, boleh mengunakan (more…)

Akhirnya semua orang tahu

Akhirnya saya dapat update blog ini semula seperti biasa, 4 hari tak update rasa macam lama betul tak update blog ni. Biasalah balik kampung pada hujung minggu yang lepas, hajat nak bawa laptop sekali tetapi terasa macam tak sempat buka laptop ni nanti.. ada kenduri sedikit jadi tak bawa la.. dan semua kerja2 online tertangguh sementara.

Akhirnya semua orang pun tahu.. apa yang saya maksudkan itu? Ia adalah status kerja saya, memang susah nak lari daripada tak menjawab soalan ini. Ye la balik-balik kampung orang kampung terus tanya hari ni tak kerja ke? ha ah tak kerja (memang pun hari-hari macam tak kerja, tapi kerja). Soalan seterusnya yang akan ditanya kerja kat mana sekarang.. alahai leceh betul nak jawab.. nak cakap lain tak sedap la pulak.. dilema..

Jadi berita mengenai yang saya sudah (more…)

Anda ada blog? Saya mahu iklan

Yea saya mahu iklan diblog anda, jika blog anda itu memenuhi kriteria ini;

- blog berbahasa melayu
- blog lebih kepada kewanitaan
- mempunyai 100+ pengunjung sehari

emailkan butiran blog anda kepada boss(at)hujanbatu.com

Ka Ching! USD$49 sudah masuk dalam PayPal

Ok bersambung tentang cerita dapat offer iklan lagi.. semalam, setelah saya buat satu subscription link dengan paypal dan menghantar email itu kembali kepada advertiser. Malam tadi kira-kira pukul 10 malam berita gembira telah diterima, “You have a new subscriber to ….. .com – Ads” yes umpan sudah mengena.. dan diikuti dengan email dari advertiser ini mesti arahan dan banner untuk saya letakkan diblog. (more…)

Dapat offer iklan lagi

Seperti rutin harian di pagi hari adalah membaca email, satu email yang bertajuk “Advertising” sudah cukup membuatkan saya tersenyum itu bermakna ada rezeki yang mahu masuk. Membaca isi kandungan emai tersebut ada advertiser yang mahu iklankan website beliau diblog saya. Berita baik tu, mari kita lihat email beliau..

Email ini belum saya balas lagi, sebentar lagi saya akan balas kepadanya semestinya boleh.. :) Berurus niaga direct begini adalah lebih menyeronokkan dan lebih banyak bayaran. Untuk iklan ini saya kenakan bayaran (more…)

hujanbatu.com kini satu tahun

Selamat ulangtahun yang pertama kepada hujanbatu.com, pejam celik pejam celik blog ini kini sudah berusia satu tahun. Banyak liku2 saya hadapi dari permulaan sehingga hari ini.. Pada satu tahun yang lepas saya masih dibelenggu kerja makan kaji, tetapi hari ini saya lebih selesa bergelar blogger sepenuh masa.

Kepada sesiapa yang tertinggal membaca atrikel pertama hujanbatu.com boleh membacanya disini. Tujuan permulaan blog hujanbatu.com di adakan adalah untuk (more…)

Blog terbaru google indexed!

Hari ni semangat update blog meningkat.. saya tengah tersenyum sebab blog yang baru saya setup dan bina backlink baru baru ni telah pun di index oleh google, yay! hari keempat lepas setup blog dot com itu di daftarkan. Baru ada 2-3 post sahaja.. ni kena rajin update blog lagi ni.. yes!

Kenapa saya blog ini saya selalu highlightkan, sebab pertama saya sedang buat experimentasi ke atas process backlink dan saya track update backlink disidebar blog saya pada sesiapa yang perasan. Salah satu lagi sebab blog ini saya track kerana (more…)

Layan roti nan ayam tandoori

Setelah melayan buat backlink untuk blog terbaru.. memang meletihkan dan membosankan kepala pun sudah pening buat blog commenting.. sampai tak tau nak komen ape kat blog diaorang tu.. paling bosan lagi bila comment discuss digunakan nak kena login dulu baru boleh komen.. leceh betul.. Kepala dah pening, perut dah lapar malam-malam macam ni.. jum kita pergi jalan2 cari makan.. layan ayam tandoori..

hmmm lazat betul.. panas-panas..

Kesian tengok isteri saya makan kena pegang anak, nak makan roti nan, cubit ayam pun susah.. apa lagi saya pun menghulurkan bantuan..

boleh ke tu makan, boleh cubit ayam tu

ye la tangan kiri pegang anak, tangan kanan makan..

boleh tak makan ayam tu.. kalau tak boleh biar abang habiskan ayam tu.. kesian..  he he

mencebik.. he he.. :P

ayam tandoori mmg lazat.. perah limau.. kecur air liur..

Harga ayam tandoori ni satu set RM6.00++ je.. murah kan.. he he macam jalan2 cari makan la pulak.. he he.. Time makan memang tak ingat la .. sedap.. mmg best. Ni second time makan roti nan ayam tandoori ni.. confirm datang makan lagi..Tempat makan mampley tadi pun ada wifi free mmg best, tapi kalau cucuk plug laptop, sejam seringgit dia cas.. he he .. laptop tak bawa walaupun dah tahu boleh access internet sini, dah satu hari ngadap pc.. rabun nanti mata.. tengok laptop je..

p/s: time supper 12:10am.. ha ha..
p/s/s: ok catergories baru telah dibuat, categories Jalan jalan cari makan.. harap seminggu sekali boleh update.. tungguu..