Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 3)

Putrajaya ke Johor Bahru
Perjalanan tak abis lagi kena balik JB dulu sehari nak ambil adik beradik dulu. Sampai jb kemas2 barang2 pergi ke bank bayar apa2 yang patut dulu, melepaskan gian main bowling dan makan nasi ayam penyet! yum2 bercerita pun dah terliur..(aku ade pelik la part yang ni..tak tau nape) ayam di goreng garing2.. memang best!

layan bowling 2 game.. boleh tahan gak 100+ score he he.. ops dah batal.. kaki sudah lebih line.. opps.. (more…)

Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 2)

Jeram Toi ke Seremban ke IKEA Damansara, KL
Setelah berseronok mandi manda.. suka suki.. next stop is Seremban, duduk semalam dirumah akak ipar rehat2kan badan sebelum teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur pula keesokkan harinya pula. Destinasi seterusnya pergi membeli belah di IKEA, Damansara. Pergh ramai betul orang time tu.. sesak macam sardin sebab time pergi tu 1 Mei Hari Buruh.. memang sesah la.. tak selesa sikit sebab ramai orang.. Tujuan utama ke IKEA tu sajeje nak beli barang2 ofis nak mekap sikit home office saya.. bagi lawa sikit.. baru mood nak berblogging ade mari.. jum kita shopping..


Sudah sampai IKEA shopping list, showroom broucher, pensil.. nak catit2.. pensil kebas banyak2 sikit ha hah ha.. pensil free la katakan. Tapi pada hari tu ada dua orang budak perempuan teenager lagi la tak ingat.. ambil pensil tu bergengam2.. sampai nak habis pensil IKEA tu.. ape raa tak agak2..


Sedap.. empuk.. memang best kerusi ni.. akan datang nak beli la.. harga pun berpatutan. kalau tak silap saya dalam RM960 untuk sofa dua tempat duduk tu. Dan sofa ni cover dia boleh tukar2 coler.. kira kalau nak basuh cover sofa tu mudahla.. tapi kalau (more…)

Aku pulang selepas 2235km perjalanan (Part 1)

Akhirnya pada Isnin 1.25 pagi saya tiba kembali ke rumah, perjalanan yang amat jauh dan meletihkan kira kira 2235km dan mengambil masa 2 minggu. Sesuatu yang memenatkan tetapi memang puas berjalan. Kalau nak bercerita lagi la sampai termuntah2 rasanya korang membaca.. banyak betul.. Jum tengok mana saya habiskan cuti cuti Malaysia saya..

Johor Bahru ke Batu Kikir, Negeri Sembilan
Perjalanan saya bermula dari bandar raya Johor Bahru ke Batu Kikir, Negeri Sembilan pergi balik kampung orang rumah saya. “Batu Kikir.. jambatan bosi.. gulai udang.. sebelango..” dan takdo dah jambatan bosi, dan ganti jambatan konkrit skarang ni ha.. Suasana kampung memang menyejukkan mata penuh dengan ladang sawit, udaranya nyaman sejuk walaupun tengah hari buta. Tak panas sejuk je.. Jalan2 melawat keluarga mertua disana, sambil atuknya boleh melepaskan rindu kat cucu barunya itu.


pokok sawit dan getah jadi sumber ekonomi tempatan kampung tu.. (more…)