Full time blogger relevan untuk saya

Terpanggil untuk saya menulis artikel ni setelah terbaca di sesuatu tempat yang mengatakan lebih baik hidup dengan kerja makan gaji.. benar kerja makan gaji memang stabil pendapatannya tak di nafikan. Masa berkerja makan gaji korang buat kerja ala kadar je hujung bulan cucuk bank dapat duit, tapi kerja full time blogger pula korang malas, korang buat ala kadar hujung bulan takde gaji beb.. berat tu.. jangan main2..

blogging aura

Akan tetapi kenapa saya pilih untuk berkerja sebagai full time blogger adalah kerana saya ingin bebas dari rutin harian saya, bebas dari kesesakan lalu lintas, bebas dari boss, bebas dari supervisor, bebas dari kayakan orang lain bebas dari rasa terkonkong dari perkataan “kerja makan gaji”.

Kalau anda benar benar faham konsep bebas dari masaalah kewangan, masa tidak boleh dibeli oleh itu maximumkan setiap saat yang ada untuk mendapatkan pulangan wang yang efektif. Kenapa saya berhenti kerja makan gaji? Sebab pulangan wang yang saya perolehi dari berblogging adalah lebih tinggi dari gaji bulanan saya. Apa pointnya kerja makan gaji kalau saya boleh mendapatkan kesemua jumlah gaji bulanan dalam masa kurang dari satu bulan..

Memaksimakan pengunaan masa anda untuk mendapatkan pulangan kewangan yang lebih baik perlu difahami dan perlu didalami. Cara terbaik adalah dengan pembacaan buku2 kewangan tak kisah dalam atau dari luar negeri. Saya banyak membaca dan ia amat membantu dalam pembinaan jati diri saya sendiri.

Apakah sebenar kehidupan dot com ini? Saya masih diperingkat awal dalam bidang ini, tetapi apa yang saya gemarkan setakat ini saya mempunyai lebih banyak masa untuk bersama orang tersayang saya (isteri dan anak). Dan apa yang paling priceless adalah saya dapat melihat anak saya (baru 5 bulan) dapat membesar dihadapan mata saya sendiri..

p/s: satu kelemahan jadi fulltime blogger ini satu, selalu lupa tarikh dan lupa hari.. betul tak?

p/s/s: bookmark le blog saye yg tak seberape ni yek..

Mencari semangat berblogging

Sudah hampir setahun saya mengunakkan laptop compaq kesayangan saya, saiz laptop yang saya pilih ini adalah berukuran 12 inci dan dapat support resolution sehingga 1280×800 ok la. Saiz laptop ini juga hanya sebesar kertas A4 mudah untuk dibawa kesana sini tanpa banyak masaalah.

Setelah setahun, saya berhadapan dengan sedikit masaalah dengan dengan limit resolution laptop ini lebih2 lagi dengan aplikasi photoshop mesti image kene scale! tak muat!. Bosan tul.. So nak naikkan semangat dan motivasi berblogging saya pun bercadang menaiktaraf LCD display! Yes time to upgrade! budget dah ready cucuk bank RM1000 blasah semua pun takpe.. he he.. bukannya slalu ye tak?

Setelah belek membelek saya masih setia dengan brand Samsung, dah jumpa dah Samsung 21.5 inci wau best ni harga pun ok. Ada satu lagi 24 inci pun ada wah ni tergugat jugak nak beli. Malangnya Samsung 24 inci ini maximum resolution yang dia support sama dengan Samsung 21.5 inci iaitu 1920×1080 px sahaja. So pilihan tepat saya adalah Samsung 21.5 inci dengan harga RM515 sahaja. Kalau nak layan Samsung 24 inci harga RM725! Bagi saya itu tak perlu kerana dot pitch dia akan lebih tinggi dan menjejaskan sedikit ketajaman sesuatu gambar.

Ok, picture time;
Workstation sebelum upgrade

Setelah upgrade

Pandangan sisi

baru ade semangat nak berblogging ye tak? hish.. hish..