Pengisian Masa Lapang Blogger

Duduk je depan PC memang meletihkan, badan jadi lesu dan tak bermaya.. mata sakit asyik tgk monitor je.. punggung pulak dah naik keras duduk kat kerusi boss ni.. he he.. Apa nak buat ye? Ah pergi jalan2 la.. Jam menunjukkan pukul 5 petang mmm.. pergi taman la main layang2 lagi best. Ha kalau korang semua nak tau inilah pengisian masa lapang saya yang baru main layang2.. (more…)

Tiba masa untuk gaji full time blogger

Yah hujung bulan tiba lagi, bagi anda yang kerja makan gaji saya pasti gaji anda pun sudah masuk. Tapi bagaimana pula dengan blogger seperti saya? Hujung bulan juga merupakan hari yang ditunggu2 oleh saya sebab time ni la payment mula dibayar dan masa untuk collect payment!

Tiba masa untuk ke bank lagi.. yay! Boss mau mari collect payment .. ni tengah menulis pun tgh senyum.. hehe biasalah manis la katakan dapat duit.. he he. Antara penyumbang buat duit online saya adalah dari Google AdSense yang amatlah stable. Setiap bulan memberi sumber kewangan sekurang2nya USD$100 ~ RM340.. kalau tak lepas tahap ni mmg takkan dapat payment bulan2.. duit tu ada, cuba tak matang nak cash out kan je..

Macam biasa borang keluar duit google adsense gunakan western union dari CIMB sudah pun ditulis, code MTCN pun dah dapat.. so boleh la keluarkan duit tu.. :) tetapi ada berita kurang baik nilai tukaran USD ke MYR jatuh lagi.. makin teruk USD1 = RM3.28 aduhai rendahnya.. biasa2 USD1 = RM3.40.. bengang betul al.. oleh kerana nilai tukaran ini rendah saya holdkan semua wang USD tunggu sehingga ia naik semula. Pada kebiasaanya saya cek nilai tukaran ini di BNM disini http://www.bnm.gov.my/statistics/exchangerates.php

Berbalik pada tajuk, pendapatan pada saya pada bulan ini hanya memuaskan sahaja, ada short sikit macam post saya yang lepas..tetapi alhamdullilah masih lagi besar dari gaji kerja makan gaji saya. Semua strategy telah saya aturkan untuk mendapat target yang saya telah letak dan lebih berdisplin untuk mencapai nya.. nothing is impossible..

p/s: frustnya kena tunggu tukaran matawang ni naik balik..

Aku kehilangan RM1500

Saya pasti esok lusa saudara saudari yang bekerja makan gaji tidak sabar2 menanti duit gaji dibank in kedalam akaun anda betul tak? Lain pula bagi saya, setelah dibuat kira kira saya telah kehilangan Rm1500! Saya telah gagal mencapai target bulanan yang saya sudah set!

Sumber pendapatan dari blogging saya agak kurang bulan ini, iaitu kekurangan sebanyak USD440! ~RM1500. Persaingan untuk mendapatkan sesuatu job agak hebat. Hanya yang berkualiti sahaja yang terpilih. Diburukkan lagi dengan blogger yang menawarkan harga lantai yang teramatlah rendah dah saya sendiri pun tidak sanggup meletakkan harga serendah itu. Gila mmg gila.

Walau bagaimanapun inilah satu dugaan yang saya perlu terima dan hadapi sebagai seorang blogger fulltime! Rm1500 short, adalah satu jumlah yg banyak.. pada pandangan saya walaupun income saya drop tetatpi possibility untuk naik juga adalah banyak. Sebagai contoh kalau saya kerja makan gaji, saya kerja bagai nak gila hujung bulan dapat gaji takat tu jugak. Tetapi lain pula dengan berkerja sendiri.. makan kuat kita usaha makin banyak yang kita dapat.

Domain paling hot di Malaysia

Saya dapat perhatikan ada trend domain name terkini di Malaysia. Ia merupakan satu sambungan perkataan seperti e-book, e-perolehan, e-dagang dan berbagai lagi.. Apakah trend domain terkini di Malaysia? Ia adalah sambungan domain oh_ _ _ .com satu idea yang baik dan mudah di ingati.

Pengunaan domain name ini berlaku atas kepopularan dua blog yang menceritakan kisah2 artis di Malaysia. Baru baru ini saya juga ada terjumpa blog ohmalaysia dot com. Hmm tetapi saya tidak search pula berapa banyak domain oh yang terlah didaftarkan..

Anyway kalau anda berminat daftar je la.. Mungkin domain seperti ohjohor dot com, ohmelaka dot com, ohkereta dot com, ohmlm dot com dan ohsistem piramid dot com juga boleh jika anda berminat..

Hujanbatu dot com kene panggil interview radio?

Di suasana kepanasan tengahhari dibumi Malaysia.. Telefonku berbunyi..

R: Assalamualaikum..

Boss: Waalaikummusalam.. Ha kau R

R: Ape khabar

Boss: Baik, ha ada ape R?

R: Kau tengah buat ape tu?

Boss: Takde buat apa2 biasa2 je, apsal?

R: Haa kalau kau free, aku nak jemput ko buat interview kat Fuyohh FM?

Boss: Interview ape plak tu?

R: Ni interview untuk pengalaman ko jadi fulltime blogger la, macam mana ko mula, cabaranya dan macam2 lagi la.. Ala tak payah takut.. kita dua je dalam konti tu..

Boss: Ooo okĀ  ok boleh.. bila tu?

R: Ha nanti aku preparekan soalan2 tu.. aku bagi kau..

…..

…..

p/s: hmm interview radio? he he segan la pulak pasal aku mmg suka low profile jek.. anyway nanti aku try dapatkan clip interview tu dan post kat blog aku ni.. ye..

Saya telah menjana USD$574.40 dengan program affiliate!

Ya benar saya telah berjaya menjana USD$574.40 bersamaan RM1952 hanya dengan membuat affiliate sales! Hebat bukan? malah ia bukanlah sesuatu yang sukar. Saya hanya perlu meletakkan banner affiliate diblog saya dan nah lihatlah hasil yang diperolehi (screenshot dibawah).

Ok disebalik hasil pendapatan ini ada cerita disebaliknya. Begini, saya telah dilamar oleh seorang advertiser yang ingin meletakan product jualannya di blog saya. Saya tanya pada dia produk apa yang dia nak advertise? Dia pun jelaskan dengan terperinci apa produk beliau.. Ok here the tricky part! Sebagai blogger kita juga adalah seorang yang sedang berniaga. Saya telah lihat dan kaji produk beliau dan saya yakin ia boleh dijual dengan baik kerana related dengan niche blog saya. Beliau menawarkan sewa banner di blog saya pada harga USD$100 sebulan kira kira RM340 sebulan (ye saudara sebulan ye bukan setahun)!.

Tetapi saya menolak tawaran beliau, setelah di kira kira percentage comission dan jangkaan jualan produk sebulan saya tahu nilai comssion affiliate akan lebih tinggi dari $100 sebulan yang beliau offer.. Ternyata pengiraan saya benar saya lebih untung dengan affiliate commission berbanding sewa banner yang diberikan.. Oleh itu saya nasihatkan saudara perlu bijak menilai value sesuatu blog anda itu..

Saya adalah seorang jutawan

“Saya adalah seorang jutawan” mungkin itulah bisikan hati penulis buku ini. Jutawan dari planet jupiter saya ada memiliki buku ini yang telah saya beli pada tahun 2003! Pernah pada artikel yang saya telah post beberapa hari yang lepas tetang membaca buku kewangan. Inilah salah satu buku kewangan yang saya minati. Ia ditulis oleh saudara Azizi Ali bekas seorang pilot mas yang kini bergelar jutawan.

Didalam buku ini banyak menceritakan tentang kehidupan kewangan masyarakat Malaysia dan bagaimana anda boleh mengunakkan wang dengan bijak!

Apa yang menarik tentang buku ini, sejak saya membaca di muka surat pertama hasil tulisannya saya terus terpaku dan terus membaca sehingga habis. Ia amat menarik dan banyak yang anda boleh pelajari darinya..

p/s: homework, cuba cari buku ni dekat kedai buku.. saya pasti anda tidak akan merasa rugi memilikinya!

Saya sudah hilang ingatan sejak jadi full time blogger

Oleh kerana saya telah menjadi full time blogger, symptom lupa hari, lupa tarikh teramatlah ketara. Tanya sahajalah pada sesiapa yang buat full time blogging.. betul tak? Apakah yang dah terjadi? Adakah kami sudah hilang ingatan? Adakah kami sudah lemah daya ingatan? Jawapan pada kedua dua soalan itu adalah salah dan tidak benar.. sama sekali.

Ok untuk membantu saya ingat hari apa dan tarikh apa hari ni? Saya telah setia mengunakan windows sidebar gadget iaitu jam digital pada desktop saya macam screen shot bawah ni..

Apa yang menarik pada gadget ini saya dapat melihat (more…)

Ka Ching! USD$200 sudah masuk dalam PayPal

Pagi pagi lepas bangun tidur rutin harian adalah membuka email dan ada email yang menarik pagi ini adalah bertajuk “You’ve received a payment” Yes, akhirnya dapat juga payment yang ditunggu2.. USD$200 = RM680 Ka Ching! Hmm kan saya dah kata, sabar sikit la.. masuk memang masuk.. lambat sikit.. sabo je la ok..

Wah lihat sahaja lah screenshot ni.. best kan.. lepas tu buat bayar kereta :)

Jika anda biasa mendapat bayaran PayPal dalam jumlah USD$10 atau USD$20 anda memerlukan kerja dan usaha yang luar biasa untuk mendapatkan payment sebanyak USD$100 ~USD$300! Bila mengatakan luar biasa saya tidak bermaksud ia sesuatu yang mustahil. Nak tahu apa rahsianya? KUALITI, KUALITI, KUALITI, kualiti kerja yang anda buat adalah kayu pengukurnya.. bila kerja anda berkualiti disitu ada value yang client akan letak. Bila hasil kerja anda berkualiti, saya tidak cari client, client sendiri yang contact saya mahukan hasil kerja saya..

p/s: ada satu lagi job client offer USD$85, dah request payment.. tapi takde feedback lagi.. kena follow up ni..

Menanti USD$200 yang tak gugur-gugur

Orang kata penantian satu penyiksaan, hmm begitulah apa yang saya sedang rasa menunggu bayaran dari client online saya. Ciss lembab betul la.. Hmm USD$200 tu banyak juga lebih kurang RM680! Hmm macam ni la orang berbagai ragam.. Saya lihat rupa2nya dia masih belum membuka email beliau sebab tiada receipt read yang saya terima.

Ingin saya kongsikan pengalaman saya, pernah satu ketika dulu client pun lambat bayar jumlah yang agak besar $USD220 tunggu punya tunggu, setelah menghantar beberapa email reminder maka masuk juga la duit tu. client explain dia kata ada kematian dalam keluarga, so dia minta maaf banyak2 sebab lambat.. tetapi akhirnya masuk juga seperti scrennshot ni.. manisss..

Ok selama saya menerima bayaran melalui PayPal, bayaran terbanyak saya terima adalah sebanyak USD$340 lebih kurang RM1156 ni bayaran paling banyak la satu shot saya terima dari client. Banyak dan besar sebab dia beli bulk (banyak2). Bayaran ini bertransaksi bulan lepas pada 1 Feb 2010.

Mendapat bayaran yang besar di akaun paypal memang menyeronokkan tetapi bila payment lambat jangan cepat melenting.. cool je.. sabar.. ada la tu satu dua hari lagi..

p/s: ok screen shot ini bukanlah nak menunjuk2.. tetapi saya harap saudara saudari dapat motivasikan diri dari artikel ini untuk mendapat lebih banyak bayaran dalam akaun paypal anda dan lebih bersemangat untuk mencuba.. selamat mencuba!